Cucur Durian Buat Sarapan Pagi

10:55 PG

Selamat pagi rakan-rakan maya. Cuaca di pagi Sabtu ini agak suram. Mendung, dan awan nampak kelabu. Setelah Encik Suami dan Fairuz keluar menuju ke tempat kerja masing-masing, tinggallah Amie dengan Firdaus. Awal pagi lagi Firdaus sudah beri makan kucingnya. Setelah mandi, Firdaus siapkan latihan matematik yang diberikan oleh gurunya kelmarin. 

Pagi ini kami sarapan Cucur Durian. Jemput sarapan ya.

Cucur Durian.


Durian dari Ranau yang kami beli kelmarin pagi inilah yang Amie gunakan untuk buat Cucur Durian.


Firdaus suka sangat makan Cucur Durian. Rasanya pula tidaklah terlalu manis. Amie tambahkan gula pasir. Seimbang dengan kehadiran garam yang menjadikannya bertambah lemak manis. Sambil goreng Cucur Durian, sambil melayan pelbagai pertanyaan Firdaus di dapur. Macam-macamlah yang ditanya. Gunakan tepung apa? Kenapa bubuh durian. Kenapa bubuh gula? Kenapa bubuh garam? Berapa lama ambill masa nak goreng?
Wokey!
Cucur Durian sudah siap. Kita lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1.5 cawan isi durian
  • 3 sudu besar gula pasir - boleh tambah atau kurang ikut citarasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 paket yis mauripan 11 gram
  • air secukupnya - untuk adunan tidak pekat dan tidak cair
  • minyak
  • semangkuk kecil air - untuk celup hujung jari
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung, gula pasir, garam, isi durian dan yis mauripan.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan seperti cucur biasa. Tidak terlalu pekat dan tidak cair.
  3. Biarkan adunan selama 30 minit.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana.
  5. Celupkan hujung jari di dalam mangkuk berisi air dan jemput adunan, jatuhkan dalam kuali.
  6. Goreng dan kacau supaya cucur masak sekata sehingga cucur  berwarna kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.

Cucur Durian.

Gembira rasa hati apabila hasil air tangan kita habis dimakan oleh seisi keluarga!


14 comments

  1. Wah,dah dapat durian ,dicucur pula..hihihi betul ke ayat tu
    Pastinya harum satu rumah dengan aroma durian.Selamat menjamu selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... orang tamak tak mahu rugi ni. Lama dah menanti musim durian, tak mahu lepas peluang!

      Padam
  2. aduuhh... sangat menggoda la cuucr durian tu. Tak pernah buat pun sebab biasa durian habi dimakan begitu sahaja atau buat bubur kacang dan tempoyak. Biasa beli durian pun cukup-cukup makan hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bagus tu durian habis dimakan, tidaklah membazir.

      Padam
  3. Banyak betul pertanyaan Firdaus tu. Tak terlayan mommy. Bolehlah cuba buat cucur durian pulak. Ada sebekas durian lagi belum makan. Risau dah habis tak sempat buat cucur. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah Fizah. Kalau tak dilayan merajuk pula hehehehee. Mungkin dia rasa sunyi.
      Boleh tu buat cucur durian Fizah.

      Padam
  4. bila musim duriaan menu sarapan dan petang
    he hee cekodok durian la laris kat rumah sy ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak banyak durian di LD.
      Kalau rajin boleh simpan stok, frozenkan durian.

      Padam
  5. Memang sedap . Kalau buat cekodok durian ..baunyaaa memang terangkat selera tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CCL. Tak pandai berhenti mengunyah selagi tak habis.

      Padam
  6. Unik betul.
    Hehe Firdaus seorang budak yang cerdas. Mungkin dia pun rassa teruja hendak tahu resipi cucur durian.

    BalasPadam
  7. nmpk gayanya firdaus mcm minat memasak. smua ditanya dia..

    BalasPadam
  8. Saya lebih suke makan durian begitu jer… paling tak pon bubur kacang durian atau serawa durian

    BalasPadam
  9. Bagus firdaus banyak tanya, dia cuba belajar walaupun kadang kadang letih nak layan kan kak amie hahaha. Tapi, kalau tak layan, mahu kecik hati nanti kann.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe