Kedondong Oh Kedondong!
8:49 PTGKedondong. Apabila cerita tentang kedondong, teringat 5 tahun lalu Amie buat pembelian pokok bunga dan pokok buah secara onlne dari nursery. Nursery itu milik rakan baik Amie di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor. Waktu itu rumah Bonda sedang dirombak semula dan memakan masa beberapa bulan jugalah. Jadi, Amie minta kawan Amie tadi jagakan dahulu pokok-pokok tersebut dan apabila rumah sudah siap sepenuhnya, pokok bunga dan pokok buah yang Amie beli itu Amie minta hantarkan ke rumah Bonda di Bukit Hijau. Terkejutlah Bonda dengan kedatangan lori penuh berisi pasu dan ada pokoknya sekali! Kata Bonda, dua kali lori kawan Amie itu datang hantar pokok. Amie pun tak ingat entah berapa puluh jenis. Kata Bonda, seronok tak terkata, sebab keliling rumah Bonda ada pasu-pasu baru berisi pelbagai jenis dan warna bunga kemboja dan poko-pokok bunga lain. Ada empat buah pasu besar berisi pokok buah. Dua buah pasu berisi pokok kecondong dan dua buah pasu lagi berisi pokok limau manis. Kesemua pokok sedang berbuah. Kata Bonda, sebaik sampai ke rumah, kawan Amie beritahu buah limau manis sudah masak dan boleh dipetik. Memang sewaktu Amie tempah pokok limau manis, kawan Amie kata dia pilihkan pokok yang sedang berbuah. Pokok kedondong pula sedang berbuah lebat. Bonda beritahu ada lebih 50 biji setiap pokok.
Suatu hari ketika Amie telefon Bonda, Amie diberitahu buah kedondong habis dimakan monyet! Buah limau pun monyet kekah juga. Memang banyak monyet di kampung kami. Beranak pinak dan bercucu cicit! Asal-usul monyet ini dari Puncak Alam! Dahulu, kawasan tersebut merupakan hutan tempat tinggal segala monyet yang kini bermastautin di kampung kami! Nak cerita tentang monyet di kampung kami, sampai pagi pun tak selesai! Habitat haiwan ini sudah dicerobohi atas nama pembangunan, jadi ke mana lagi mereka hendak pergi? Monyet-monyet ini tidak takut dengan orang perempuan. Kalau monyet masuk ke dapur atau masuk ke ruang tamu, Bonda kata bila disergah monyet tadi selamba saja keluar rumah dan duduk tersengih di atas pelepah kelapa sawit. Kalau orang lelaki yang teriak, mencicit lari anak beranak monyet!
Eh! Cerita monyet pulak! Kita nak cerita kedondong. Tiba-tiba teringin nak minum jus kedondong asam boi! Sedapnya! Segarnya! Nyaman bah! Petang tadi sempat ke kampung, konon hendak keluarkan peluh ronda-ronda kebun, tapi tiba-tiba hujan pulak! Jadi, duduklah membawang dengan biras dan juga anak buah di dalam rumah. Hujan tidak juga reda. Tak dapat keluarkan peluh, dapat setangkai kedondong pun jadilah. Dulu ada sepohon pokok kedondong besar berhampiran dapur MIL. Buahnya sangat lebat sehingga menyentuh tingkap dapur. Sekarang tidak ada pula pokok kedondong itu. Yang ada hanya pokok kedondong jenis rendang berbuah kecil.
12 comments
Adoila Amie, boleh pulak terlupa. Kita dah terbayang ada gambar jus amra (kedondong) di hiking entry
BalasPadamSK.
PadamBuah amra ye? Hahaaaa... Kena patah balik ke kampung nak ambil buah amra.
Buat jeruk pun sedap
BalasPadamsuka minum jus kedondong + asam boi
BalasPadamKami pun panggil buah amra.. Saya suka masak pajeri kedondong. Lawankan dengan ikan goreng. Tergolek makan.. Hihihi
BalasPadamSedapnya kedondong asam boi..kalau SA dapat ni SA buat jeruk asam boi Kak...sedapnyaaaaa...
BalasPadamBuah kedondong ni sedap. Makan fresh, buat jeruk, buat jus semua pun suka.
BalasPadamBokep Terbaru & Terlengkap Dengan Berbagai Macam Genre Berkualitas HD
BalasPadambokep artis indonesia
indonesia viral 2020 bokep
bokep barat baru
bokep viral indo terbaru
bokep korea terbaru
Bokep SMP
Complete
hahhahahaha boleh terlupa pulak..adoii...saya suka buah kedondong...kalo ke rumah mak ngah di kampung, mesti petik dua tiga biji..lepas tu kalo mak ngah nampak, haa dia sua plastik suruh petik banyak sikit sebab takde sape nak makan kat rumah dia...
BalasPadamTerliur tengok kedondong tu. Saya suka masukkan dalam paprik atau ikan tiga rasa. Buat kerabu pun sedap 🤤
BalasPadamElok bagi monyet tu makan cili macam dalam cerita sang kancil tu. Hehe. Tapi tulah, nak salahkan diorang pun tak boleh bila habitat diganggu, kenala cari makan di tempat manusia
BalasPadampernah makan skali ja buat kedondong ni.. ka atie yg tak perasaan yg mana satu buah kedondong sbnrnya haha
BalasPadam