Mi Udon Kuah Laksam Idea Tukang Kebun
8:38 PGSelamat berhujung minggu. Sama saja suasananya seperti hari-hari biasa sebab asyik terperap dalam rumah. Pagi ini awal bangun, dan sempat buat kuah laksam yang dihidangkan bersama mi udon. Encik Suami suka sangat makan, sampai menambah dua tiga kali! Idea ini dicadangkan oleh rakan blogger kita, Tukang Kebun dari Kebun Bahagia Bersama. Suka sangat baca tulisannya, tentang pelbagai pengalamannya berada di luar negara. Membaca catatannya yang walaupun tertunggak dari tahun-tahun sebelumnya, memberikan kita banyak ilmu pengetahuan di samping memahami budaya terutamanya masyarakat Jepun. Terima kasih Tukang Kebun. Idea menjadikan mi udon sebagai pengganti laksam telah pun Amie realisasikan. Sebenarnya dua hari lepas pun Amie sudah cuba, dan Alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan. Amie bawa ke kampung mi udon kuah laksam untuk biras Amie. Dia yang memang suka makan laksam, sangat suka makan walaupun digantikan dengan mi udon.
Terima kasih banyak-banyak buat Tukang Kebun!
Mi Udon Kuah Laksam |
Mi Udon |
Kuah Laksam |
Pelengkap Mi Udon Laksam |
Anak-anak sarapan sandwich saja.
Biasanya di pagi minggu kami akan ke pasar tani. Oleh kerana semua pasar di tutup termasuk pasar ikan di LD, jadi Encik Suami ajak jalan-jalan ke kampung. Dah isi perut, eloklah makan angin pula!
6 comments
masuk jugak dengan mi duon kuah laksam... hii
BalasPadamAnak-anak tidak suka laksam ya?
BalasPadamWah nasi baik sesuai mee udon dengan kuah laksam.
sandwich tu punya presentation.. kalah breakfast coffee shop!
BalasPadamtak pernah nampak tak sedap menu dari Kak Amie :)
BalasPadammee udon saya suka makan. tapi laksam saya tak makan. Mungkin boleh cuba mee udon dengan kuah laksa utara. mesti sedap juga :)
BalasPadamBokep Terbaru & Terlengkap Dengan Berbagai Macam Genre Berkualitas HD
BalasPadambokep artis indonesia
indonesia viral 2020 bokep
bokep barat baru
bokep viral indo terbaru
bokep korea terbaru
Bokep SMP
Complete