Sarapan Bubur Nasi Jagung dengan Telur Seribu Tahun & Sambal Garing Udang Geragau
10:09 PGSekarang sudah pukul 10 pagi. Masa untuk berehat seketika dari berBDR. Bertemu lagi di pagi Rabu yang cerah. Nyaman saja suasana pagi di LD. Alhamdulillah. Moga hari ini ceria-ceria sahaja di samping keluarga dan tugas yang digalas. Jangan lupa alas perut terlebih dahulu sebelum beraktiviti. Amie sediakan sarapan Bubur Nasi Jagung dengan Telur Seribu Tahun & Sambal Garing Udang Geragau.
Bubur Nasi Jagung dengan Telur Seribu Tahun & Sambal Garing Udang Geragau |
Tak cukup dengan telur seribu tahun, tambah lagi dengan telur masin. Tak cukup pedas dengan sambal garing udang geragau, tambah lagi dengan cili padi! Pucuk selasih duduk jew bertenggek memayungi telur masin! Isshh...issshhh! Asyik rasa tak cukup saja ye .... ahaks!
Firman Allah dalam Surah As-Saba' :13 yang bermaksud:
'Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.'
Marilah kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Sudahkah anda bersyukur hari?
12 comments
SA tak pernah lagi makan telur seribu tahun tu Kak Amie, tak pernah dengarla...buat macam mana tu? sedap tak?
BalasPadambubur nasi jagung, 1st time dengar tapi dah boleh agak mesti sedap ni amie nanti kak ana nak try lah :)
BalasPadamTelur Seribu Tahun..?ermm...
BalasPadambubur nasi makan dgn telur masin,sedap
BalasPadamSaya belum pernah cuba makan telur hitam tu. Pernah beli hendak mencuba tetapi belum ada keberanian... Nampak macam jelly hitam cantiknya lahai...
BalasPadamKak Amie, saya selalu tengon telur 1000 tahun tu tapi tak pernah cuba rasa atau beli. Bubur nasi jagung tu nampak menarik sangat 😊
BalasPadamTelur 100 tahun apa rasa dia ye. Kat mana jual tu
BalasPadammacam macam topping ditambah penyedap rasa. Tak pernah lagi saya makan bubur nasi jagung. Mesti rasa manis sebab tu perlu ada sambal dan segala rencah.
BalasPadamAlhamdulillah dapnya baru tau ada telur seribu tahun
BalasPadamtelur seribu thn tu jarang tgk org makan.. memang tak tahu asalnya
BalasPadamfirst time tengok telur 1000 tahun itu.. macam manakah rasanya..
BalasPadamSaya tak lalu nak makan telur seribu tahun tu. Sebab bau kot. Tapi ramai je orang suka
BalasPadam