Turki (37) : Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
10:47 PTG
Ini merupakan catatan terakhir dalam kembara kami ke negara Turki yang dijadualkan selama 9 hari 7 malam.
Return Flight
Istanbul Ataturk International Airport
Saturday : 25 March 2017
1945hrs
QR246
Ketika ini di negara kita:
Ahad : 0045 malam
Hamad International Airport
Saturday 25 March 2017
2355hrs
Ketika ini di negara kita:
Ahad : 0445 pagi.
Kami dijadualkan meneruskan penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur pada pukul 0250 waktu Doha (waktu kita 0720) dan akan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1530 waktu Malaysia.
Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang untuk melakukan yang terbaik, tetapi tidak semua perancangan itu berjaya dilaksanakan seperti yang dikehendaki. Lewat malam di lapangan terbang Doha, kami menanti dan menanti Atie menguruskan tiket penerbangan kami yang nampaknya tergendala. Bukan kami sahaja, malah ramai lagi penumpang lain yang terpaksa beratur dan menunggu giliran untuk penerbangan seterusnya.
Gambar Ehsan : Puan Suryani
Inilah keadaan sebahagian anggota rombongan kami yang sabar menanti Atie menguruskan penerbangan seterusnya di kaunter. Memang rasa letih, sejuk dan mengantuk, tapi bila melihat Atie berdiri begitu lama dalam barisan, rasanya Atie berganda-ganda lagi letihnya berbanding kami!
Gambar Ehsan : Puan Suryani
Hampir menjelang pukul 5 pagi, barulah urusan penerbangan selesai. Kami akur dengan apa yang berlaku. Penerbangan kami tidak dapat diteruskan pada pagi itu memandangkan cuaca buruk, dan masa yang dijangka sesuai untuk terbang ke Kuala Lumpur ialah pada pukul 7.30 malam! Bermakna kami perlu menunggu satu hari lagi!
Alhamdulillah! Syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan pada pagi itu! Kami layak mendapat penginapan di Swiss Belhotel Doha. Walaupun kami tiba di hotel tersebut pada pukul 6 pagi, tetapi kami boleh merehatkan diri di situ sehingga petang, sebelum kembali semula ke lapangan terbang. Pada masa inilah Amie mengambil keputusan minta tolong Farid ubah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur - Kinabalu - Lahad Datu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan urusan, walaupun tempat duduk penuh pada hari Isnin, tetapi dapat juga tempat pada hari Selasa. Dan syukur sekali lagi, majikan meluluskan cuti rehat khas selama 2 hari!
Apabila pintu bilik terbuka, rasanya ingin saja 'terjun' masuk selimut!
Dan tak sabar juga nak 'terjun' dalam bilik air!
Sempat timbang berat badan. Yuhuuuuu! Turun 2 kg rupanya! Ini berkat jalan-jalan bakar kalori selama seminggu di Turki!
Luas sungguh bilik penginapan kami!
Alhamdulillah. Sejadah pun ada disediakan!
Pemandangan di waktu pagi dari tingkap hotel.
Jom sarapan pagi.
Pagi itu, masing-masing nampak berselera menikmati sarapan pagi. Apa tidaknya! Ada nasi goreng weiii!
Selesai bersarapan, kami kembali semula ke bilik, dan sambung ngorok hihihiiiii.....
Sejuk-sejuk ni, alangkah enaknya dapat menikmati secawan teh panas! Tapi, tidur lagi baguskan ...hiks!
Tidak dinafikan, memang kami berasa sangat selesa berada di hotel ini. Pada ketika ini, hilanglah buat sementara waktu kegundahan hati sebab delay he he heee.... Syukur ya Allah! Di sebalik kesukaran yang sedikit, Engkau turunkan rahmat kemudahan yang sangat bear buat kami!
Atie...
Jom makan tengahari!
Desserts ...
Kegemaran Atie!
Seronok tengok Atie pilih!
Tapi puding bakar berkaramel tak ada di sini ye Atie.
Masha Allah.... Nasi Kabsah!
Lauk-pauk pilihan yang sedap-sedap belaka!
Popia! Rasanya dua ketul juga Amie makan! Sedap oooo....
Nasi Kabsah yang cantik!
Sup jagung pun sedap!
Bismillah.... sedapnya, kata Atie.
Tak mahu lepas peluang jamah serba sedikit desserts yang ada!
Kan dah kata tadi... Amie ambil popia dua kali...hiks!
Lepas makan tengahari, jalan-jalan sekejap melihat-lihat sekitar hotel.
Menjelang pukul 4 petang, kami dibawa semula ke lapangan terbang. Check in berjalan dengan lancar, dan kami terus masuk ke pintu untuk berlepas.
Abadikan kenangan di sini. Terpegun seketika melihat siasana lapangan terbang yang sangat luas!
Sementara menunggu waktu untuk berlepas, kami masuk ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Pada masa inilah datang dugaan yang tak pernah Amie sangka akan berlaku!
Kasut Amie hilang dari dalam rak!
Kawan-kawan ikut mencari, tapi tetap tak jumpa! Pekerja pembersihan turut mencari sehingga ke bilik air, tetapi tetap tidak ditemui!
Mungkin yang terambil kasut ambil itu, tersalah ambil kasut! Kalau begitu, sudah tentulah kasutnya tertinggal di situ, tetapi sehingga habis kasut di situ (dipakai oleh tuannya masing-masing yang keluar dari surau), sepasang kasut pun tidak ada!
Mujurlah, dalam keadaan kalut itu, seorang hamba Allah, seorang wanita menenangkan keadaan Amie.
Katanya, dia ada sepasang selipar.
Dikeluarkannya dari beg sandangnya sepasang selipar warna ungu.
Katanya lagi : Pakailah. Kalau tak jumpa kasut awak, awak pakai sajalah selipar ni.
Amie hanya mampu ucapkan terima kasih kepadanya.
Tidak sempat bertanya, siapa namanya. Dari mana dan hendak kemana?
Apa yang sempat Amie fikir waktu itu sudah tentulah : Asalkan kaki beralas!
Nak cari atau beli kasut di mana?
Beberapa minit lagi kapalterbang akan berlepas, dan kebetulan kami sudah berada di pintu pelepasan!
Di snilah.... kasutku hilang!
Dalam keadaan kalut tak berkasut dan hanya berselipar Jepun, masih juga mampu ketawa! Nurhidayah pula sempat rakam gambar. Katanya: Marilah saya ambilkan gambar buat kenangan kakak!
Syukurlah Amie pakai stoking... itupun stoking yang dibekalkan (Amie simpan dalam beg) dalam penerbangan dari Istanbul ke Qatar! Kalau tidak, nampak sungguhlah 'kaki ayam' Amie tu...hihihiiiii!
Salawati:
Kita melawat Mevlana di Konya,
Naik belon panas gembira tak terkira,
Tak akan kulupa selama-lamanya,
Coklatmu berharga 400 lira!
Banyak kenangan suka dan duka,
di Nevsehir, mataku ternoda,
di Grand Bazaar, kita diperdaya,
kasutku pula hilang di Doha!
Saat-saat terakhir untuk menaiki pesawat, Amie sempat meninjau-ninjau orang ramai yang sedang duduk menunggu panggilan masuk. Amie mencari wanita yang memberikan selipar kepada Amie, dan yaa.... Amie terus mengejar seorang wanita yang Amie yakin itulah orangnya!
Assalamualaikum. Puankah yang berikan saya selipar di surau tadi?
Assalamualaikum. Puankah yang berikan saya selipar di surau tadi?
Wanita itu tersenyum.
Bukan saya. Awak silap orang.
Oh! Maaf!
Kami terbang pada pukul 7.30 malam (12.30 malam waktu negara kita) dan selamat mendarat di KLIA lebih kurang pukul 8 pagi Isnin bersama 27 Mac 2017.
Akhirnya berpisahlah kami di KLIA.
Jumpa lagi Salawati!
Terima kasih Nurhidayah.
Selamat sampai ke Perak (bersama Salawati).
Terima kasih sebab sudi ambilkan gambar sepanjang kembara kita ye.
Berpisahlah kami di sini. Masing-masing sibuk menunggu bagasi.
Amie bergegas menuju ke surau untuk merehatkan diri. Barangkali 'malas' untuk makan, sebab tak ada kawan, jadi perut pun masuk angin! Tertidur dalam surau, sehinggalah ke petang. Farid datang membawa sepasang kasut baru untuk Amie. Katanya, dia tak tahu nak beli kasut yang Amie maksudkan. Amie kata, tak kisahlah asalkan kasut!
Inilah kasut yang Farid belikan untuk Amie. Kesian juga anak bujang ni... Habis kuliah pukul 12 tengahari, dia pergi cari kasut. Kemudian masuk kuliah sehingga pukul 3 petang, dan cepat-cepat datang ke KLIA bawa kasut!
Ketika Amie bangun dari tidur, Amie dapati selipar warna ungu itu sudah digunakan oleh pengunjung surau untuk alas kaki sewaktu mengambil wudhu.'
Jadi, Amie wakafkan sahaja selipar ungu pemberian wanita yang Amie temui di Doha itu. Ya Allah! Engkau permudahkanlah segala urusan wanita itu walau di mana sahaja dia berada. Aamiin.
Sekarang Amie sudah berteman!
Dah lama tak jamah masakan tempatan!
Tak cukup jamah nasi dengan ikan goreng dan masak lemak pucuk ubi, layan selera lagi dengan laksa asam!
Pagi yang ditunggu pun tiba! Sepatutnya terbang pada 26 Mac 2017 tertunda sehingga 28 Mac 2017. Apa pun segala yang berlaku adalah di luar kawalan kita sebagai hamba-Nya. Yang penting, semuanya selamat dan segala halangan dipermudahkan oleh-Nya!
Kuala Lumpur - Kota Kinabalu
Kota Kinabalu - Lahad Datu
Alhamdulillah syukur. Pukul 4.10 petang, Amie selamat mendarat di LD. Terima kasih diucapkan buat Atie Said, tour leader kami dan syarikatnya As Syukran Vacation Agencies Sdn Bhd kerana telah membawa kami melalui satu pengalaman yang sungguh menakjubkan! Semoga usaha syarikat pelancongan ini akan terus membuahkan hasil. Budi baik Atie, kesabarannya dan sentiasa berusaha menyelesaikan segala masalah yang timbul (di luar kawalan) seperti delay d Doha sangatlah kami hargai.
Sekian. Jumpa lagi.
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
1 comments
Bila ada kelapangan masa nanti saya nak baca catatatan Amie sepanjang Amie di Turki.. Saya pernah ke sana bersama suami satu ketika dahulu... Turki sebuah Negara yg cantik dan menarik. Makanannya pun sedapppp... :D
BalasPadam