Cekodok Tombong Kelapa

3:58 PTG

Kecik-kecik dulu kalau Bonda pecahkan kelapa, kami berebut nak ambil tombong atau dikenali sebagai 'kentos' dalam bahasa kami. Hei... apa jugalah yang tak direbut waktu kami kecil-kecil dulu. Kalau Bonda parut kelapa, menunggulah kami 'cikal' yang akan Bonda berikan. Cikal dalam bahasa kami pula ialah cebisan kecil bahagian kelapa yang  sudah tidak dapat diparut kerana terlalu kecil (tidak dapat dipegang untuk diparut).

Kembali cerita entang tombong. Ini kisah sehari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Adha. Encik Suami balik kampung. Kutip kelapa di kebun dan parut sekali di rumah adik ipar gunakan mesin parut. Ada pula akal fikiran Encik Suami bawa balik kelapa parut. Katanya bolehlah Amie gunakan untuk buat rendang dan rebus ketupat pulut.

Pada masa yang sama dihulurkannya dua butir tombong kelapa. Katanya, tolonglah buatkan cekodok! Amie tak pernah buat cekodok tombong kelapa. Encik Suami kata, bukankah dulu Amie pernah nampak arwah MIL buat cekodok tombong kelapa di kampung? Cubalah buat, katanya.

Kesian pulak dengar suaranya macam teringin sangat nak makan. Amie pun cubalah buat, hancurkan tombong kelapa, bubuh tepung gandum, garam, susu pekat dan kelapa parut. 

Tombong Kelapa.

Cekodok Tombong Kelapa.

Inilah hasilnya Cekodok Tombong Kelapa. Encik Suami makan dengan Firdaus. Oleh kerana ketika itu Amie puasa, jadi tak dapatlah Amie merasa sebab apabila buka puasa, rupanya Cekodok Tombong Kelapa sudah habis!

31 comments

  1. Berebut kentos ni kalau ada.. terutama yang saiz kecik.. manis dan lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha... betul sangat. Yang kecik manis berlemak!

      Padam
  2. Tak pernah jumpa orang buat cekodok dari benda ni kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak mentua saya saja kot yang buat cekodok tombong kelapa ni.

      Padam
  3. Pertama kali dengar 'kentos'. Lepas ni kalau dengar, taklah pelik lagi kan. Betul kak Amie, zaman kanak kanak apa je tak direbut. Tombong yang satu memang jadi rebutan. Tak tahu lah pulak boleh buat cekodok. Curious juga nak tahu rasa dia. kalau kat kampung, jumpa tombong bolehlah cuba cuba. Semoga ada rezeki lagi dapat tombong kelapa, boleh kak Amie merasa. Nampak macam sedap tu laju habis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie pun tak pernah terfikir tombong kelapa boleh dibuat cekodok. Tapi, itulah salah satu kenangan sewaktu hayat MIL masih ada.

      Padam
  4. Wah...unik,tombong kelapa dijadikan cekodok.Saya pernah tengok tombong kelapa dimasak kari oleh masyarakat India.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooooh! Maknanya selagi boleh dimakan dan tak memudaratkan memang boleh dipelbagaikan cara masaknya ye.

      Padam
  5. sedap betul tu, sampai tak tinggal orang dah hehe

    BalasPadam
  6. Memang berebut dgn adik. Biasa mama akan potong 4. Dapat semua makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus betul mak kita kan. Ada sedikit dibahagi sama rata, semua dapat makan.

      Padam
  7. Sedih pula sis Amie tak dapat merasa. Unik makanannya, tentu sedap sebab cepat habis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Tak apa. Nanti ada tombong kelapa lagi, boleh buat lagi.

      Padam
  8. Biasa jumpa kentos ni
    tapi belum pernah buat jemout2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau tak jumpa orang Cocos, tak tahu kentos boleh dibuat jemput-jemput.

      Padam
  9. Ala kasihan sudah habis. Hehe patut kena sisih sedikit cekodok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... lupa nak sorok sikit. Syukurlah habis.

      Padam
  10. Lama dah saya tak makan tombong tu. Dulu selalu berebut dengan beradik hahaha

    BalasPadam
  11. uish..buat cekodok pula, kreatifnya arwah MIL kak Amie. selalu orang makan gitu aje. sedapnya, lama tak makan

    BalasPadam
  12. Waa.. lain macam resepi cekodok kali ni.

    BalasPadam
  13. tak pernah tau psl cekodok tombong kelapa. mcm mne rasa dia agak nya.

    BalasPadam
  14. kesian kak amie x smpt nk rasa sbb dah habis. mesti sbb sedap btol

    BalasPadam
  15. kreatif laa kak amie ni... laa ni mn laa nk dpt tombong lg kecuali kelapa dr pokok sendiri ;-)

    BalasPadam
  16. Alamak, kena cari tombong kelapa lain tu supaya Kak Amie dapat kongsikan bagaimana rasanya dgn kami ni

    BalasPadam
  17. ini dana tak pernah cuba kak... menarik nih

    BalasPadam
  18. Syok suami kak amie makan dengan firdaus ya, sampai kak amie tak sempat nak makan hahaha

    BalasPadam
  19. Unik ni kak amie..x pernah tauyang tombong kelapa boleh dibuat cekodok

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe