ADSENSE

Sabtu, 28 November 2020

Redha : Limau Nipis di Musim PKPB

Selamat pagi semua. Selamat memulakan hujung minggu bersama keluarga tersayang. Jom jalan-jalan keliling rumah lihat tanam-tanaman di atas tanah sekangkang tikus. Pagi ini terpandang buah limau nipis merekah di bahagian bawahnya. Adakah isi limau terlalu padat atau kulit limau tidak mampu menampung isinya? Atau mungkin disebabkan hujan dan panas yang tidak menentu, maka  cuaca turut mempengaruhi keadaan buah?

Percikan air hujan dan renjisan air siraman menyebabkan tanah melekat pada kulit limau nipis.


Ini merupakan kali pertama limau nipis belajar berbuah. Buah-buahnya pula keluar sebiji-sebiji, dan menghampiri tanah, maklumlah pokoknya pun masih kecil.


Alhamdulillah. Pokok limau nipis memperlihatkan perkembangan yang baik dengan pertambahan pucuk mudanya yang berdaun subur!

Hanya sebiji sahaja yang terbelah merekah, yang lain semuanya okey.


Mari kita belajar erti redha.

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah S.W.T.

3) Redha terhadap Allah S.W.T terbahagi kepada dua :
Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah S.W.T. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah S.W.T. tentang nasib yang mengenai diri.

Sumber: http://muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm

8 ulasan:

norhidana berkata... Reply To This Comment

Bestnya kak, dana takut nak tanam limau... selalu banyak ulat suka makan daunnya

Syaz Rahim berkata... Reply To This Comment

sedapnya limau ais! sama macam kak dana, pokok limau saya selalu kena serang beluncas

saniahibrahim berkata... Reply To This Comment

Boleh pula sampai merekah kulit nya ,terlebih muatan tu...hihii.
Kat rumah akak buah limau purut banyak juga sedang berbuah.Selalunya hanya 1 dua biji je.

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Agaknya sbb baru belajar berbuah kot. Tinggilah dia pro siket nanti eloklah kot buahnya, hihi

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Ada kalanya hasilnya pasti ada yang tak elok. Sedap limau nipis buat air. Biasanya orang lebih suka tanam pokok limau kasturi. Mungkin lebih senang tapi limau nipis lagi sedap dibuat air kan :)

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Lumrah bila cuaca tak menentu, ada pengganti kemudian menyusul.

Siti Yang Menaip berkata... Reply To This Comment

ada yang kata pokok kalau da berbuah sekali kita kena cantas balik kan ?
biar tumbuh semua merimbon..

Diana Rashid berkata... Reply To This Comment

Tak lama lagi makin banyak buah nya..Boleh la merasa hasil nya tu.