Garlic-Parmesan Croutons & The Gang
10:01 PGSelamat pagi dan selamat berhujung minggu. Mari ceria-ceriakan pagi ini dengan melakukan rutin harian agar badan sentiasa sihat, tidak letih dan tidak lesu sepanjang hari. Kita alas perut terlebih dahulu. Pagi ini Amie sediakan sarapan pagi ala-ala western food, kononnyalah. Amie panggang french loaf untuk dijadikan crouton. Selalu tengok chef-chef barat buat crouton dalam program masak-masak di televisyen. Macam-macamlah cara dan bahan yang digunakan dan tidaklah susah sangat. Jadi, Amie pun buat ikut bahan yang ada di dapur. Mula-mula potong bentuk dadu roti yang hendak kita panggang. Bahan untuk melumur roti potong dadu termasuklah mentega cair (jika tidak ada boleh gantikan dengan minyak zaitun), serbuk bawang putih, tambahkan oregano kering dan juga tyhme jika suka. Amie hanya gaul roti dadu dengan minyak zaitun, serbuk bawang putih dan keju parmesan sahaja. Kemudian bakar atau panggang dalam oven. Amie panggang dalam air fryer selama 12 minit, suhu 180'.
Jika suka, boleh sediakan salad untuk dinikmati bersama croutons. Salad yang Amie sediakan pun mudah saja, hanya perlu potong-potong, tambahkan minyak zaitun, taburkan serbuk black pepper, serta sedikit sedikit garam. Jangan lupa perahkan sedikit jus lemon. Siap! Oh ya, lupa! Bahan yang Amie gunakan untuk salad ialah mini lettuce, kobis ungu, avocado, tomato ceri dan limau China Sha Tong Kit.
Allah berfirman dalam Surah Ibrahim (14:7) yang bermaksud:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kami mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.
Sudahkah anda bersyukur hari ini?
9 comments
bersyukur and nak sentiasa belajar bersyukur...
BalasPadaminsyaallah, mari kita bersyukur ehehe
BalasPadamAlhamdulillah......
BalasPadamMasih terlalu banyak nikmat Allah untuk kita
Sedapnya mushroom soup dengan croutons tu kak amie.
BalasPadamAlhamdulillah :)
InsyaAllah
BalasPadamResepi yang mudah dan menyihatkan.
Syukur Alhamdulillah keliling ada je benda boleh jadi bahan makanan.
BalasPadamuiiiisshhh yang dengan mushroom soup tu very inviting kak !!
BalasPadamrumah kat mana kak ? nak pi ketuk2 la hahaha..
@Siti Yang Menaip Siti duduk mana? Kak Amie di Lahad Datu. Meh sini kakak tunggu di Teluk Darvel, tak boleh naik kapal terbang, Sii berenang jew lintas Laut China Selatan... heheheheeh!
BalasPadamnice nyer sup cendawan.
BalasPadamsuka juga aida.
tak pernah buat sendiri, amie.
do beli yg segera dlm tin aje :) ha ha ah ha...
cepat dan mudah.