Pagi Yang Gembira
10:37 PGSetelah sekian lama mendaftar, akhirnya pagi ini dapat berita gembira. Abang Farid dapat temu janji untuk suntikan vaksin dos pertama pada 3 September 2021 di Dewan Serbaguna, Seri Iskandar, Perak Tengah.
15 minit kemudian Fuad pula hantar mesej. Permohonannya untuk tukar tempat suntikan telah berjaya. Sebelum ini Fuad dapat temu janji pada 24 Ogos, tetapi katanya pusat suntikan terlalu jauh dari Batu Pahat. Fuad akan hadir untuk suntikan vaksin dos pertama di Dewan Besar Che Ann Khor Yong Peng, Jalan Kota Impian 1 pada 30 Ogos 2021.
Allahu Akbar. Setiap hari rasa risau, setiap hari terus berdoa. Syukur Alhamdulillah ya Allah. Segala puji dan syukur hanya kepada-Mu yang sentiasa mempermudahkan urusan hamba-Mu.
Pagi ini sempat goreng mee hoon. Fairuz awal-awal pesan minta Amie buatkan sarapan untuk bekal ke tempat kerjanya.
20 comments
Alhamdulillah dipermudahkan urusan buat anakanda sis, moga terus dipermudahkan inshaAllah sedap bekalan Fairuz, lagi-lagi dari airtangan bondanya
BalasPadamgembira hati emaknya... kalau tidak risau memikirkan anak-anak yang jauh dimata ye kak
BalasPadamAlhamdulillah sudah dapat.
BalasPadamsyukur lah dah dapat vaksin. saya dos 2 pada 1/9 nanti
BalasPadamSyukur alhamdulillah...semoga dipermudahkan untuk Keduanya dapat vaksin...sedap nampak bihun kak amie tu
BalasPadamAlhamdulillah..sedapnya dpt bekal meehoon goreng..
BalasPadamAlhamdulillah, semoga anak2 bujang Kak Amie sentiasa dalam keadaan sihat walafiat sebelum dan selepas menerima vaksin. Sy pun risau selagi Iman tak selesai dos kedua dan tempoh bertenang dua minggu selepas itu.
BalasPadamAlhamdulillah . Syukur
BalasPadamalhamdulillah dipermudahkan urusan anak2 kak amie...sedap nmpk mihun goreng tu
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah. Risau kan selagi belum dapat vaksin. Semuga Allah lindungi anak-anak amie semuanya. Aamiin
BalasPadamAlhamdulillah...semoga kita dihindari dari wabak maut ini
BalasPadamAlhamdulillah, lega hati ibunya ye...
BalasPadamMoga kita semua sentiasa dlm lindungan_Nya aamin
Alhamdulillah Farid dan Fuad dah dapat tarikh vaksin. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan baik baik selepas vaksin. Sekarang Fairuz pergi keja dah bawak bekal ye. Senang bawak bekal tak perlu susah nak mencari makanan. jimat pun jimat.
BalasPadamSelamat untuk abang Farid ya.
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamPenantian bertemu juga kepastian...Pastinya mommy & baba berasa lega.Semoga dimudahkan urusan Abang Farid & Fuad nanti
Semoga dipermudahkan untuk mendapatkan vaksin dan dijauhkan dari wabak :)
BalasPadamAlhamdulillah dah dapat panggilan. Tempat pun dekat. Memang susah kalau jauh, lagi pulak tempat kita tak pasti
BalasPadamalhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan kak dan keluarga
BalasPadamAlhamdulillah, moga moga dipermudahkan segala urusan kak amie dan keluarga.
BalasPadam