Sembang Hari-Hari di Dapur

10:47 PTG

Cerita dari dapur lagi. Hari-hari perlu bersilat di dapur untuk sediakan hidangan keluarga. Ada ketikanya Amie terpaksa juga beberapa kali ke tempat kerja, walaupun sedang berBDR. Urusan kerja perlu diutamakan kerana Saya Yang Menjalankan Amanah (SYMA), manakala urusan keluarga perlu didahulukan pula. Kenalah bangun lebih awal, dan siapkan mana yang patut sebelum keluar. Kalau Amie pulang agak lewat, dan tak sempat masak tengahari, Abang Farid akan pesan makanan secara online. Terima kasih Abang Farid kerana sangat prihatin terhadap adik-adiknya. Fuad pula, waktu tengahari akan berehat seketika dan turun ke dapur mencari makanan. Kalau Amie belum siap masak kerana baru pulang dari tempat kerja, memang dia akan capai apa saja makanan yang boleh dijadikan alas perut sebelum sambung kembali kuliah atau kelas tutorialnya menjelang pukul 2 petang.

Sepanjang minggu ini semuanya sibuk dengan kelas online. Tidak ada seorang pun yang mahu masak lauk di dapur, kecuali pada waktu malam untuk diri sendiri. Amie sempat sediakan ayam goreng Korea untuk lauk makan tengahari. Tak ingat dah, hari apa masak ayam ini. Yang Amie ingat, cepat betul ayam terbang dari pinggan!

Ayam Goreng Korea


Di bawah ini Mee Hoon Goreng Sosej Ayam Balck Pepper. Amie tambahkan dada ayam. Anak-anak kalau makan mee atau mee hoon memang akan cari aksesorinya. jadi kena bubuh lebih-lebih supaya tidak asyik terkais-kais mencari harta karun di bawah timbunan mee hoon.

Mee Hoon Goreng Sosej Ayam Black Pepper

Hidangan sarapan pagi yang Amie dan Encik Suami paling suka dan tidak digemari anak-anak ialah roti wholemeal panggang dengan pisang. memang sampai ke tengahari atau ke petanglah roti pisang ini duduk atas meja, dan dipanggang semula untuk dijadikan minum petang pula.

Roti Wholemeal Panggang dengan Pisang

Sempat buatkan siu mai kuah pedas berapi untuk anak-anak. Letak bawah tudung saji, dan bila buka semula hanya tinggal 3 ketul sahaja.

Siu Mai Sayuran

Firdaus dan Abang Farid suka sangat makan Vagetarian Udang. Nampaknya Fuad dan Fairuz terpaksa beralah sebab lambat turun ke dapur!

Udang Vagetarian Panggang Air Fryer

Biasanya Abang Farid akan gunakan khidmat Food Panda untuk membeli makanan, tetapi kalau Fairuz rajin beli sendiri, Abang Farid kirim melaluinya saja. Kalau Amie lewat pulang, Fairuz akan pergi beli nasi bungkus di gerai taman perumahan kami.





Inilah antara nasi bungkus yang Fairuz selalu beli.


Kudap-kudapan untuk anak-anak:


Slice chicken, beli di Garden Hut. Kali ini ada cheese. Suka sangalah Firdaus makan!

Kacang Tanah Rebus


Chocolate Balls


Yong Tau Foo Tom Yam

Takoyaki 



Chicken Chesnut Mushroom


Ikan Layar Masak Kari


Oleh kerana anak-anak suka sangat masakan kari, Amie pun masaklah lebih sedikit ikan layar. Bukan main suka Fuad dan Abang Farid. Ada lebih 2 ketul ikan dan kuah kari, Amie simpan. Keesokan paginya Amie buat pizza roti telur dan bubuh ikan layar sebagai topping. Kononnya ala-ala pizza ikan tuna.... ahaks! Tepi-tepi pizza itu nampak sedikit hitam disebabkan kuah kari yang melimpah. Bahagian bawahnya cantik, kuning keemasan.


Pizaa Roti Wholemeal Telur Ikan Layar

Lebihan kuah kari ikan Amie gandingkan dengan Crepe Daun Bawang Sarang Burung. Sedap sangat!

Crepe Daun Bawang Sarang Burung

Sosej Telur 7 Jenis Sayuran

Hari ini dari pagi sehingga petang bekalan elektrik terputus. Memikirkan kesukaran memasak tanpa alat elektronik, jadi Amie pun buat sosej telur. Hanya potong bahan-bahan, pecahkan telur, ikat dalam plastik aiskrim, dan rebus. Kemudian digoreng. 7 bahan sayuran yang Amie gunakan termasuklah capsicum merah, capsicum kuning, capsicum hijau, lobak merah, cendawan butang, daun bawang dan jagung.
Wokeeeyyy.... habis dah cerita dari dapur.
Jom kita tidur.
Moga esok dapat bertemu kembali.
Selamat malam.






14 comments

  1. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  2. Omak ai...
    Sodap-sodap semuanya masakan cikgu..
    Cantik dipandang & pastinya enak dimakan tu...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak. waaahh sedap2 menu kali ni ye... boleh laa buat idea saya utk masak nanti. Terima kasih share.

    BalasPadam
  4. terbaiklah amie santapan keluarga sedap semua

    BalasPadam
  5. semalam atie nak makan korean ayam goreng tu la..then tutup lasty pergi makan takoyaki

    BalasPadam
  6. Tak tahu nak komen menu mana satu kak. Menyelerakan setiap satu tu. Ayam goreng korea memang terlajak laris kalau masak. cepat habis.

    BalasPadam
  7. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan.Kreatif Amie menyediakan menu2 utk keluarga.
    Roti panggang pisang tu anak akak dah try buat utk adek2 ,Alhamsulilah licin.

    BalasPadam
  8. Tengok lauk udang Kak Amie baru teringat tak masak lagipun stok udang yang ada.

    BalasPadam
  9. @saniahibrahim Alhamdulillah. Sedap makan panas, rasa manis semulajadi pisang tu memang rasa nak makan banyak-banyak... ahaks.

    BalasPadam
  10. aaaaaa banyaknyaaa food sedap2 belaka nampak..
    that sosej telur tu la anak buah dok ajak buat.. menarik juga ya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe