Mulberi Kampung
11:42 PGKononnya selepas sarapan pagi, Encik Suami bawa Amie jalan-jalan ke kampung. Memandangkan semua pasar pun tutup, jadi eloklah cari angin kampung pula. Banyak juga gerai buah dan sayuran di tepi jalan boleh kami singgah dan beli apa yang berkenan di hati. Sekarang ini, banyak sungguh gerai muncul di tepi jalan seperti cendawan tumbuh! Pelbagai jenis hasil tanaman kampung dijual seperti pisang, ubi kayu, keledek, nanas, jagung, cempedak, buah jambu, kacang panjang, cili dan sebagainya. Sebelum membelok jalan ke kampung, Encik Suami memandu ikut jalan ke bandar dahulu. Terpandang Pasar Ikan LD sudah dibuka kembali setelah ditutup akibat Covid-19. Pasar Sayur juga dibuka, tetapi Pasar Tani masih ditutup.
Seronok sangatlah dapat masuk ke pasar ikan. Tempat letak kereta pun banyak yang kosong. Tidak seperti kebiasaannya, penuh sesak! Keluar dari pasar ikan, masuk pula pasar sayur. Kemudian kami singgah di coldstorage pula. Nampaknya tujuan untuk ke kampung sudah menyimpang 360'. Akhirnya kami pulang ke rumah dengan barang basah penuh dalam bonet kereta.
Sebenarnya Amie ingin sambung makan buah mulberi di kampung!
Mulberi Kampung |
7 comments
Wah,hebatnya ciptaan Allah, buah ajaib.Saya berlum pernah makan. Kalau buah lemba saya tahulah yang tumbuh liar dalam kebun getah. Pokoknya macam anak pokok kelapa baru tumbuh. Buahnya macam bawang putih tapi berbiji halus hitam. Kalau makan buah lemba pun sama, makan apa sahaja lepas tu rasa manis.
BalasPadamPokok mulberry/ pokok ulat sutera tu tempat saya dioanggil pokok bayam batu. Pucuknya boleh dijadikan ulam dan sayur.
Ya pernah dengar buah ajaib tukarkan rasa masam ke manis dan sebaliknya.
BalasPadamTidak puas makan sebiji mulberi. Kecil sangat.
Sedapnya mulberry buat jus, khasiatnya pun tinggi...
BalasPadamSaya pun kalau balik kampung mesti perati pokok buah mulberi ni. Kalau ada yang masak makan terus. Yang warna merah gelap hitam tu paling manis kak amie. Buat air sedap, buat jem pun sedap :)
BalasPadamSaya suka jem mulberi tapi tulah tak pernah makan buah saja
BalasPadamcantik color dia... tak pernah lagi makan original buah dia..
BalasPadamSalam
BalasPadam