Ikan Tuna Sirip Kuning Nan Seekor
2:47 PTGSemenjak Pasar Ikan LD ditutup akibat penularan Covid-19 di situ lebih 2 minggu lalu, nampaknya harga ikan di gerai-gerai dan pasar kecil yang lain mencanak naik. Kami selalu beli ikan di gerai ikan berdekatan tempat tinggal kami. Puas hati beli di situ sebab ikan masih segar. Minggu ini beberapa kali datang ke situ, pulang dengan tangan kosong kerana ikan-ikan saiz kecil sudah habis walaupun belum menjelang tengahari. Ramai pelanggan yang beralih tempat membeli di situ. Ikan-ikan yang besar pula, penjual tidak mahu jual ikut timbangan yang dikehendaki pelanggan. Katanya, kalau kena potong ikan saiz besar, nanti tahi ikan pun kena buang. Rugilah peniaga. Begitu pula katanya. Amie dengar pun memang rasa nak tergelak! Berbeza kalau beli di mana-mana pasar, memang ikan saiz besar akan dipotong-potong dan dijual mengikut kehendak timbangan pelanggan. Bayangkan kalau ikan tenggiri, ikan tuna, ikan merah atau ikan alu-alu seekor seberat 4-5 kg. Memang tak muatlah peti sejuk kami nak tampung jumlah ikan yang banyak itu!
Pagi tadi, beli jugalah seekor ikan tuna yang paling kecil. Beratnya lebih 2 kg. Bolehlah masak untuk beberapa kali.
Ikan Tuna Panggang. |
Selain makan ikan tuna panggang, anak-anak suka kutip aksesori di sekeliling ikan terutamanya jagung. Amie pula tambahkan menu ikan tuna dalam hidangan. Separuh kepala ikan tuna Amie masak singgang. Tambahkan kacang bendi dan tomato kampung. Bubuh beberapa biji cili padi. Nak pedas, picit jew cili padi. Tambah budu lagi sedapkan!
Lebihan ikan tuna sirip kuning Amie ingat nak buat masak sambal. Boleh makan dengan nasi kuning. Agak lama juga anak-anak tak makan nasi kuning. Kalau rajin, bolehlah buat sarapan esok pagi.
Sekian, sembang tengahari dari dapur.
Singgang Kepala Ikan Tuna |
8 comments
Alahai kalaulah boleh tumpang rasa.
BalasPadamIkan tuna kaya Omega 3
Tukang Kebun sambil baca share dengan hubby gambar2 nya bagi cadangan dia masak kalau pergi pasar Ikan Tuaran ada ikan Tuna hehehe... Sebab wifey sejak ni kerja menimbun.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah, sedapnya 😋
BalasPadamtelan air liur ja ni... nmpk tul sedap huhuhu
BalasPadamNampak sedap!! Tak pernah lagi beli ikan tuna macam ni
BalasPadamDapat ikan tuna separuh kilogram daripada biasa tu pun dah kira besar juga tu. Rasanya tak pernah beli ikan tuna fresh. Berbaloi juga beli boleh simpan untuk berhari hari dengan pelbagi menu. Siapa je yang tak terliur tengok tuna panggang tu kak amie ooi.. rasa lapar pulak tengok. saya kalau makan pun licin pinggan dengan accesories tepi tepi tu yang sedap.
BalasPadam