Belajar Masak Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes
9:32 PTGSemalam tidur agak lewat kerana menyiapkan tugasan dan laporan online. Pagi tadi tertidur semula selepas bangun waktu Subuh. Bila terjaga, terdengar seseorang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Rupanya Abang Farid ambil alih tugas di dapur. Encik Suami sudah keluar pada awal pagi. Melihat kita sedang duduk menyambung tugas di meja komputer, Abang Farid tanya : Mommy masak tak tengahari ini? Kalau tak sempat masak, saya order makanan.
Amie minta Abang Farid masak untuk makan tengahari. Amie suruh dia keluarkan dada ayam dari freezer. Nanti Mommy ajar abang masak, kata Amie. Menjelang tengahari, kami sekeluarga menikmati Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes.
Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes |
Abang Farid tuangkan sedikit minyak zaitun dan perahkan lemon. Kemudian digaul mesra dan dibiarkan seketika sebelum dipanggang menggunakan air fryer.
Amie bantu Abang Farid dengan menambahkan aksesori, rebus separuh masak 5 biji gourmet potatoes yang dipotong bersama kulitnya, dan kemudian tambahkan bawang Holland. Ketika hendak memanggangnya, taburan sedikit serbuk pati ayam. Akhirnya siaplah hidangan tengahari kami yang kelihatan berwarna warni. Dada Ayam Panggang dengan Gourmet Potatoes ini Amie hidangkan bersama capsicum merah dan capsicum hijau yang digoreng kilas. Diselitkan juga hirisan timun Jepun, tomato ceri dan hirisan lemon. Untuk membangkitkan seri, renjiskan sedikit minyak zaitun ketika menghidang, dan taburkan sedikit coriander leaves.
Terima kasih Abang Farid kerana membantu memudahkan urusan dapur Mommy hari ini.
7 comments
bestla farid, selalu membantu kat dapur ;)
BalasPadamMenu yang ringkas dan sedap. Menu campak campak je senang kan kak amie. Style macam ni saya buat ratah je makan tanpa nasi pun dah kenyang dah. Rajin abang Farid tolong mommy kat dapur.
BalasPadamAduii tak pernah tak sedap tengok menu kak amie ni. Menyelerakan sungguh
BalasPadamBalance juga diet ni ada protein dan pelbagai sayuran.
BalasPadamWah, nampak sedap.. Nak kena try nih
BalasPadamthis is so good for diet!
BalasPadamMenu yang menggoda
BalasPadam