ADSENSE

Ahad, 29 November 2020

Nikmati Air Kelapa Pandan di Tengahari

Jom minum air kelapa muda yang beraroma, kelapa pandan. Kalau minum di luar, paling murah dapat harga RM3.50 sen sebiji. Biasanya harga antara RM4-RM5 dan kadang-kadang mencecah sehingga RM7.

Anak buah hantar 40 biji kelapa pandan. 5-6 tandan begitulah. Dalam setandan ada juga yang tak ada airnya. Ada yang sudah agak tebal isinya, dan ada yang sedang-sedang lembutnya.

Ada yang suka tambah kiub ais. Ada yang suka minum begitu saja. Kami minum tanpa ais. Setiap biji kelapa pandan  menghasilkan di antara 250ml - 300ml air. Kalau anak-anak nak minum, bawa gelas minuman masing-masing. Isi kelapanya pula, boleh korek dengan sudu. Nak campur dalam gelas berisi air kelapa pun boleh. Minum dulu segelas air kelapa, dan kemudian makan isi dari buah kelapa itu pun boleh. Korek, dan kaut bawa masuk mulut. 

Air kelapa pandan dengan isinya. 

15 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata... Reply To This Comment

selalu beli orang indonesia jual bawah rumah nenek.. dia jual rm5 sbiji..
tapi sbb kitorng regular customer dpt la 3.50 hehe..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Kalau di JB ni rata2 jual RM5 sebiji, tapi kita suka beli yang RM2 seplastik, hehehe

AzianKhalil berkata... Reply To This Comment

alahai sedapnyaaa...

namakucella berkata... Reply To This Comment

Auhhhh... Harum & nikmatnya kelapa pandan panas-panas ni.... Dapat buat jeli kelapa lagi la

nohas berkata... Reply To This Comment

sedapnya..suka isi kelapa yg sedang2 lmbut..

Puan Hazel berkata... Reply To This Comment

Sedapnya... Dapat pula kelapa segar macam ni.

iamaSlowRunner berkata... Reply To This Comment

Sedap, air kelapa, dan banyak khasiat. :)

Syaz Rahim berkata... Reply To This Comment

teringin pulak :)

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Sedapnya air kelapa muda dgn isi yg mcm jeli tu, fresh mcm ni mana nak dpt, kalo beli yg jual tu adalah rasa sikit, lebihnya manis gula saja.

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Sedapnya air kelapa pandan. Kalau dapat balik kampung, dapatlah juga kait kelapa pandan. Sedap minum fresh from pokok. Isi dia pun lembut.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

time time panas minum air kelapa ni, kena2 plak baru balik jogging or hiking ! best

Diana Rashid berkata... Reply To This Comment

sedapnya.. sejuk2 pun kalau kena air kelapa rasa syok apa lagi kalau musim panas.

notie berkata... Reply To This Comment

waduh enaknya makan degan ...... wuahhhh nak balik kampung nak kait kelapa muda. huhuhu

mamapp berkata... Reply To This Comment

Wah sekali dpt 3 tqndan. Sedap air kelapa muda sgt menyegarkan

Unknown berkata... Reply To This Comment

Dekat mana ada jual air kelapa pandan