Kerabu Rumpai Laut @ Latok & Anggur Laut
11:09 PTGAllahu Akbar! Lega rasanya dapat siapkan laporan seperti yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran. Tepat pukul 10:40 malam tadi Amie hantar secara online kepada orang atasan kami. Pada hari Khamis ini dijadualkan rombongan dari Sektor Akademik (?) akan datang untuk mengadakan Dialog Prestasi SPM 2021.
Rasanya hendak terus sahaja rebahkan diri dan lelapkan mata setelah seharian berBDR dari pagi sehingga ke malam. Tiba-tiba teringat, belum tulis entri hidangan makan tengahari seperti kebiasaannya. Kalau Amie tak tulis malam ini, belum tentu esok sempat dijadikan entri pula. Kalau lewat tulis, sudah tentu banyak perkara yang berkaitan Amie sudah buang dari memori!
Hari ini menunya ringkas sahaja. Ada ikan bakar. Ada kerabu latok. Ada sambal udang dan sayur. Semuanya lauk-pauk kampung yang kering-kering tak berkuah.
Kerabu Rumpai Laut @ Latok @ Anggur Laut. |
Hidangan tengahari Selasa:
- Nasi Putih
- Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Tomato
- Sambal Udang
- Kerabu Latok @ Rumpai Laut @ Anggur Laut
- Sayur Taugeh Tumis Campur
- Sambal Belacan
- Nanas
Ikan Cencaru Panggang Sumbat Sambal Tomato |
Sayur Taugeh Tumis Campur. |
Sambal Udang. |
Sambal Belacan. |
Nanas |
16 comments
Amboi Firdaus kuasai lauk sambal udang seorang.
BalasPadamSedapnya kerabu akak tu, dana tak pernah lagi cuba latok...
BalasPadamAku paling suka sambal udangnya, ananda Amy.
BalasPadamRajin betul kak Amie berkongsi resepi dan cerita. Kalau saya, dah habis kerja pukul 10 lebih memang cari bantal sahaja. Tapi itulah, blog ni boleh jadi terapi juga
BalasPadamlatok tu sedapnya... ada sayur tauge pulak tu... ikan bakar... semua menyelerakan... udang je sy x brp minat.. hihihihi
BalasPadamanggur laut sedaptu buat kerabu campur
BalasPadamLega bila kerja dapat disiapkan dan terus anta. Tak semak lagi nak fikir. Rajin Kak Amie tulis cerita setiap hari. Kalau saya mana sempat je. kalau tak esok esoknya baru menulis. Hihi..Senang ada stok sambal, sumbat je dalam ikan dan panggang. Siap! Fav Daus ke sambal udang tu. Ke lauk lain tak menepati selera dia.
BalasPadamDalam sibuk berBDR, banyak juga lauk terhidang di meja. Amboi Daus, sambal udang nak makan sorang ya, kemahennn
BalasPadamLauk pauk kering pun tetap mengamit selera Amie..sambal udang tu bokeh dibuat kuah.
BalasPadamSukanyaaaaaa lauk2 kering.
BalasPadamLatok tu kecur ayaq lioq.Kwna ngan ikan bakar..Aduhhh....ratah lagi la sedap..
Sedap semuanya tu.... lagi2 udang Daus tu 😋😋😋😋
BalasPadamsuka ikan cencaru sumbat, tapi saya suka yang sumbat kelapa. susah nak jumpa yg sumbat kelapa skrg ni, selalunya sumbat sambal je.
BalasPadampernah rasa latok tu... tak sedap, hahaha
SA suka makan latok...kalau kunyah letup2 dalam mulut..hehehe....ikan cencaru sumbat tu pun dah lama x buat..nak buat la nanti
BalasPadamLatok paling2 feveret CCL . Memang sedap makan dengan nasi putih sahaja . Tapi kat Perlis ni susah da sekarang nak jumpa orang jual latok
BalasPadampernh mkn rumpai laut ni masa outstation sabah dlu2...skarang tgk org jual nama latok
BalasPadamWahhh firdaus taknak berkongsi ye sambal udang tuuu hahaha, benda sedapp harus dikongsi bersama gituuu heheh
BalasPadam