ADSENSE

Jumaat, 27 November 2020

Terjebak !

Rehat seketika dari berBDR. 
Abang Farid datang dekat kita. Katanya shower cream habis. Kita kata, bukankah banyak lagi sabun mandi berbuku-buku Encik Suami beli. Abang Farid kata, dia mahu gunakan shower cream. Tak mahu guna sabun buku. Encik Suami kata, banyak betul tingkah bujang satu ini!
Amie kata, kalau nak beli pergilah beli. 
Abang Farid kata, dia nak beli di Watson. Beli online.
Boleh ke beli online? Hantar pakai apa? 
Foodpandalah, jawab Abang Farid.
Aik? Bukan Foodpanda hanya hantar makanan sajakah? Kita tanya semula.
Bla..blaa..blaaa! Memang banyak betul benda dalam dunia ini, yang ada di sekeliling kita, yang Amie tidak ikuti perkembangannya! Ingatkan Foodpanda tu hanya hantar makanan. Ingatkan beli barang lain kena guna runner lain!
Ok. Abang orderlah.
Pakai akaun Mommy ya?
Huurrmmmm!
Abang Farid pun order secara online.
14 minit lagi barang sampai, katanya.

Bukan banyak pun. Dua benda saja yang dibeli. 2 paket shower cream dengan syampoo. Amie tanya,  berapa kena caj bayaran penghantaran. Abang Farid kata: Kalau hantar barang, percuma saja.
Ooooo.
Kalau begini, lain kali baiklah beli cara online guna khidmat Foodpanda saja. Penghantaran pun percuma. 

Teruk betulkan Mommy Abang Farid ni.
Banyak perkara ketinggalan!
Dan selalu ketinggalan keretapi!

Agaknya sekarang sudah mula terjebak dengan perkara-perkara yang dia ketinggalan!


 

14 ulasan:

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

mudah sekarang ni.. malas keluar order saja

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Wah food panda boleh hantar barang lain juga yek, nmpknya saya pun ketinggalan keretapi nih, hihi..tapi benda2 camni mmg generasi muda yg lebih peka.

Suria Amanda berkata... Reply To This Comment

Serius guna foodpanda bleh beli barang? perghhh....SA baru tau ni...

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

ohh kalau guna shops foodpanda tu free delivery ye? Sangat bagus ni. Ingatkan grab je ada service beli barang. Memang terjebaklah macam ni kak amie. hihi

notie berkata... Reply To This Comment

Sama ler kita. Ingatkan foodpanda untuk order makanan je rupanya boleh benda lain. hehehehe Budak-budak sekarang semua tu dalam tangan dia je.

Syaz Rahim berkata... Reply To This Comment

hehe senang kan, sediakn aja duitnya ;)

namakucella berkata... Reply To This Comment

Nampaknya cikgu ke depan sikit dari saya sebab tahu awal beberapa jam dsri saya... Saya baca ni la baru tahu.. Hihihi. Tapi shower gel yang abang farid beli tu memang harum sungguh bau dia kan cikgu.....

NA berkata... Reply To This Comment

Samalah ketinggalan. Belum lagi guna foodpanda.

Dila Faizal berkata... Reply To This Comment

Sangat memudahkan kerja kita kan 🤩

iamaSlowRunner berkata... Reply To This Comment

Barang dapur pun boleh, Amie. Dulu masa PKP yang mula-mula dulu, kita boleh tengok kedai runcit pun masuk foodpanda. Sekarang mungkin dah kurang, sebab kedai dah boleh operasi macam biasa.

uncle gedek berkata... Reply To This Comment

Setuju denga komen Syaz kat atas! hehehe

Kakmim berkata... Reply To This Comment

Kakmim pn br tau foodpanda boleh beli brg.. kalau grabfood kakmim tau mmg ada supermarket dlm grabfood.. hehehe.. nmpk sgt jrg guna si panda ni

Siti Yang Menaip berkata... Reply To This Comment

mudah skrang kan.. semua hujung jari..

Diana Rashid berkata... Reply To This Comment

Dah mudah dah sekarang ni. Tunggu kat rumah je barang sampai..

Keluarga saya pun tak suka pakai sabun buku tu. Suami kata nanti tempat sabun nampak kotr. Hahah. Pakai shower cream lagi senang.