Sup Bujang Tulang Korban

4:39 PTG

Hari ini Amie rebus tulang lembu sembelihan korban yang dikirim oleh adik ipar dari Silabukan. Amie namakan Sup Bujang Tulang Korban. Ini gaya masakan zaman bujang-bujangan dulu. Tak perlu banyak bubuh aksesori dan hanya rebus sahaja. Kalau Bonda masak mesti nak tumis dahulu segala perencah dan tulang hingga layu. Anakanda pula rebus saja bulat-bulat begitu.

Sebaik sahaja Amie padamkan api dapur tempat renih sup tulang, terdengar bunyi pintu pagar dibuka. Encik Suami sudah pulang dari hospital. Nampak gembira saja wajahnya kerana sudah selesaikan suntikan untuk dos kedua.

Dah siap masak? Laparlah!

Hidangan sudah tersaji di atas meja. Firdaus bacakan doa makan.

Sup Bujang Tulang Korban

Walaupun kurang bersemangat dari bangun pagi, tetapi setelah menghidu aroma Sup Bujang Tulang Korban rasa bertenaga pula untuk terus berada di dapur. Akhirnya siapkan hidangan makan tengahari kami hari ini.
  • Nasi Putih.
  • Sup Bujang Tulang Korban
  • Ikan Pari Ketuka @ Kiampau Rebus Air Asam Tomato
  • Sayur Campur.
  • Telur Dadar
  • Ulam Yumak & Timun Jepun
  • Buah Honeydew
  • Dambal Tomato Versi Ikan Bilis
Ikan Pari Ketuka @ Kiampau  Rebus Air Asam Tomato

Sayur Campur

Nak habiskan saki-baki sayuran. Jumpa 3 biji kacang bendi, 4 batang putik jagung dan kobis bunga. Tambah hirisan bawang putih, bawang merah dan cili merah serta udang. Tumis sekali harung jadi sayur campur.

Ulam-ulaman : Yumak & Timun Jepun.

Honeydew.

Telur Dadar.

Firdaus minta telur dadar. Katanya nak makan dengan Sambal Tomato Versi Ikan Bilis yang Amie masak kelmarin.Memang dia makan nasi dengan lauk telur dadar dan sambal tomato. Semua udang dalam sayur campur berpindah ke dalam pinggan nasinya.

Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Belum pun habis makan nasi, Firdaus bertanya: Bolehkah esok Mommy buat sambal begini lagi? Aduhai sayang Mommy! Kelmarin Mommy buat banyak sambal ini. Seminggu makan pun tak habis!

Jom kita lihat resipi Sup Bujang Tulang Korban. Rasanya sudah tentulah sedap sebab tulang masih segar dan manis!

Bahan-bahan:
  • 800 gram tulang lembu segar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm halia - hiris
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • satu bonggol pokok daun sup - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - kupas - belah 2
  • 1 labu bawang besar - kupas - belah 4
  • 2 liter air
  • 2 biji ubi kentang - kupas - belah 4
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali garam / perasa pilihan ke dalam periuk.
  2. Didihkan dengan menggunakan api besar selama 10 minit.
  3. Perlahankan api (Amie gunakan api kecil) dan tutup periuk.
  4. Biarkan merenih sehingga daging tulang empuk.
  5. Masukkan ubi kentang dan renih lagi sehingga kentang empuk.
  6. Akhir sekali taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali. Biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.

25 comments

  1. Sup bujang pun ada guna rempah.
    Ini hirup panas-panas sedap dengan sambal kicap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... bujang pun ada rempah juga ye. Rempah tu buat syarat jew.

      Padam
  2. Sedapnya daging qurban...Sup simple rebus tanpa tumis macam cikgu masak ni bagi saya lebih sedap sebab manis & tak muak.Kalau kat kampung sup rebus macam ni lah selalu dihidang semasa kenduri qurban.Dagingnya dicicah air asam tomato.Perut & paru rebus dicicah air asam tomato yang dicampur kerisik & santan pekat.Sebenarnya kerabu perut namanya tapi versi kuah berasingan tidak digaul untuk mengelakkan cepat basi.Nak makan ambil perut rebus & cedok air asam keriaik tu cicah sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu. Manis daging yang sangat sedap.
      Dapat bayangkan daging, perut & paru fresh direbus, cecah air asam . Pernah dulu kami buat korban di sekolah, kawan-kawan dari Kelantan & Kedah pakat rebus perut cecah air asam. Ramai-ramai kami rewang di surau sekolah.

      Padam
  3. sedapnya sup tulang.
    mak syu pon bru buat menu yg sama smlm. klau dkt kg, msti dpt mkn dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah juga nak dapat tulang segar. Kalau ada pun harga kayangan sungguh. Time raya korban bgeinilah baru rasa daging dan tulang yang betul-betul fresh.

      Padam
  4. Menyelerakan sup tulang, sambal tomato mesti sedap...

    BalasPadam
  5. Akak pun buat menu sup daging korban hari ni..ikan pari air asam tu mmg sedap sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama menu kita hari ini ye.
      Ikan pari air asam memang sedap! Tak boleh berhenti makan selagi tak habis hehehehee.

      Padam
  6. Haaa.. stail sy rebus semua sekali arung, malas nak tumis2 kak Amie, macam ni pun dah sedap sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda mudah nak buat, kenapa cari yang susah kan SK.

      Padam
  7. takut tengok sup tulang tu.. sebab besar sgt. tak biasa makan yg besar macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada kapak nak potong. Dapat tulang memang dah begitu, campak jew dalam periuk heheheee.

      Padam
  8. Saya suka sup bujang macam ni kak Amie. Tak terlalu banyak rempah dan terasa originalnya. Hirup kuah panas panas terasa segar badan terus. makan dengan sambal kicap bikin berpeluh. Pedas campur panas.

    BalasPadam
  9. wah sedap2 menu amie, semua kesukaan. saya if masak sup tulang lembu pun suka simple je, bwh putih+ halia+serai+perasa. sedap!

    BalasPadam
  10. Tahun ni takde siapa hantar daging korban kat rumah ni.. Orang taman dah maklumkan, tahun ni daging terhad, ramai yang tak dapat. Tapi takpelah, saya tak berharap pun. Elok beri pada yang lebih memerlukan..

    BalasPadam
  11. TERBAIKLAH SUP TULANG DAGING BERTAMBAH TAMBAH NASI NI

    BalasPadam
  12. Tu dia.. Tak semangat pun penuh dulang. Kalau saya, Foodpanda je la. Hihi. Sup kalau tumis rempah dulu lagi sedap tapi stail cam ni pun ok

    BalasPadam
  13. Setuju dengan kak sal, kak amie tak bersemangat ke semangat ke, dulang tetap penuh hahahaha. Kalau saya, memang order foodpanda terus hehehe.

    BalasPadam
  14. Sedapnya sup tulang....SA ni dah makan sup tulang sehari sebelum raya hari tu...

    BalasPadam
  15. Dpt sup tulang ni mkn dgn nasi kosong pun dh sedap

    BalasPadam
  16. Kebetulan semalam merasa makan sup tulang jiran bagi. Memang berselera saya makan lawan dengan cili kicap.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe