Kelmarin, terima bungkusan berisi dua buah buku pembelian secara online, tebal dan berat! Rasa sangat teruja, tidak sabar untuk menatap isi kandungannya:Ustazah Basikal Siri 1 - setebal 708 halaman (RM79.00)Ustazah Basikal Siri 2 - 1018 halaman (RM99.00)Pembelian Combo 1 & 2 - RM169.00Kos Penghantaran RM50Jumlah Keseluruhan RM219.00Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri...
Banyak gunanya kalau ada stok serunding ikan! Pagi ini Amie buat nasi goreng bubuh serunding ikan alu-alu hasil air tangan sendiri. Puas hati betul dapat makan serunding isi ikan tanpa dicampur dengan kelapa parut seperti kebiasaan yang pernah Amie buat. Selain serunding ikan, Amie tambahkan hirisan jeruk lobak putih yang sedap dan manis itu, dan kemudian lengkapkan dengan cili padi potong dua untuk...
Kadang-kadang rasa kasihan melihat Firdaus menyiapkan tugasan PDPR setiap hari. Tentu anak sekecil ini berasa tidak selesa. Apalagi kalau terpaksa rakam suaranya, pergerakannya dalam mengikuti sukatan Pendidikan Jasmani, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang berlinangan air matanya kerana ketakutan apabila suaranya dirakam untuk dihantar kepada gurunya. Mudah-mudahan 1 Mac 2021, Firdaus akan gembira dapat mengikuti PDP bersemuka di sekolah.Amie penuhi permintaannya dengan membelikannya Luxury Cream...
Anak buah kami, sejak memiliki bot memang asyik turun ke laut membawa kumpulan pemancing ikan. Banyaklah hasil tangkapan mereka. Rezeki kami, anak buah jual ikan hasil pancingan kumpulan pemancing separuh harga dari harga pasaran, dan dapatlah kami dua ekor ikan alu-alu beratnya melebihi 8 kg.Ikan alu-alu ini isinya putih dan teksturnya agak kasar berbanding isi ikan tenggiri. Amie selalu masak sambal, goreng taucu,...
Seperti biasa, hari Khamis malam Jumaat mana-mana keluarga sebelah Encik Suami yang berkelapangan akan mengadakan majlis bacaan Yasin. Baru-baru ini anak buah yang mengadakannya, disertai dengan majlis tahlil, dan dilengkapi dengan sedekah nasi berkat. Nasi berkat itu kami bawa pulang, dan perut memang sudah kenyang makan di kampung. Oleh kerana ada lebihan lauk-pauk, jadi anak buah agih-agihkan untuk kami bawa pulang termasuk ayam...
Hari ini kami meraikan hari bersara Madam Liow salah seorang kakitangan di tempat kerja kami. Pada masa yang sama sambutan ulang tahunnya turut diadakan, dan seorang rakan kami berkongsi tarikh lahir tetapi belum cukup umur untuk bersara. Hari terakhir Madam Liow sebagai seorang kaki tangan awam berakhir pada 25 Februari 2021, kelmarin pada hari Khamis, tetapi majlis perpisahan ini hanya sempat diadakan pada...
Hari ini terima kiriman bungkusan berisi lapan buah buku kembar seiras BKH #legasi_emak. Lapan bersaudara ini sudah melengkapkan pencarian antologi yang Amie tunggu-tunggu. Terima kasih Nur Aida, dan terima kasih Imelda Shahriah yang berusaha membantu Amie mendapatkan kesemua koleksi lapan bersaudara ini dan pos dari Malaya. Harga setiap sebuah buku ini ialah RM30 tidak termasuk belanja pengeposan.Lapan buku ini dihasilkan oleh Alumni Bengkel...
Tinggal di negara beriklim khatulistiwa, sudah semestinya akan mengalami musim panas dan lembab sepanjang tahun. Kalau begitu, kita akan nikmati summer selama 12 bulan dalam setahun tanpa henti! Jom kita ke Summer Sweet House.Mula-mula kita cari dessert yang sangat sedap iaitu Summer ABC. Kalau ikutkan hati nak duduk lama-lama sambil sembang-sembang dan tambah 2 atau tiga mangkuk! Summer ABCMari nikmati kesegaran mojito, campuran ais...
Jom berehat seketika sambil menikmati secawan kopi dan sepiring kuih tako & takup, sambil memikirkan apakah hidangan yang akan diolah untuk sajian keluarga pada hari ini.Tertarik pula untuk berkongsi tentang cerita-cerita masakan India yang sudah diketahui termashyur di seluruh dunia. Bukan sahaja di Asia Tenggara seperti Singapura, dan negara kita sendiri tetapi meluas sehingga ke Timur Tengah, Amerika dan Eropah. Kita semua sedia...