Orang Putih Suka Panas, Orang Kita Suka Sejuk!

11:47 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Day 5 - 17 February 2024 - Saturday
At 8:00 depart ti Jajce and visit of Watermills of Jajce - the cluster of little wooden huts, where ground local farmer's whwat into flour. Proceed to Travnik - panorama city tour, including the visit Sulejmanija Travnik Mosque - the only mosque in Bosnia with its minaret rising from the left side of the building. Stop for lunch. Free time for pray. Afternook arrival in Sarajevo. Dinner and overnight.

Bertolak dari Bihac seawal 8 pagi menuju ke Jajce. Matahari sangat segan untuk menampakkan diri. Bagaimanapun pemandangan di sepanjang jalan sangat mempesonakan! Walaupun hanya melihat ranting pepohonan tanpa daun, namun kejernihan dan keindahan warna biru air sungai tetap mencuri pandangan! Berbeza dengan negara Italy dan Croatia serta Slovenia, sungai di negara Bosnia and Herzegovina memang memukau! Sayangnya Amie tidak dapat kongsikan videonya di sini kerana masalah teknikal.

Dan sudah tentulah terpaksa tarik nafas panjang kerana beberapa kali terlepas pemandangan bukit dan tanah lapang dengan sekumpulan biri-biri di padang!


Pemandangan di perkampungan Bihac pada pukul 9 pagi.


Kami disajikan dengan pemandangan sungau berair jernih berwarna biru di sepanjang jalan.


Warna biru atau hijau? Sekejap nampak biru dan sekejap nampak hijau!



Amie kongsikan cuplikan video suasana di sebelah kiri dari tempat duduk Amie.


Di kiri kanan jalan banyak kelihatan menara masjid dan bentuk masjid yang cantik-cantik.


Ada satu hal yang sentiasa menjadi rungutan para peserta termasuk Amie. Pendingin hawa tidak dibuka sepanjang perjalanan! Terpaksalah kami meminta TLM sampaikan pesan samada kepada TGB atau pemandu bas untuk buka pendingin hawa. Memanglah suhu sejuk tapi itu di luar bas. Kami di dalam bas rasa kepanasan setelah satu atau dua jam berada di dalam bas yang tertutup. Apalagi, semuanya memakai baju sejuk.

Jawapan TLM ialah, dia sudah sampaikan kepada TGB tetapi terpulang kepada TBG dan pemandu bas! Adui....! Kalau begini, matilah kami dalam bas. Setiap hari mesti meminta buka pendingin hawa. Jawab TLM : Orang putih suka panas, orang kita suka sejuk!

Jadi, apa penyelesaiannya? Hendak buka tingkap tidak dibenarkan pula. Akhirnya, setelah keluh kesah dan buka baju sejuk, dibuka juga pendingin hawa! Begitulah kejadian yang terpaksa kami hadapi setiap hari. Mesti hendak 'menyeru' beramai-ramai supaya buka pendingin hawa. Huurrmmm... takut betul orang putih dengan suhu sejuk rupanya.

Walaupun suhu di luar 12'C tetapi di dalam bas rasa seperti 37'C!

Sempat makan bekalan epal yang diambil dari Hotel Emporium. Tak tahu apa namanya. Manis dan rangup.



Ketika bas berhenti stesen minyak Podbrdo Bosnia and Herzegovina, kami ambil kesempatan untuk ke tandas. Masa diberi hanya 15 minit. 


Ada dua pintu tandas, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Amie sendiri terpaksa tunggu hampir 25 minit untuk masuk ke tandas. Gambar di atas Amie ambil selepas keluar tandas. Dari pukul 10 pagi sehinggalah 10:40 pagi baru urusan qada' hajat semua peserta selesai! Tandas di sini percuma. Yang tak sanggupnya sudah tentulah menunggu giliran begitu lama.


Sempat jugalah masuk ke kedai beli keropok dan kacang.


Walaupun mata wang negara Bosnia and Herzegovina dalam bentuk marka (KM) tetapi mata wang EURO boleh digunakan di stesen minyak ini.


Bas meneruskan perjalanan menuju ke Jajce.
TGB mengingatkan kami supaya sentiasa berhati-hati, jaga duit, jaga passport, jaga barang kemas dan jangan layan sesiapa di Bosnia Herzegovina.

Satu jam lagi bas akan sampai ke destinasi. Sementara itu mata tidak puas-puas melayan pemandangan di sepanjang jalan. Suasananya sama seperti di negara Croatia, penuh dengan pohon. Ada tanaman zaitun, anggur, almond, ara serta kambing biri-biri. Di Bosnia and Herzegovina ditambah dengan panorama sungai yang jernih menghijau terletak betul-betul di sepanjang tepi jalan.

11 comments

  1. SA sekarang nak panas, sebab kat office ni sejuk mencucuk ke tulang..ni terus dah rasa x sihat ni...bab menunggu giliran menggunakan tandas tu yang x sanggup rasanya kan kak amie...

    BalasPadam
  2. Cantiknya view sepanjang perjalanan. Dapat imagine sikit2 memang awesome.
    Alahai lama ya waktu menunggu ke tandas.
    Kenapa lah tak dipasang aircond tu, ramai passenger dalam bas, berjaket memang la panas.

    BalasPadam
  3. aduhlah kalau kat luar sejuk takpelah takde econ. bila dah masuk dlm bas ruang tertutup + terkuap pulak sbb pakai baju sejuk, buka je lah econ tu ishh geramm pulak kitewww~ hehe

    BalasPadam
  4. Cantiknya sungai. Dah macam warna laut hijau biru. Confused pulak kan hijau ke biru. Sebut dua dua je lah. hihi... Alamak, mana cukup 15 minit. Menunggu pun dah 25 minit.
    Seronoknya menikmati permandangan cantik. Indahnya permandangan sepanjang jalan ada tanaman zaitun, anggur, almond. Kambing biri biri mesti comel comel.

    BalasPadam
  5. MasyaAllah . Cantik sungguh air sungai tu . Jernih ..biru-biru hijau

    BalasPadam
  6. payah jugak yek kalau gitu, udahla bas tu bertutup pastu ekon tak buka kan macam kepam gitu... pelik2 omputih ni ye kak kadang

    BalasPadam
  7. tu psl depa kalo dtg msia suka berjemur kt pool or pantai...kita mmg suka sejuk222

    BalasPadam
  8. Aduh,boleh bayangkan nak tunggu qadha hajat selama 25 minit dalam kesejukan...jenuh kepit...hahahaha

    BalasPadam
  9. terpulanglah kpd pemandu bas?
    hahaha
    habis laa
    jadi sate bakar dlm bas

    BalasPadam
  10. Naaah betuuuul. Dulu saat ikut travel di US dan Turkiye, saya pun sering kepanasan dalam bus Krn mereka hidupkan heater. Jadinya banyaak yg buka jaket winter, lalu pakai lagi saat keluar 🤣.

    Memang lah kita nih sebagai orang asia pasti sukanya sejuk kan 😄

    Mungkin kalo video, kakak bisa posting di IG. iG kak Amie aktif ga? Saya ada follow juga 🤭

    Kalo saya biasanya supaya tak lupa detil cerita traveling, saya update di IG stories kak. Lalu nanti saat nak tulis di Blog, tinggal buku archive IG stories.

    BalasPadam
  11. Bas ada tingkap terbuka baru lah sejuk kena angin luar. Kalau tertutup memang berkuaplah jawabnya huhu..

    Tasik tu saya nampak air hijau di kanan dan birundi sebelah kiri.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe