Lunch dengan Nasi Goreng Udang
3:05 PTGTengahari kelmarin masak nasi lauk ikan. Apabila Abang Farid jenguk ke dapur dan terus keluar, adalah tu sesuatu yang akan berlaku! Rupanya Abang Farid berpakat dengan Firdaus untuk order makanan dari luar. Sudah tentulah makanan yang ada ayam! Selalunya Abang Farid order KFC secara online. Kadang-kadang order nasi ayam. Pokoknya, apa yang dipesan mesti ada ayam!
Maka, tak lakulah nasi sampai ke petang! Fuad pula, memang sudah faham selera Abang Farid, kalau boleh dihabiskannya beberapa ekor ikan goreng di dalam pinggan. Katanya, kalau ditinggalkan pun bukannya Abang Farid makan juga ikan itu! Fairuz pula menyiapkan kerja kursus di rumah kawannya dan tidak balik makan tengahari. Oleh kerana Amie masak sekali harung untuk makan tengahari dan malam, memang banyaklah nasi lebih dalam periuk! Jadi, tengahari tadi Amie goreng saja lebihan nasi yang Amie simpan dalam peti sejuk.
Nasi Goreng Udang habis licin oleh 4 anak bujang! Amie sengaja bubuh udang lebih, jadi anak-anak pun sukalah. Encik Suami pula, sudah panjang langkahnya. Kakinya sudah sembuh dan sudah mula memandu sejak kelmarin. Hidangannya masih juga macam orang berpantang. Amie masakkan menu lain untuknya, dan oleh kerana katanya selepas Zohor ada urusan dengan boss dan juga pekerja bawahannya, jadi Amie kemudiankan goreng nasi untuk anak-anak.
Nasi Goreng Udang |
Di sini, Amie kongsikan resepi Nasi Goreng Udang yang anak-anak gemari. Lain kali kalau Abang Farid nak buat nasi goreng, boleh rujuk di sini. Abang Farid suka makan udang, tapi tak mahu pegang udang yang belum dibersihkan. Katanya, di rumah sewa dia pernah masak udang tapi beli udang vakum saja! Jom lihat resepi mudah Nasi Goreng Udang di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 5 cawan nasi putih sejuk
- 500 gram udang segar - bersihkan - buang kulit dan kepala
- 1 cawan isi jagung tin
- 1 cawan hirisan kacang panjang
- 1 sudu besar serbuk cili
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang Bombay - cincang
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang Bombay hingga kuning keemasan.
- Masukkan udang dan kacau beberapa kali. Masak sehingga udang berubah warna.
- Kemudian masukkan serbuk cili, jagung dan kacang panjang. Kacau sehingga kacang panjang berubah warna.
- Seterusnya masukkan nasi putih. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
21 comments
BalasPadamشركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
شركة عزل خزانات بالرياض
Adduhai sedapnya nasib goreng amie
BalasPadamMamapp,
PadamAlhamdulillah. Jemput.
Wuaah .. jelas kalau nasi goreng ini sedap bukan main ..., aku juga langsung lapar lihatnya, kak.
BalasPadamMaklum, aku suka udang.
Himawan,
PadamJemput makan, udang memang banyak orang suka.
Nasi goreng udang Tu yg sedap ye Amie..
BalasPadamCahaya,
PadamBetul tu, korek udang dulu baru makan nasi hihihii.
boleh try masak esok utk buka puasa hehehe
BalasPadamAtie,
PadamAlhamdulillah. Selamat berpuasa dan berbuka.
Meriah dengan udang, lagi sedap rasanya. udang my fav too kak amie :)
BalasPadamAzhafizah,
PadamUdang memang banyak peminat kan hihihiii.
Nasi goreng udang ni best sebab air udang tu keluar kan, manis 😉
BalasPadamSyaz,
Padambetul tu, udang masak apa pun sedap sebab udang memang sedap.
Wah sedapnya...!! Bila banyak letak udang ni memang best!!!
BalasPadamCik TK,
Padambetul tu, cari udang dulu baru suap nasi.
Bestnya menu sis. Zumal pun makan nasi goreng ada udang gak tadi walaupun elergik makanan laut tapi teringin sangat 🤭😂
BalasPadamZumal,
Padamterima kasih dik. Alahai... Ale gik makanan laut pulak ye.
Nampak sangat menyelerakan. Terliur dibuatnya 😊
BalasPadamFarrah,
Padamterima kasih, jemput dik.
sedapnya.. terus rasa macam nak buat juga petang ini.. hehehe..
BalasPadamSha,
Padamsilakan.