Angel Hair Goreng Warna-Warni
8:35 PTGKongsi resepi Angel Hair Goreng Warna-Warni kegemaran anak-anak. Akibat terlalu banyak aksesori sampai tak nampak angel hair bersembunyi.... ahaks!
Angel Hair Goreng Warna-Warni. |
Bahan-bahan:
200 gram spaghetti angel hair - rebus dengan secubit garam hingga lembut - toskan
290 gram (1 tin) sos pasta tomato cendawan Prego
1 cawan hirisan dada ayam
1 cawan hirisan brokoli
10 biji tomato ceri merah dan kuning - belah 2
10 kuntum cendawan shiitake segar - belah 2
1/2 cawan isi kacang edamame yang sudah direbus
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar Holland cincang
1/2 sudu kecil lada sulah
garam / perasa pilihan secukupnya
keju parmesan - pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih serta bawang Holland hingga layu.
- Masukkan hirisan dada ayam bersama cendawan shiitake.
- Setelah dada ayam berubah warna, masukkan sos tomato cendawan Prego. Kacau rata dan kemudian tuangkan air. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan brokoli, diikuti dengan angel hair. Gaul rata.
- Masukkan tomato ceri, dan taburkan garam / perasa pilihan dan juga lada sulah.
- Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
- Hidangkan Angel Hair Goreng Warna-Warni dan taburkan kacang edamame serta keju parmesan di atasnya.
Angel Hail Goreng Wana-Warni. |
33 comments
Meriah betul menu tu 😋
BalasPadamZumal,
PadamNak pikat selera anak-anak.
Terbaik sis 👍
PadamSedapnye.
BalasPadamWarisan Petani,
PadamJemput Wak.
Wahhhh, kalerpul.. mesti anak2 makan penuh selera
BalasPadamSK,
PadamBetul tu... Nampak meriah.
Masakan yang colourful macam ni sangat menarik dan lebih buat berselera nak makan, especially kanak-kanak
BalasPadamAzhafizah,
PadamBetul sangat. Yang kecik tu suka warna terang2.
Nampak sedap tu...nanti nak cba pelbagaikan menu ni la...
BalasPadamSuria,
PadamTerima kasih, tambah pelbagai aksesori bagi lebih menarik.
banyaknya sayur sedap sgt tu
BalasPadamParidah,
PadamYa, banyak sayur bagi warna warni nak pikat selera anak-anak.
jrg beli angle hair sbb halus...slalunya beli yg spaghetti...meriah tu sure ank2 berselera..pg td menu spaghetti bolognese permintaan anak tp husband la masak
BalasPadamMama Tisya,
Padambagus kalau anak-anak suka pasta, rajinnya husband masuk dapur.
Anak-anak saya pun akan sama suka ni Kak, lagi2 ada favourite edamame tu.
BalasPadamTukang Kebun,
PadamEdamame ni memang sedap, leka mengunyah.
Meriah dan sangat menyelerakan ni Amie 😋
BalasPadamInsya Allah boleh try. Saya suka guna angel hair.
Ujie,
Padamsilakan, bagi meriahkan pinggan.
menarik betul, sungguh warna warni ni
BalasPadamAtie,
Padamterima kasih, meriah kan.
wahh..banyak sayuran..bagus ni..
BalasPadamNohas,
Padamya, sedap meratah sayur.
So colorful dan so healthy amie
BalasPadamMamapp,
PadamTerima kasih, harap lengkap dgn karbo, protein dan fiber.
Jangan kata anak2, orang dewasa pun suka kalau colourful macam ni
BalasPadamSalbiah,
Padambetul tu... Warna menjadi daya penarik.
Cik TK suka pakai angel hair. Halus, cepat masak.
BalasPadamMenyelerakan berwarna-warni macam ni.. sedapnyaaa
Cik TK,
PadamAnak-anak suka angel hair. Jemput jamu mata dik... Heheeee
Terus jadi sedap mengancam dengan warna yang pelbagai tu.. sha selalu tambah capsicum je nak bagi ada warna lain.. hehehe
BalasPadamSha,
Padamnampak meriahkan bila ada warna warni dalam pinggan😉
Wah wah wah nampak sedap lah pasta angel hair tu. Dah lama juga tak buat ni. Nanti ada masa boleh lah Nina buat bagi hidangan seisi keluarga
BalasPadamNina,
Padamhappy cooking😋😋😋