Lempeng Pisang Kelapa Yang Garing
12:00 PTGHampir 12 tengahari. Jom berehat seketika. Tinggalkan dahulu BDR. Seawal pukul 7 pagi sudah mengadap skrin HP dan skrin PC.
Hari ini cuaca mendung dan hujan sekali-sekala. Bangun pagi, sudah kedengaran rintik-rintik hujan menimpa bumbung dapur. Di tengah-tengah bunyi hujan, semerbak aroma lempeng pisang kelapa yang datangnya dari dapur!
Sarapan pagi ini, Amie buat lempeng pisang kelapa tipis dan garing. Dahulu, Bonda selalu ingatkan kalau buat lempeng biarlah lama-lama sikit dalam kuali. Biar ada rasa gempi (bahasa Jawa maksudnya entah apa ya), gurih kot. Lama-lama dalam kuali bukan bererti sampai hangus. Api kena jaga, kata Bonda. Kami tak kisah makan lempeng gempi atau tidak. Arwah Ayahanda yang suka lempeng begitu. Tapi sedaplah lempeng yang sudah gempi. Ada warna kuning keemasan dan sedikit keras seperti dalam gambar lempeng pisang kelapa di bawah ini.
Lempeng Pisang Kelapa |
Sarapan pagi Isnin:
- Lempeng Pisang Kelapa
- Mee (Kering) Goreng
- Air Halia Panas
Mee (Kering) Goreng |
Halia Panas. |
17 comments
Lemepeng ada garing garing sikit baru sedap. Tak pasti maknanya apa tu sebab bukan jawa. Sedap mi kering tu macam maggi goreng mamak.
BalasPadamDah lama teringin nak buat lempeng macam kak Amie ni...
BalasPadamSukaaaaa...Saya suka lempeng garing.Lempeng pisang lempeng kelapa nak yang garing.Kalau lempeng kosong cicah sambal nak lempeng cair...Kena pula air halia ..Brrrrr
BalasPadamsemerbak bau aroma pisangnya
BalasPadamsedapnya kak..uish terliur
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan BDR dan PDPR Firdaus
BalasPadamsedap kak lempeng pisang..dana lama tak buat
BalasPadamgembi tu tak pernah dengar tapi garing kut. wah budak SPM dah nak kena ready nak exam kan. Anak buah saya pun ambil SPM tahun ni entah macamana lah agaknya nanti. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie dan cikgu sekolah seluruh malaysia.
BalasPadamlempeng yang gempi la sedap.. saya pon suke yg macam tu
BalasPadamSamalah rasanya tidak kisah lempeng gempi atau tidak. Asal jangan keras.
BalasPadamSedapnya mi kering tu.
BalasPadamDah kahwin ni baru tahu lempeng pisang letak dengan kelapa. Sebelum kahwin lempeng biasa je. :)
Lempeng garing yg sedap...saya kalau masak apa pun mesti nk yg garing2..walaupun grg ikan..
BalasPadamsy suka kalu terhangit sket tu. wangi pulak baunya😆😆
BalasPadamKalau saya, lagi garing lagi sedapppp untuk dimakan! Memang suka makan yang garing garing tuu walaupun keras jugak kadang kadang hehehe
BalasPadamQuality posts are important to invite visitors to visit a web page, this is what this web page provides.
BalasPadamI should also suggest a recent post related to spacebarclicker. Here you will learn more about microphones when you are just starting out. See the article spacebar speed test and learn more.
I appreciate the kind of topics you post here. Thanks for sharing us a great helpful information. You may visit my latest post related to Spacebar Counter & Spacebar HPS Test. I will appreciate our visit to spacebar speed test. Thank you for your concern.
BalasPadamStudents who study to become psychologists need to study various psychological theories and complete projects related to them. To lighten their workload, the students look for psychology assignment help.
BalasPadam