Buah Kluwih Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Masin
9:52 PTGDua hari lepas, ketika dalam perjalanan pulang dari membeli barang dapur bersama Encik Suami, mata terpandang warna hijau buah sukun di gerai tepi jalan. Minta Encik Suami berhentikan kereta sebab nak beli buah sukun. Bolehlah digoreng buat minum petang anak-anak. Bila Amie tanya berapa harga sebiji buah sukun tersebut, peniaga digerai beritahu: Ini bukan sukun. Ini kemangsi. Bukan untuk digoreng macam sukun. Boleh dimasak buat sayur macam sayur nangka. Amie pun belilah sebiji.
Tanya Pak Google, apa itu buah kemangsi? Pak Google tunjukkan nama buah kemanci. Rujuk Wikipedia, katanya buah kemangsi ini nama saintifiknya artocarpus camansi dalam keluarga Moraceae. Ia berasal dari New Guinea, Kepulauan Maluku dan Filipina. Katanya lagi, kemangsi @ kemanci ini merupakan nenek moyang liar dari sukun dan kadang-kadang buah ini dipanggil sukun berbiji. Selain buah sukun, sanak saudara buah kemanci ini ada lebih kurang 60 jenis termasuk buah nangka, cempedak, dan tarap. Nama lain yang disebut sama maksud dengan kluwih ialah kulur.
Buah Kluwih Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Masin |
Buah kemangsi @ kemanci@ kluwih @ kulur. |
- Buah kluwih hendaklah dicelur terlebih dahulu sehingga hampir empuk - lebih kurang 20 minit . Toskan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit aroma. Gunakan api sederhana.
- Masukkan ikan masin dan asam gelugor. Tuangkan santan cair dan kemudian masukkan buah kluwih.
- Apabila buah kluwih sudah masak empuk, tuangkan santan pekat.
- Kacau selalu, dan kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Buah Kluwih Masak Lemak Cili Padi dengan Ikan Masin dah siap! |
13 comments
First time dengar buih kluwih. Rupa macam sayur nangka pun ada jugak
BalasPadamAnak benih daripada biji buah kluih ini digunakan sebagai pokok penanti untuk membiakkan pokok sukun sebab buah sukun tiada biji benih.
BalasPadamInteresting...
Padamfirstime sy tgk dan denr nama buah ni
BalasPadamkalau mcm nangka muda ,sedappp tuh kan
sukaa nangka muda masak lemak kuning
Mmg tak pernah tau nih.
BalasPadamTentu sedap, lemak2 macam makan sukun.
Makan dengan nasi panas, bertambah-tambah ni. Sedap.
BalasPadamtak pernah dgr pun tgg buah ni, baru first time.. mcm nangka eh isi dia
BalasPadamPertama kali dengar nama buah ni. Saiz lebih kurang sukun, kulit macam durian, dalam macam nangka. banyak dia punya persamaan buah ni. Kalau isi macam nangka memang sedaplah buat sayur lemak
BalasPadamrupanya seakan sukun ya
BalasPadamDi Sarawak panggil buah pulur. Bijinya sedap dimakan juga. Empulur boleh jd sayur..
BalasPadamNi first time zumal dengar tentang buah ni
BalasPadamMacam buah sukun.beza nye duri dia agak tajam seperti durian.beza degn durian pulak tangkainye besar..
BalasPadamMana nak dapat benih
BalasPadam