ADSENSE

Isnin, 30 November 2020

Ubi Kayu Rebus Goreng Sambal Penyet & Secawan Kopi Bubuk dari Padang

Selamat petang. Cuaca mendung dari pagi. Namun hujan tak junjung turun. Ikutkan mata memang nak lelap saja.  Laporan BDR sudah siap hantar ke jabatan. Kerja-kerja semakan masih belum selesai, tapi tidaklah disiapkan sekali harung sampai ke malam. Buat berperingkat-peringkat. Esok dan lusa boleh sambung. Yang penting, mesti berada di stesen masing-masing. Sekarang boleh berehat, dan boleh keluar rumah.

Sebentar lagi, 3:19 petang  akan masuk waktu Asar.  Lepas solat, rasanya nak masuk dapur sekejap. Sebelum itu intai-intai dahulu dalam folder kalau-kalau ada menu petang yang boleh dijadikan idea untuk diolah  Terjumpalah ubi kayu rebus goreng dengan secawan kopi bubuk (serbuk) yang belum dijadikan entri.


Ubi Kayu Rebus Goreng Sambal Penyet & Secawan Kopi Bubuk dari Padang


Dulu-dulu, kalau nak makan ubi kayu rebus, rebus sajalah. Nak makan ubi kayu goreng, pun goreng sajalah. Sesekali kalau buat ubi kayu rebus goreng, memang macam dah duduk di pintu syurga! Apa lagi kalau ada cecahannya seperti sambal belacan atau sambl tumis ikan bilis. Maknanya ada dua kali kerjalah. Sudah direbus digoreng pula. Bukan susah pun nak rebus dan goreng. Ubi kayu ni sporting. Tak cerewet untuk diolah. Kupas kulit, rebus dan bubuh sedikit garam buat perasa. Dah empuk, toskan airnya. Rebus jangan empuk sangat sampai lembik terbelah-belah. Nanti kalau digoreng, makan minyak pula. Lepas itu, panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Makan begitu saja pun boleh. Nak tambah sedap carilah apa-apa sambal dibuat cecahan.
Amie tak perlu susah-susah buat sambal. Stok sambal penyet masih banyak. Jadi, hidangkan sajalah ubi kayu rebus goreng dengan sambal penyet. Resipi sambal penyet yang Amie buat 4 hari lepas ada di sini: Sambal Penyet Versi PKPB

Sambal Penyet.


Jangan lupa secawan kopi panas sebagai peneman ubi kayu rebus goreng. Kopi Bubuk kiriman Pak Herman dari Padang, Sumatera Barat masih banyak lagi. Ada 10 bungkus dalam satu kotak. Kopi Bubuk cap Kuda Terbang ini memang sedap, halus dan harum. Untuk rasa lebih lazat, Amie suka masak kopi ini dan renih dengan api perlahan hingga mendidih. Kalau cuaca mendung, hawa dingin, atau hujan aromanya sangatlah semerbak!

Apa khabar Pak Herman di Padang? Bagaimana agaknya keadaan di bumi seberang musim wabak sedang melanda ini? Sedikit masa dahulu kami dengar cerita dari Pak Herman, katanya hari-hari duduk termenung memikirkan tiada lagi tetamu (pelancong) yang datang ke sana. Bermakna mata pencariannya sebagai pemandu pelancong persendirian turut terjejas. Mudah-mudahan ada rezeki dalam bentuk lain yang Allah kirimkan buat Pak Herman sekeluarga.


Terkenang kembali satu-satunya lagu Ayam Den Lapeh yang sering kami nyanyikan beramai-ramai dalam van sepanjang berada di Bukit Tinggi - Padang. Banyak-banyak lagu Minang yang Pak Herman pasang, lagu ini sajalah yang boleh kami tangkap perkataannya dengan jelas. Barangkali sebab sebelum itu pernah selalu dengar nyanyian Anita Sarawak.
Kami sangka selama ini ayam deh lapeh itu maksudnya ayam saya lapar. Setelah Pak Herman terangkan, rupa-rupanya bermaksud ayam saya terlepas! Tertawalah kami tak henti-henti untuk mentertawakan diri sendiri.... kah!

Luruihlah jalan Payo Kumbuh
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indakkan rusuah
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Mandaki jalan Padang Sikek
Manurun jalan Kabiyaro
Dima hati indak maupek
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Sikuo capang sikuo capeh
Saekuo tabang sikuo lapeh
Tabanglah jua nan karimbo
Ai lah malang juo

Pagar Ruyung jo Batu Sangkar
Tampek mandaki dek urang baso
Duduak tamanuang riok sabanta
Ai takana juo
Oo ooi ayam den lapeh

Luruihlah jalan Payo Kumbuh
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indakkan rusuah
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Mandaki jalan Padang Sikek
Manurun jalan Kabiyaro
Dima hati indak maupek
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Sikuo capang sikuo capeh
Saekuo tabang sikuo lapeh
Tabanglah jua nan karimbo
Ai lah malang juo

Pagar Ruyung jo Batu Sangkar
Tampek mandaki dek urang baso
Duduak tamanuang riok sabanta
Ai takana juo
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Laaaa.... mulanya nak cerita ubi rebus goreng sampai akhir, lagu Anita Sarawak pulak! Jauhnya melencong!

21 ulasan:

Sunah Sakura berkata... Reply To This Comment

nampak sedap pulak ubi rebus goreng tu...jarang2 saya jumpa..rasa macam tak pernah makan lagi..nanti saya nak try jugak la amie...

paridah berkata... Reply To This Comment

sedapnya makan goreng ubikayu sambil nyanyi2 ayam den lapeih jgn tersedak sudah amie heh..heh..

Darling Pya berkata... Reply To This Comment

Eh! Sama le... CP masa ke Bukittinggi dengan kawan-kawan pun nyanyi lagu Anita Sarawak tu juga.. hehehehe

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Yang sy faham, Ayam den lapeh tu.. buah hati diambil orang, hahahah

Esok nak cari ubi la utk sarapannnn

Amie berkata... Reply To This Comment

@Sunah Sakura Silakan cuba. Kalau ada gang makan lagi best.

Amie berkata... Reply To This Comment

@paridah Hahahaa... meriahkan!

Amie berkata... Reply To This Comment

@Darling Pya Ooo yaa... rasa rindu pulak nak ke sana, nyanyi-nyanyi lagi sambil singgah-singgah makan masakan Minang.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Betul tu, buah hati diambil orang. Ayam terlepas tu kira macam perumpamaanlah kan.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

smlm baru atie makan ubi rebus.. tapi ubi tawar saja, dgn kunyit tanpa sambal

iamaSlowRunner berkata... Reply To This Comment

Hehehe.. terhibur saya. Lama tak dengor lagu Ayam Den Lopeh. :D
Kat rumah ada pokok ubi kayu yang belum dikorek. Nanti boleh cuba masak macam Amie buat ni. :)

saniahibrahim berkata... Reply To This Comment

Sedapkan ubi kayu rebus goreng.Anak akak baru buat 2 3 hari lepas.

namakucella berkata... Reply To This Comment

Lagu fav saya nih.. Saya hafal liriknya boleh nyanyi dengan sebutan yang betul. Tapi suara saya ke lautttt dalam. Hihihi.. 10 kali sedap ubi goreng tu dari suara saya.. Hihihi
Nampak menarik ubi tu.. Terliur pula malam-malam ni mana nak cari ubinya

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

baca lirik lagu macam termenyanyi pulak. hihi
menarik juga tu ubi rebus kemudian goreng untuk berikan rasa rangup tu kan. hidangkan pulak dengan sambal dan kopi..nikmat betul :)

Azian Elias berkata... Reply To This Comment

adoii.. sedap tu amie. petang2 waktu hujan2 mmg best makan cam ni kan. laju je.
siap bercicah2 gitu.

Diana Rashid berkata... Reply To This Comment

Banyak nya kopi.. Dia jual ke tu?

nayfatimahrasyid berkata... Reply To This Comment

Makan ubi goreng ngan sambal penyet tambah kopi o..... Mmmmm memang terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Lagu tu pun jadi siulan ๐Ÿ‘

notie berkata... Reply To This Comment

selalu makan ubi rebus atau ubi goreng. Tak tahu pulak setelah di rebus dan digoreng untuk makan. emm kena cuba ni. Tapi tetap suka ubi godok empuk2 cecah sambal tumis dengan ikan kering. walah. hehehehe

norhidana berkata... Reply To This Comment

waduhhh sedapnya kak oi....

adianiez AIDA berkata... Reply To This Comment

terkenang abah aida.
peminum kopi tegar.
dan abah hanya minum 1 brand kopi - kopi serbuk cap tupai.
berkenan aida dgn samal penyet tu.
minta izin nanti nak buat ikut resepi ye.

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

Saya suka lagu Ayam Den Lapeh tu. Tapi yang saya tahu versi Aishah. Tak tahu siapa penyanyi asal. Semoga covid segera diangkat pergi supaya Pak Herman boleh sambung mata pencarian

mamapp berkata... Reply To This Comment

Haha ayam den lapeh pun keluo.. pehh ubi rebus+kopi o+sambal mmg x penah mengecewakan