Apabila Anak Bujang Masuk Dapur
6:57 PTGFairuz paling rajin masak, tapi selepas masak boleh buat meleleh air mata melihat peralatan memasak bersepah sana sini. Bujang satu ini, selain buat sepah ada masanya rajin sangat mengemas rumah. Kemas dan bersih segala ruang, tapi banyaklah barang kita yang hilang! Bila ditanya, mana barang Mommy? Sudah saya buang dalam tong sampah, katanya! Kenapa buang? Saya fikir Mommy tak gunakan lagi! Hadoooiii!
Petang tadi, dia beraktiviti di dapur. Katanya nak goreng kentang gunakan air fryer. Beginilah hasil kejadian kentang gorengnya.
Kentang goreng air fryer. |
Sudah goreng kentang, dia goreng popia pula. Katanya, tak suka kulit popia garing. Suka hati kamulah adik. Mommy suka kulit popia garing. Tapi habis jugalah popia tak garingnya itu.
Popia goreng air fryer. |
Kemudian dia goreng pula tongkeng ayam. Fuad yang sedang kuliah online, terjah ke dapur bila terbau tongkeng ayam goreng. Separuh gorengan tongkeng masuk ke perutnya... ahaks! Siapa tak kenal Fuad. Kalau bab makanan yang dia suka, memang dialah raja di meja makan!
Tongkeng ayam goreng air fryer. |
Sehari dua ini Fairuz di rumah sahaja. Tidak lagi ikut aktiviti kerja kebajikan menghantar makanan untuk keluarga yang memerlukan.
23 comments
seronok la membaca kisah-kisah keluarga begini
BalasPadamMrhanafi,
Padamterima kasih.
Senang ya anak-anak dah besar boleh buat sendiri dah..
BalasPadamSue,
PadamAlhamdulillah, kalau lapar boleh masak sendiri.
Assalamualaikum kak amie..
BalasPadamWah boleh harap anak bujang kak amie..senang kan kalau ajar sama rata.Saya pun sama train sama rata jer anak pompuan anak lelaki, dua2 kena buat keje masuk dapur hehe..
Waalaikumussalam Lina,
PadamSyukurlah semua boleh buat kerja rumah dan kerja dapur. Harapkan emaknya seorang mmg pengsanlah jawabnya
Best ya anak bujang pandai masak, anak dara Saya pun masih harapkan maknya, hahahah
BalasPadamSK,
Padammemang kena pandaikan juga memasak, nanti kalau emak tak larat masak, kebulur jadinya hihihihiii.
Rajinnya Fairuz...3 jenis makanan digoreng!
BalasPadamUjie,
Padammasak memang dia suka, mengemas lepas masak tu yang dia tak minat.
Bagus goreng pakai air fryer. Lebih sihat
BalasPadamSalbiah,
Padambetul tu, jimat belanja dapur.
Bila ada air fryer ni memang boleh jadi rajin memasak punyalah 😁👍🏻
BalasPadamCik Suerin,
Padammudah-mudahan rajin masak.
presentation dia tu, wow!!! mcm chef hotel 5 stars
BalasPadamAtie,
Padamterima kasih, suka-suka jew tu.
wah hensom semua hero amie rajin masak pulak tu
BalasPadamParidah,
BalasPadammemang kena rajin masak... pengsan emaknya di dapur sorang-sorang hahaaaa.
Bertuah bakal menantu2 Kak Amie, suaminya selesa masuk dapur.
BalasPadamBagus fairuz, bakal suami mithali ni hehe
BalasPadamMasak guna air fryer ni lebih sihat tak berminyak gitu.
BalasPadamBagusnya bila anak pandai dan rajin masak kan.. tak la maknya sorang2 je kat dapur
BalasPadamRajin Fairuz ke dapur memasak. Walaupun semua menu ekpsress kira untung sangat dah tu dia nak masuk dapur. Bersepah itu biasa..sabar je 😁
BalasPadam