ADSENSE

Rabu, 25 November 2020

Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin & Kopi Durian Musang King

Hari ini siapkan dua kerja. Bekerja di tempat kerja, dan sampai rumah kena sambung berBDR pula. Teringat anak-anak belum makan, singgahlah beli nasi kuning dan apa-apa yang patut. Sampai rumah, rupanya Abang Farid sudah beli nasi bungkus online untuk adik-adiknya! Jadi, tengahari tadi tak perlu bersilat di dapur. Amie terlupa petang ini, pada pukul 3 petang Abang Farid menjadi peserta simposium dengan pelajar-pelajar dari universiti luar negara termasuk Thailand, Jepun, Jerman dan Indonesia. Patutlah awal-awal lagi sudah beli makanan. Mungkin takut lapar kalau Amie tak sempat masak. Yang lucunya, kelam-kabut pula Abang Farid minta Encik Suami hantarkan ke kedai gunting rambut. Katanya, rambutnya sudah macam sarang tebuan, malulah nampak serabut tak kemas sewaktu menyampaikan pembentangan.

Tiba-tiba hujan di petang hari! Sambil berBDR sambil bantu Firdaus siapkan kerja rumahnya. Kasihan budak kecil ini. Terkial-kial nak siapkan lukisan menggunakan teknik percikan dan renjisan. 

Hujan masih belum berhenti. Jom masuk dapur, masak apa yang patut. Yuhuuuu... keluar dapur dengan sepinggan pulut tanak lauk ikan masin & kelapa parut. 

Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin

Musang King Durian White Coffee

Hujan-hujan begini, memang sedap betul santan pulut tanak & the gang, dan jangan lupa secawan kopi. Masih ada baki kopi durian Musang King yang dibeli di Tenom dahulu. Jom kita bancuh.

Cuaca pun memang sporting habis! Hujan sampai ke petang, sejuk-sejuk manja jew suasana. Layan makan pulut tanak begini boleh pengsan sampai ke pagi.... ahaks!


Tidak ada keistimewaan apa-apa dalam hidangan pulut tanak ini. Cara masak pun biasa-biasa saja. Sukatan pulut dengan air gunakan nisbah yang sama, tambah secubit garam. Nak aroma harum, boleh masukkan sehelai daun pandan, siat dan simpul. Kelapa parut pula, parutlah yang bahagian putih sahaja. Tambahkan sedikit garam dan gula, bagi rasa lemak-lemak sikit. Kemudian gorengkan ikan masin. Amie goreng ikan masin ketambak @ batu. Bukan ikan masin kepala batu.


Firdaus dengan lukisan sang kancil dan sang buanya menggunakan teknik percikan dan renjisan. Gambar sudah dihantar kepada guru Pendidikan Seninya. Panjang betul rambut Firdaus! Maklum duduk terkurung sepanjang PKPB sejak September 2020.
Abang Farid masih bersimposium. Fairuz pula petang ini rajin turun masak di dapur untuk hidangan makan malam. Encik Suami dengan hobinya, berkebun di atas tanah sekangkang tikus di tepi rumah. Fuad, tak tahu apa ceritanya, selepas makan tengahari masuk semula ke biliknya.
Alhamdulillah. Hari ini semua aktiviti berjalan lacar dan segala urusan rumah, juga urusan kerja dipermudahkan-Nya. Syukur ya Allah.
Wokey!
Jumpa lagi.

20 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata... Reply To This Comment

pulut ikan masin memang favret.. sama dengan arwah ayah. suka sangat kami anak branak. tapi saya suka dengan ikan yang banyak sisik tu.. sisik dia yang best..

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Saya tak pernah lagi makan Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin tu kak amie. Teringin mencubanya. Masing masing sibuk dengan kerja masing masing ye. Daus pun ada aktiviti dia. Cantik mewarna teknik percikan tu.

Dunia Zumal berkata... Reply To This Comment

Rasanya dah lebih 5 tahun tak makan pulut dengan ikan masin macam ni

USAAssignmenthelp berkata... Reply To This Comment

Our nursing assignment help service is given to you, our writers follow the best methods to conduct the research. They bring out the extract from the chunk and relevantly put the same in the assignment.

Warisan Petani berkata... Reply To This Comment

Dah lama tak tanak pulut.
Kopi durian musang king tu pun belum pernah cuba.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Rasa macam nak terbang ke Lahad Satu tengok pinggan Amie

namakucella berkata... Reply To This Comment

Pulut boleh lagi selongkar dapur..
Kopi tu.. kopi... Mana nak cari
Hihihi

nohas berkata... Reply To This Comment

Sedapnya..pulut & kopi..

Eina Md Ali berkata... Reply To This Comment

Sedapnya nampak pulut tu, dah lama tak makan pulut macam ni. Teringin la plak

paridah berkata... Reply To This Comment

musim hujan makan pulut ikan masin laju je menyuap kan

nayfatimahrasyid berkata... Reply To This Comment

Dappp nyer, hujan hujan makan oiii ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

notie berkata... Reply To This Comment

walaupun simple tapi itulah yang selalu teringin di makan. Kalau ada ubi godok layan dengan sambal tumis dan ikan masin pun masyuk

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

pandainya firdaus lukis tu, creative btul !

mama tisya berkata... Reply To This Comment

wah besar ikan masin mkn ngan pulut tu..yummyy...tk pernh tgk kopi durian

Suria Amanda berkata... Reply To This Comment

nampak sedap tu kak amie..SA x leh makan plak pulut..kalau makan pulut angin badan and sampai boleh masuk ward...kopi durian? rasa apa agaknya tu kan

Sunah Sakura berkata... Reply To This Comment

wahhh kopi perisa musang king! macam mana lah rasanya ya...

kisah si dairy berkata... Reply To This Comment

lama betul tak makan pulut dengan ikan masin tu tau..

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

tak pernah mkn lg.. menarik menu ni kena dgn kopi.. pandai lukis

ajumohit berkata... Reply To This Comment

saya dengan pulut memang kawan baik kak, sesekali teringin saya akan tanak utk makan dengan sambal tumis, tapi yg ni lagi terangkat kak hihi

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Alamak tiber tingin nak makan pulut tanak kelapa putih lawan ikan masin, tapi pulut takde stok pulak, ermmmm..kena pegi pasar dululah..