Menu Sarapan Pagi DSSS 6 -18
8:02 PTGJumpa lagi dalam sembang-sembang DSSS (Diet Suku Suku Separuh). Bateri penimbang di rumah sudah tidak berfungsi. Jadi tidaklah teruja sangat untuk timbang berat badan sama ada naik atau pun turun. Minggu lepas, hari Selasa hantar Encik Suami ke klinik. Terpandang penimbang berhampiran kaunter. Seorang lelaki separuh umur, mungkin sedang menunggu isterinya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di dalam bilik, buka kasut dan timbang dirinya. Tiba-tiba teringin timbang berat sendiri. Tapi tahankan hati, bersabarlah. Tak perlu tergesa-gesa untuk timbang. Baru berapa hari DSSS... ahaks!
Hari Sabtu pagi, janji dengan gang kaki jalan untuk menyiapkan tugasan di tempat kerja. Sebaik sahaja terserempak dengan Kam, terus dia tegur:
Hei! Kenapa kurus ni?
Diet ke? Exercise ke?
Baju nampak longgar.
Muka nampak... bla blaaaa.....
Siapa tak rasa nak terbang ke langit biru apabila kawan tegur begitu?
Dan kemudian, Kam minta panduan bagaimana untuk turunkan berat badannya. Sempatlah kongsi serba sedikit tentang amalan DSSS
Alhamdulillah.
Teguran Kam itu menjadikan Amie tambah semangat untuk meneruskan DSSS.
Kali ini Amie sambung paparan menu sarapan pagi DSSS yang sempat Amie rakam.
Karbohidrat - roti & jagung rebus Protein - telur dadar gulung Fiber - green & red coral, timun & anggur |
Karbohidrat - nasi goreng & jagung Protein - telur kukus Fiber - kacang manis & lobak merah celur, timun, cili hijau goreng & buah kiwi |
Karbohidrat - bubur oat Protein - pisang Fiber - buah kiwi, anggur, oren & delima |
Karbohidrat - kentang goreng Protein - telur dadar Fiber - tomato, avocado & anggur |
Karbohidrat - croissant Protein - telur hancur Fiber - kiwi, tomato ceri & epal ceri |
Karbohidrat - jagung bakar Protein - telur kukus Fiber - kiwi, tomato ceri & blueberry |
Karbohidrat - roti & peanut butter Protein - telur dadar dengan bayam Fiber - belimbing, buah limau & blueberry |
Karbohidrat & Perotein - bubur nasi campur jagung dan ayam Fiber : oren, anggur & buah naga |
Karbohidrat - roti & peanut butter Protein - telur dadar Fiber - avocado, oren & betik |
Karbohidrat - roti wholemeal Protein - telur dadar Fiber - anggur, kiwi & epal ceri |
Karbohidrat - croissant Protein - telur dadar Fiber - selada hijau, buah naga, epal ceri & blueberry |
Karbohidrat - kentang panggang Protein - fillet ikan dori goreng salut tepung Fiber - selada hijau, tomato ceri, timun, lobak merah & epal ceri |
Karbohidrat - roti wholemeal & kentang goreng Protein - telur Fiber - kiwi, blueberry & epal ceri |
39 comments
Nampak sedap sis, kite nak tiru laa :)
BalasPadamNardthenerd,
Padamsilakan.
Macam plating menu hotel. Thumbs up
BalasPadamSalbiah,
Padamterima kasih dik.
Uish...menarik sangat2 menu Amie ni 😋
BalasPadamTelur kukus...tak pernah buat.
Ujie,
Padamterima kasih, nak pujuk hati makan banyak sumber fiber.
cantiknya amie foto2 dan menu pun nampak sedap walaupun diet suku suku separuh
BalasPadamAna,
Padamharap menu DSSS tidak membosankan, dan terus rasa semangat nak teruskan.
Ni BUKAN saja diet dengan ilmu tapi plating dia mantap sampai Tak rasa dsss
BalasPadamSK,
Padamterima kasih, harap begitulah tak rasa terikat dgn DSSS walaupun sebenarnya DSSS.
Teringat lawak ustaz...kuda hari2 berlari jgkahayat 30-40 thn..gajah hari2 mkn sayur bdn tetap kembang...arnab hari2 melompat jangkahayat 9-12 thn...ikutlah resmi kura-kura jln pun malu malu tp bdn tetap menten leh hidup beratus thn ..hehe
BalasPadamKang Latep,
Padamnak jadi macam kura-kuralah, lumba lari dengan arnab pun dia yang menang.
Menarik menu2 ni..!! Cara hidang pun best macam makanan hotel!
BalasPadamCik TK,
Padamterima kasih, sentiasa kena ingatkan diri agar isi pinggan perlu ada sumber yg diperlukan.
Macam mana buat telur kukus ya? Teringat masa kecik selalu makan, tapi buat m tacam
BalasPadamBiat macam tak jadi. Maaf terpublish masa nak edit ejaan haha
PadamSyaz,
Padamkukus macam kukus masakan lain, nak kosong saja oun boleh, nak tamvah cendawan, isi ayam dll pun boleh.
Terbaik kak Amie. dah kira berjaya dah tu bila orang nampak kurus. Hihi
BalasPadamTeruskan DSSS. Hidangan macam ni saya suka.
Azhafizah,
PadamAlhamdulillah. Masih tak berani nak timbang badan. Biarlah dulu samoai target bilangan hari yang ditentukan. Terima kasih Fiza.
Wow presentation yang menarik
BalasPadamZumal,
Padamterima kasih dik.
Sama-sama
Padamnak breakfast gmbr yg number 3! sedapnyaaaa
BalasPadamAtie,
Padamjemput... Lengkap tu sumber makanan yang diperlukan.
sedapnya...nak tirulah
BalasPadamAzian,
Padamdipersilakan dik.
teruja tgk menu-menu ni...
BalasPadambila memandang diri ini, tertanya..adakah ku juga mampu menyediakan sebegini...
hehehe :) good jobs amie ♥
Nieyla,
Padamin shaa Allah boleh dik, pelan2.
Seronok jamu mata tengok menu-menu akak yang berwarna-warni. Tahniah, kak. Moga terus bersemangat!
BalasPadamFarrah,
Padamterima kasih, moga kakak dapat teruskan DSSS hingga berjaya.
sedap tengok semua menu tu kak... lagilah menu telur tuh
BalasPadamcuma tulah kenapalah dana ni tak serajin akak...
Dana,
Padamterima kasih, Dana pun rajin juga kan.
Alhamdulillah.. kenyang mata sha tengok menu nie semua.. hehehe.. Berwarna warni..
BalasPadamSha,
Padamterima kasih dik.
Nampak sedap semua menu tu. Boleh juga Nina cuba nanti untuk bekalan anak ke sekolah. Ada semua yang diperlukan. Thank youuu
BalasPadamNina,
Padamterima kasih dik. Boleh cuba, anak-anak suka warna-warni.
Nampak sedap semua menu tu. Boleh juga Nina cuba nanti untuk bekalan anak ke sekolah. Ada semua yang diperlukan. Thank youuu
BalasPadamWalaupun simple, nampak menarik sangat menu diet ni..nanti saya pun nak follow lah slow2 menu diet ni...
BalasPadamAyu Zarina,
BalasPadamsilakan... saya pun pelan2 jew ni.