Pizza Roti Wholemeal Buat Alas Perut di Pagi Jumaat
8:17 PGAssalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Semoga hari ini tambah bertenaga dan ceria sepanjang masa. Salam Jumaat yang berkah, penghulu segala hari. Sambil bersarapan pagi, sambil-sambil muhasabah diri dan saling mengingatkan beberapa kemuliaan, kelebihan serta keistimewaan hari Jumaat:
- Allah ciptakan Nabi Adam
- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
- Allah mematikan Nabi Adam
- Pada hari ini juga, ada satu saat tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohononannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
- Pada hari itu juga terjadinya kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun kedududkannya yang amat dekat di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim) Sumber : Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu
Pizza Roti Wholemeal |
Pagi ini masuk dapur buat Pizza Roti Wholemeal. Macam-macam resipi lalu lalang di media sosial, tak terkira banyaknya dan memang kreatif sungguh mereka yang berkongsi idea merekacipta pelbagai menu. Daripada idea tersebut, secara tidak langsung akan muncul pelbagai versi lain yang menggunakan bahan asas yang sama. Meriah sungguh dunia masakan!
Amie buat dua keping pizza menggunakan roti wholemeal dan telur. Kemudian Amie bubuh topping daripada beberapa jenis bahan seperti capsicum merah, capsicum hijau, hirisan cendawan segar, jagung dan juga lobak. Ada yang bakar dalam oven, ada yang gunakan kuali ajaib. Amie masak dalam kuali biasa. Bahan-bahan topping Amie goreng kilas terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas pizaa roi wholemeal.
9 comments
Apa yg Amie buat semuanya nampak sedap
BalasPadamSedap pulak nampak bekfes Amie :)
BalasPadamtk pernh try lg wat pizza roti yg besar camni...pernah buat yg dlm cup kecik2 bdk2 suka
BalasPadamHirisan Kiwi tu bijinya naturally macam ikut bentuk heart.
BalasPadamRasa sihat sahaja makan roti bijian penuh.
BalasPadamthank you sharing info dari keindahan hari jumaat :)
BalasPadamSedapnya roti pizza wholemeal. topping tu meriah. Kenyang makan breakfast macam ni
BalasPadamSedap dan menyihatkan
BalasPadamPadat pizzanya
BalasPadam