Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin & Kopi Durian Musang King

5:25 PTG

Hari ini siapkan dua kerja. Bekerja di tempat kerja, dan sampai rumah kena sambung berBDR pula. Teringat anak-anak belum makan, singgahlah beli nasi kuning dan apa-apa yang patut. Sampai rumah, rupanya Abang Farid sudah beli nasi bungkus online untuk adik-adiknya! Jadi, tengahari tadi tak perlu bersilat di dapur. Amie terlupa petang ini, pada pukul 3 petang Abang Farid menjadi peserta simposium dengan pelajar-pelajar dari universiti luar negara termasuk Thailand, Jepun, Jerman dan Indonesia. Patutlah awal-awal lagi sudah beli makanan. Mungkin takut lapar kalau Amie tak sempat masak. Yang lucunya, kelam-kabut pula Abang Farid minta Encik Suami hantarkan ke kedai gunting rambut. Katanya, rambutnya sudah macam sarang tebuan, malulah nampak serabut tak kemas sewaktu menyampaikan pembentangan.

Tiba-tiba hujan di petang hari! Sambil berBDR sambil bantu Firdaus siapkan kerja rumahnya. Kasihan budak kecil ini. Terkial-kial nak siapkan lukisan menggunakan teknik percikan dan renjisan. 

Hujan masih belum berhenti. Jom masuk dapur, masak apa yang patut. Yuhuuuu... keluar dapur dengan sepinggan pulut tanak lauk ikan masin & kelapa parut. 

Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin

Musang King Durian White Coffee

Hujan-hujan begini, memang sedap betul santan pulut tanak & the gang, dan jangan lupa secawan kopi. Masih ada baki kopi durian Musang King yang dibeli di Tenom dahulu. Jom kita bancuh.

Cuaca pun memang sporting habis! Hujan sampai ke petang, sejuk-sejuk manja jew suasana. Layan makan pulut tanak begini boleh pengsan sampai ke pagi.... ahaks!


Tidak ada keistimewaan apa-apa dalam hidangan pulut tanak ini. Cara masak pun biasa-biasa saja. Sukatan pulut dengan air gunakan nisbah yang sama, tambah secubit garam. Nak aroma harum, boleh masukkan sehelai daun pandan, siat dan simpul. Kelapa parut pula, parutlah yang bahagian putih sahaja. Tambahkan sedikit garam dan gula, bagi rasa lemak-lemak sikit. Kemudian gorengkan ikan masin. Amie goreng ikan masin ketambak @ batu. Bukan ikan masin kepala batu.


Firdaus dengan lukisan sang kancil dan sang buanya menggunakan teknik percikan dan renjisan. Gambar sudah dihantar kepada guru Pendidikan Seninya. Panjang betul rambut Firdaus! Maklum duduk terkurung sepanjang PKPB sejak September 2020.
Abang Farid masih bersimposium. Fairuz pula petang ini rajin turun masak di dapur untuk hidangan makan malam. Encik Suami dengan hobinya, berkebun di atas tanah sekangkang tikus di tepi rumah. Fuad, tak tahu apa ceritanya, selepas makan tengahari masuk semula ke biliknya.
Alhamdulillah. Hari ini semua aktiviti berjalan lacar dan segala urusan rumah, juga urusan kerja dipermudahkan-Nya. Syukur ya Allah.
Wokey!
Jumpa lagi.

25 comments

  1. pulut ikan masin memang favret.. sama dengan arwah ayah. suka sangat kami anak branak. tapi saya suka dengan ikan yang banyak sisik tu.. sisik dia yang best..

    BalasPadam
  2. Saya tak pernah lagi makan Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin tu kak amie. Teringin mencubanya. Masing masing sibuk dengan kerja masing masing ye. Daus pun ada aktiviti dia. Cantik mewarna teknik percikan tu.

    BalasPadam
  3. Rasanya dah lebih 5 tahun tak makan pulut dengan ikan masin macam ni

    BalasPadam
  4. Our nursing assignment help service is given to you, our writers follow the best methods to conduct the research. They bring out the extract from the chunk and relevantly put the same in the assignment.

    BalasPadam
  5. Dah lama tak tanak pulut.
    Kopi durian musang king tu pun belum pernah cuba.

    BalasPadam
  6. Rasa macam nak terbang ke Lahad Satu tengok pinggan Amie

    BalasPadam
  7. Pulut boleh lagi selongkar dapur..
    Kopi tu.. kopi... Mana nak cari
    Hihihi

    BalasPadam
  8. Sedapnya nampak pulut tu, dah lama tak makan pulut macam ni. Teringin la plak

    BalasPadam
  9. musim hujan makan pulut ikan masin laju je menyuap kan

    BalasPadam
  10. Dappp nyer, hujan hujan makan oiii 😀😀

    BalasPadam
  11. walaupun simple tapi itulah yang selalu teringin di makan. Kalau ada ubi godok layan dengan sambal tumis dan ikan masin pun masyuk

    BalasPadam
  12. pandainya firdaus lukis tu, creative btul !

    BalasPadam
  13. wah besar ikan masin mkn ngan pulut tu..yummyy...tk pernh tgk kopi durian

    BalasPadam
  14. nampak sedap tu kak amie..SA x leh makan plak pulut..kalau makan pulut angin badan and sampai boleh masuk ward...kopi durian? rasa apa agaknya tu kan

    BalasPadam
  15. wahhh kopi perisa musang king! macam mana lah rasanya ya...

    BalasPadam
  16. lama betul tak makan pulut dengan ikan masin tu tau..

    BalasPadam
  17. tak pernah mkn lg.. menarik menu ni kena dgn kopi.. pandai lukis

    BalasPadam
  18. saya dengan pulut memang kawan baik kak, sesekali teringin saya akan tanak utk makan dengan sambal tumis, tapi yg ni lagi terangkat kak hihi

    BalasPadam
  19. Alamak tiber tingin nak makan pulut tanak kelapa putih lawan ikan masin, tapi pulut takde stok pulak, ermmmm..kena pegi pasar dululah..

    BalasPadam
  20. It is a really good topic to discuss most of the people just do exercise or workout but don't follow a proper diet to lose weight. I am a professional writer and research analyst and providing assignment help for the last decade. I have written a dissertation for a medical student about weight loss and I have highlighted this point in that document.

    BalasPadam
  21. There is no issue buying online essay help UK for your academics you just ask for help to boost your grades, so buy essay from assignment editors pro that provides the best consultancy to students and academic professionals.

    BalasPadam
  22. I want to thanks you for this excellent read, its sounds great and it made my day pleasant. keep sharing, Now it's time to avail stafford taxi for more information.

    BalasPadam
  23. The salted fish look so delicious. I will try this at home this weekend. Now it's time to avail shutters in birmingham for more information.

    BalasPadam
  24. Even though it's simple, it's always what I want to eat. Serve with sautéed sambal and salted fish if you have sweet potatoes. affordable towing services

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe