Sotong Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas
3:54 PTGTengahari tadi sempat masakkan lauk tengahari untuk anak-anak dan Encik Suami. Amie masak seekor sotong seberat 800 gram, olah jadi masakan berkuah dan pedas. Sotong Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Nanasnya pula, rupa saya kuning oren macam manis, tapi bila dimakan masamnya boleh tahan! Jadi, bubuh sahaja nanas dalam masakan, tak perlu tambah asam keping lagi. Cukup dah tu masamnya.
Sotong Masak Lemak Cili padi dengan Nanas |
- 1 ekor sotong seberat 800 gram - bersihkan - potong ikut suka
- 300 gram hirisan nanas
- 400 ml santan cair
- 200 ml santan pekat
- 2 batang serai - dititik
- garam / gula / perasa pilihan
- hirisan daun kunyit
Bahan tumbuk / kisar:
- 30 biji cili padi kampung
- 3 cm kunyit hidup
- 1 sudu kecil belacan
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Cara memasak:
- Satukan santan cait dan bahan kisar serta serai dan nanas ke dalam periuk.
- Masak menggunakan api sederhana sehingga kuah mendidih.
- Setelah nanas layu, masukkan sotong. Biarkan masak 30 saat.
- Kemudian tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah santan.
- Sebaik sahaja kuah mula mendidih, taburkan hirisan daun kunyit dan padamkan api dapur.
Anak-anak kata lembut jew sotongnya.
10 comments
kenapa rasa macam tak pernah makan je sotong masak lemak cili padi..hehe. nak kena try ni pkpb ni. dah bosan kena try menu baru ni. AR singgah follow tau
BalasPadamCantikya sotong dikelar begitu..
BalasPadamNampak sedap
BalasPadamPertama kali saya nampak sotong masak lemak cili api campur nanas sebab biasanya dengan udang. Pertama kali juga saya nampak orang masak ketam masak cili api campur nanas. kiranya nanas ni sedap dicampurkan dengan masakan lemak cili api ni kan. dah campur nanas tak perlu letak asam keping dah. Saya pun macam tu juga. Menyelerakan sungguh haihhh
BalasPadamDah lama Zumal tak makan masak lemak cili padi
BalasPadamWah sedapnya! nanti ada kesempatan boleh Cik Tk cuba buat ni
BalasPadammama suka letak nanas juga, tapi dulu dah pernah makan nanas tu, sejak faktor usia ni, try skali...baru tau sedap , rugi dari dulu tak makan
BalasPadamGandingan yang menarik.. Sotong dan nanas.. mesti best nie..
BalasPadamTerliur saya tengok hidangan ini. Kena cari sotong lepas ni.
BalasPadamOkey nanti bleh cuba la resepi ni...
BalasPadam