Bubur Merah Hadiah Paling Istimewa di Hari Ulang Tahun
8:03 PTGAwal pagi tadi, kakak-kakak Amie ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran buat adindanya yang jauh di mata tapi setiap saat dekat di hati. Selain ucapan 'sanah helwah', disertakan sekali gambar semangkuk bubur merah dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati: Bubur merah ini, hadiah sambutan ulang tahun paling istimewa yang pernah emak buatkan untuk kita semua.
Apa perasaan Amie?
Tak sanggup nak tulis sebab dari pagi tadi hati ini rasa sayu! Paling sayu, dan sesayu sayunya! Rindu serindu-rindunya! Tahun ini sudah 3 kali tukar tarikh penerbangan, tapi tak pasti dapat atau sebaliknya hujung tahun ini balik Malaya. Dah! Habuk pun tak habis-habis masuk mata sepanjang hari.
Bubur Merah |
Ada pun bubur merah dalam gambar di atas ini, Amie buat di dapur sendiri tengahari tadi. Amie makan sendiri, makan seorang diri di dapur! Terima kasih emak kerana telah begitu banyak berkorban melahirkan dan membesarkan anak-anak emak. Ya Allah ya Tuhanku! Berilah kesihatan yang berpanjangan buat emak kami! Ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kami kecil.
Hari ini haru ulang tahun kelahiran Amie. Tidak ada sebarang perancangan untuk menyambutnya. Sebelum PKPB diumumkan, kami sudah merancang bersama kawan-kawan dan keluarga masing-masing untuk jalan-jalan ke Kudat, Pitas dan Kota Belud. Kononnya akan sambut ulang tahun di Kudat. Walaupun hari ini juga cuti perayaan Deepavali tetapi Amie perlu bergoogle meet pada pukul 2 petang. Raut wajah Abang Farid pun sudah menunjukkan rasa kurang senang sebab ketika cuti, tetap juga ibunya menjalankan tugas. Pukul 11 pagi, penghantar makanan, Food Panda membunyikan honk motosikalnya di luar pagar. Rupanya Abang Farid sudah memesan makanan dari luar. Dalam seminggu ini, dua atau tiga kali Amie melihat Abang Farid berbincang-bincang sesuatu dengan Fuad dan Fairuz. Apabila terasa Amie memandang ke arah mereka, cepat-cepat Abang Farid kata: Sudahlah, kita sambung lain kali. Nanti Mommy dengar.
Oleh kerana ada Cody (Coway Lady) sedang memeriksa dan servis penapis air Coway di dapur, jadi anak-anak membuat persediaan makan minum di tempat lain. Encik Suami belikan sebiji kek buah.
Hari ini haru ulang tahun kelahiran Amie. Tidak ada sebarang perancangan untuk menyambutnya. Sebelum PKPB diumumkan, kami sudah merancang bersama kawan-kawan dan keluarga masing-masing untuk jalan-jalan ke Kudat, Pitas dan Kota Belud. Kononnya akan sambut ulang tahun di Kudat. Walaupun hari ini juga cuti perayaan Deepavali tetapi Amie perlu bergoogle meet pada pukul 2 petang. Raut wajah Abang Farid pun sudah menunjukkan rasa kurang senang sebab ketika cuti, tetap juga ibunya menjalankan tugas. Pukul 11 pagi, penghantar makanan, Food Panda membunyikan honk motosikalnya di luar pagar. Rupanya Abang Farid sudah memesan makanan dari luar. Dalam seminggu ini, dua atau tiga kali Amie melihat Abang Farid berbincang-bincang sesuatu dengan Fuad dan Fairuz. Apabila terasa Amie memandang ke arah mereka, cepat-cepat Abang Farid kata: Sudahlah, kita sambung lain kali. Nanti Mommy dengar.
Rupanya mereka merancang untuk sambut hari ulang tahun kita.
4 permata hati kami di musim PKPB. Lebih dua bulan terkurung dalam rumah. Rambut pun dah ada rupa sarang tebuan!
Doa pendek dibaca sebelum memulakan majlis.
Mudah-mudahan sisa usia ini akan dipenuhi dengan rahmat dan berkat daripada-Nya.
Terima kasih anak-anak dan Encik Suami kerana diam-diam merancang jamuan kecil ini. Ada ayam goreng KFC, ada pizza. Sampai 3 jenis pula pizza yang dipesan. Jadi tengahari tadi kami menjamu selera dengan makanan yang Abang Farid beli online.
Ini sahajalah yang mampu dicoretkan pada petang ini.
Teringat senikata lagu Rafeah Buang : Kalau Rindu.
Janganlah kau sayu,
Air mata jangan dibuang,
Kalau rindu,
Pesan saja di awan petang!
28 comments
Selamat Hari Ulangtahun kak Amie. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. BTW, best bila ada orang tersayang raikan kita mcm ni kan. Semoga dipermudahkan urusan kak Amie
BalasPadamselamat hari lahir k amie
BalasPadamsemoga sehat2 selalu bahagia bersama keluarga dan
semoga dpermudahkan segala urusan
aaminn
amiin..utk doanya..Happy birthday Amie...seronok dirai oleh keluarga tersayang..siapakah yg rajin cucuk buah + sosej tu..hehe..
BalasPadamHepi birthday kak Amie. Semoga tercapai impian nak balik Malaya tahun ni. Sedih juga kan tak dapat sambut hari jadi dengan ahli keluarga lain
BalasPadamSanah Helwah.
BalasPadamMeriah sungguh sambutannya
Sanah helwah Kak Amie. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam kasih sayangNya.
BalasPadamTenguk bubur merah bubur putih ni teringat aruah mak. Itulah hidangan yang di buat untuk hari lahir anak-anaknya. *Nangis bucu meja* huk huk
BalasPadamSelamat ulang tahun amie. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie sekeluarga. INsya Allah ada rezeki balik selangor nanti. Aamiin
sanah helwah kak..semoga akk sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam peliharaan Allah..amin
BalasPadamsanah helwah amie moga sht sjhtera bhgia selalu murah rezki sukses dunia akhirat
BalasPadamKak Amie, happy belated birthday! baby baby november ni mmg awesome lah!
BalasPadamHappy belated birthday cikgu..
BalasPadamSemoga dirahmati Allah di dunia d akhirat
@Diana Rashid Terima kasih dik.
BalasPadam@Eina Md Ali Terima kasih dik. Aamiin ya Allah.
BalasPadam@mama sara nur Terima kasih Mama Sara Nur. Aamiin.
BalasPadam@nohas Terima kasih. Tukang buat air tu yang rajin cucuk buah... si Fairuz heheeee.
BalasPadam@SalbiahM Terima kasih dik. Mudah-mudahan dapatlah balik ziarah keluarga hujung tahun ini.
BalasPadam@Warisan Petani Terima kasih Wak. Anak-anak main order saja.
BalasPadam@shima jelani Terima kasih dik. Aamiin ya Allah.
BalasPadam@notie Terima kasih. Itulah, pagi-pagi lagi hati sudah terusik. Manalah tak uhuk uhuk sampai ke petang...kah!
BalasPadamMudah-mudahan dapat balik Selangor hujung tahun nanti.
@norliza Terima kasih dik. Mudah-mudahan. Aamiin ya Allah.
BalasPadam@paridah Terima kasih atas doanya. Mudah-mudahan. Aamiin.
BalasPadam@Atie Zieya Terima kasih dik. Ooo... awesome ye baby November... heheeee.
BalasPadam@namakucella Terima kasih. Aamiin ya Allah.
BalasPadamHappy Belated Birthday Kak Amie.
BalasPadamSemoga sentiasa dalam rahmat & kasih Allah.
Erk... CP belum pernah lagi makan bubur merah :D
selamat ulang tahun kak amie..meriah menu2 tu
BalasPadamSelamat Ulang Tahun Amie! Semoga terus sihat dan murah rezeki dan boleh terus memberi inspirasi pada semua pembaca blog..:)
BalasPadamHappy Belated Befday Kak Amie :)
BalasPadammoga sihat sejahtera disamping kluarga tercinta :)
Happy birthday Kak Amie! Alhamdulillah. Syukur. Jangan bersedih kak amie. Happy happy je okay. Pandai mereka merancang buat surprise untuk kak amie. Seronok tu ada birthday bersama keluarga. Syukur semua ada di rumah. Nampak tu rambut masing masing panjang dah. hihi
BalasPadamApapun semoga sihat selalu, dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn