Sarapan Pagi dengan Belebat @ Lepat Ubi Kayu
6:45 PGSelamat pagi warga Borneo dan Malaya, serta negara-negara jiran Brunei Darul Salam, Indonesia, Filipina dan Singapura. Mari sarapan pagi dengan belebat @ lepat ubi. Walaupun hari ini cuti perayaan Deepavali, dan tidak perlu berBDR, tapi perut kena isi juga!
Belebat @ Lepat Ubi Kayu |
Dapat juga makan belebat @ lepat ubi kayu di waktu pagi. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, kalau Bonda minta ke kedai belikan gula merah dan kelapa, maknanya akan ada belebat atau lepat ubi untuk sarapan keesokan paginya. Biasanya Bonda akan cantas beberapa pelepah pisang di kebun dan jemur di tengah panas sehingga layu. Kalau tidak dijemur, Bonda akan layur di atas dapur. Sewaktu Bonda memarut ubi kayu kami suka duduk-duduk bersebelahan Bonda, dan ketika Bonda memarut kelapa pula, kami berebut-rebut menunggu cikal, atau cebisan kecil kelapa yang tidak boleh diparut. Waktu itu rasa cikap sangatlah sedap, lemak-lemak manis! Sebelah malamnya pula, sewaktu kami mengaji ai-Quran, akan terbau aroma belebat @ lepat ubi berbungkus daun pisang sedang dikukus di atas dapur kayu api. Keesokan paginya, dapatlah kami bersarapan dengan belebat @ lepat ubi kayu tadi. Belebat @ lepat ubi kayu ini juga dijadikan bekalan untuk menoreh getah atau ke kebun. Rindunya zaman itu! Aroma belebat ubi kayu bercampur dengan harum kopi hitam pekat panas! Aduhai! Moga Bondaku sihat-sihat sahaja ketika ini.
Sewaktu Amie mengadun bahan belebat ubi kayu ini, semua anak melihat dengan rasa pelik. Maklumlah tidak pernah melihat orang membuat belebat apalagi memakannya! Masing-masing membuat andaian nama kuih yang Amie buat ini. Fuad kata, lain betul cara Mommy buat kek coklat!
10 comments
rajinnya buat belebat teramatlah sedap tu
BalasPadamhahahaha.. kek coklat rasa ubi tuuuuuu
BalasPadamSedap nye.. dah lama tak makan lepat ubi
BalasPadamOrg kg saya panggil lemet ubi...hehe
BalasPadamWah, sedap tu lepat ubi kayu nostalgia mak-mak nih... Kena lwmak manisnya memang terangkat
BalasPadamSedapnya lepat ubi. Lama sungguh tak makan lepat ubi air tangan mak. fuad tak pernah makan lepat ubi ke tu kak amie? hihi
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamFuad tak pernah makan. Anak-anak tak pernah makan. Memang ada nenek dia buat kalau balik Malaya, tapi budak-budak tak mahu cuba makan.
sedapnya..dah lama tak makan pelepat ubi ni..entah bila kali terakhir makan, dah tak ingat dah..
BalasPadamatie suka lepat pisang lagi.. yummm sedapnyaaaa
BalasPadamSA lagi suka lepat pisang..lepat ubi ni pernah makan tapi x berapa suka..lagi pula x leh makan ubi sanagt..semput nanti
BalasPadam