Seorang rakan sekerja, viralkan dalam group, petai baru turun dari pokok. Seikat RM10. Kalau saiz besar, 5 papan, kalau saiz agak kecil 6 papan. Boleh COD. Amie pun respon, berminat nak beli, tapi disebabkan lambat buka mesej, petai sudah habis dibeli oleh kawan-kawan yang lain. Kelmarin, katanya turun lagi petai dari pokok. Cepat-cepat Amie beli 3 ikat. RM30.
 |
Petai atau kacang pahit.
|
 |
18 papan petai berharga RM30.
|
Dalam bahasa saintifiknya, petai disebut sebagai parkia speciosa. Petai juga dikenali dengan nama kacang pahit, dalam bahasa Thai disebut sataw, kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk. Isi petai tersimpan di dalam salutan kulit yang panjang berbentuk papan, dan bentuk petai pula seperti kacang almond, berwarna hijau terang. Rasanya agak pahit jika dimakan mentah. Baunya sering dikatakan busuk. Bau busuk yang keluar dari petai merupakan gas metana semulajadi yang tersimpan di dalam isi kekacangnya.
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain.
Dalam perubatan tradisi Melayu biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.
Walaupun ada segelintir yang tidak suka makan petai disebabkan baunya yang kurang menyenangkan, namun memakan petai atau rawatan hasil memakan petai mempunyai beberapa kebaikan. Boleh rujuk Pak Google untuk info lanjut tentang kebaikan makan petai.
Malam ini santai-santai saja di dapur maya sambil melihat kembali beberapa resipi petai. Mana tahu dapat idea esok nak masak apa. Maklumlah sudah ada petai di depan mata.... ahaks!
 |
Mackerel Sambal Petai |
 |
Ikan Bilis Goreng Pedas dengan Petai
|
 |
Sambal Belacan Ikan Bilis dengan Petai |
 |
Lidah Lembu Goreng Kunyit dengan Petai |
 |
Sambal Cencaluk Petai & Belimbing Buluh |
 |
Sotong Tumis Sama Petai |
 |
Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai dan Terung Pipit |
 |
Sambal Ikan Bilis dengan Petai |
 |
Jeruk Mandai Goreng dengan Petai |
 |
Sambal Tempoyak dengan Petai |
 |
Nasi Goreng Udang dengan Petai
|
 |
Sambal Tempoyak Daun |
Sambal Tempoyak Daun pernah tersiar dalam majalah SAJI.
Pernah dengar petai belalang? Atau makan petai belalang? Kata Pak Google, tumbuhan petai belalang ini pemberi sumber protein terbaik untuk lembu. Nilai pemakanannya sama atau lebih elok jika dibandingkan dengan alfalfa. Zaman kanak-kanak dulu, suka panjat pokok petai belalang. Kami ratah begitu saja isi petai belalang ini. Resipi Sambal Ikan Bilis Petai Belalang pernah tersiar dalam majalah SAJI.
Amie kategorikan Sambal Ikan Bilis Petai Belalang sebagai menu orang lama. Generasi hari ini mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan pokok petai belalang! Tumbuhan ini banyak tumbuh liar di tepi jalan dan semak-semak!
 |
Sambal Ikan Bilis Petai Belalang |
Sekian.
Cerita petai berakhir di sini.
Belum dapat idea esok nak masak apa dengan petai yang sudah togel itu.
Jumpa lagi.
11 ulasan:
saya suka... petai belalang pun saya suka
Entah kenapa, dari kecik sampai ke tua bangka ni wak tak pernah makan petai.
Saya suka makan petai yang dicampurkan dengan sambal ikan bilis, sambal daun kayu dan sambal petai udang. Sedap! Kalau makan mentah buat ulam memang tak leh masuk. huhu
Ya Allah atie mmg hantu petai! masak la petai dgn apa saja pun.. tak pernah tolak!
Byknya resepi petai... hehehe... tp kakmim x mkn petai tp suka tgk gambar org masak petai
rampai ulam terbaaik n berkhasiat tu
Sambal tumis petai ler paling best tapi petai belalang pun best tu paling senang nak makan free je keliling rumah dolu2. Lah ni dah susah nak jumpa
Saya paling suka sambal petai udang atau pun ikan bilis. Boleh makan bertambah2. Tapi keluarga saya kalau buat sambal petai dn ikan bilis biasanya kami masukkan kulitnya sekali. Cuma kulit tu kami kikis2 je.
petai belalang tak pernah jumpa dan makan, amie.
aida paling suka, sambal tempoyak petai. aduhai :)
tapi tu la. tidak boleh kerap makan petai ni.
nanti perut berangin! jadik kurang sihat terus hu hu hu hu...
sesekali buat, makan puas-puas, amie ha ha ha ha ha...
then tak sihat, telan ubat. biasanya weekend la.
Suka petai. Tapi kena pastikan hari cuti. Nanti toilet berbau kat opis, segan pulak. Selalu masak sambal atau masak lemak
Tu dia.. mama x makan petai tapi selalu masak petai sebab en hubby hantu petai
Catat Komen