Nasi Goreng Berkat Lagi....!

2:10 PTG

Selamat petang semua. Assalamualaikum. Baru sempat jengah dapur maya. Sementara berehat seketika ini, Amie bawa Firdaus makan tengahari (baki sarapan pagi tadi). Pagi tadi Amie goreng nasi berkat yang Encik Suami bawa pulang malam tadi.

Sepanjang pagi ini, selepas selesai  menjawab soalan ujian sekolah agama, Firdaus bertungkus-lumus siapkan kerja sekolah rendah yang banyak tertinggal. Memang rasa sangat kasihan melihat budak kecil ini menyiapkan jawapan ujian sekolah agama selama 4 hari. Sudah tentulah sebelah petang rasa letih. Tugasan sekolah rendah pun setakat satu atau dua sahaja yang sempat siap. 

Sambil berPDPR, sambil memantau kerja-kerja Firdaus yang perlu diselesaikan. Banyak jugalah tadi Amie hantar hasil tugasan Firdaus yang tertunda termasuk Bahasa Arab, Pendidikan Kesihatan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. 

Hari ini Firdaus perlu buat lagi rakaman suara untuk hantar Tasmik Quran. Ada dua subjek lagi untuk hari ini iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Amie biarkan dahulu Firdaus berehat. Sama-samalah anak-beranak penat otak dan penat fizikal. 

Jom kita cerita tentang Nasi Goreng Berkat.

Amie gaulkan nasi goreng berkat dengan isi ikan dan serondeng dalam berkat. Selain bawang merah dan bawang putih, Amie tambahkan kacang panjang sebagai perencah. Alhamdulillah. Rezeki dapat nasi berkat. Hanya perlu goreng saja.

Nasi Goreng Berkat.


Hidangan sarapan pagi ini datangnya dari sumber luar, bungkusan berkat yang dibawa Encik Suami mengandungi kuih-muih tradisi Bajau, nasi berkat Cocos, jajanan, dan buah-buahan seperti limau, epal, anggur dan mangga. Kopi hitam pula pemberian kakak ipar, Kopi Cap Kuda Terbang dari Tenom. Yang keluar dari dapur kami hanyalah keropok kentang pedas manis.



Amie asingkan lauk-pauk nasi berkat. Ada ayam goreng dan ikan goreng. Sambil goreng nasi, Amie panaskan semula ayam goreng dan ikan goreng gunakan air fryer. Begitu juga dengan udang goreng di bawah ini.


Udang goreng dan telur masin.

Mangga Filipna & Anggur Merah


Ini mangga Filipina. Bukan mangga Manila. Hahaaa... Manila itu ibu negara Filipina. Kalau tak silap di Malaya ada mangga Manila. Di LD banyak mangga Filipina dan datangnya memang dari sana. Maklumlah Filipna dengan LD tersangatlah dekat.  


Kopi Cap Kuda Terbang Gula Sarang Lebah.

Keropok Kentang Manis Pedas.


Jom sambung BDR. Banyak tugasan online datang bertubi-tubi dan perlu diselesaikan. Ya Allah! Berilah kekuatan semangat dan kesabaran buat hamba-Mu yang lemah ini. 

Jumpa lagi!

13 comments

  1. Bawak berehat dulu Kak Amie dan Firdaus. Syukur ada leftover food. Boleh juga panaskan dan jadikan lauk bila sibuk ni. Macam best je nasi gaul dengan isi ikan dulu, lepas tu baru goreng. Sedap nasi goreng ada kacang panjang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..banyaknya rezeki yg diterima..sedap nampak nasi grg tu

    BalasPadam
  3. mata sy trs fokus kat kopi tu fuhhhh harum smpi ke sini������

    BalasPadam
  4. Ayam goreng nampak menyelerakan.. Saya pun suka juga makan nasi berulamkan keropok-keropok..

    BalasPadam
  5. Makan nasi ada ulam keropok sedap tu k.amie..😋😋

    BalasPadam
  6. Selamat melaksanakan tugas.

    BalasPadam
  7. Semua tu menyelerakan la kak amie..hari ni rumah SA lauk beli je..first time beli lauk...

    BalasPadam
  8. Meriah sungguh nasi berkatnya, alhamdulillah rezeki Kak Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi goreng
    my mom plan nak masak nasi goreng esok ni
    nasi goreng telur

    BalasPadam
  10. Nasi goreng dengan keropok memang best makan sekali. Laparnya..

    BalasPadam
  11. Sy pun baru sempat jengah dapur maya Kak Amie. Macam-macam ada, ingat nak tapau tapi tentu dah wassalam semuanya kan kan kan 😜😜😜

    BalasPadam
  12. sedapnya nmpk menu kak amie hari ni.

    BalasPadam
  13. Udang dengan ayam goreng nampakk sedappp!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe