Latok @ Rumpai Laut & Ikan Layar Masak Lada Putih
3:35 PTGWaktu Asar di LD pada hari ini tepat pada pukul 3:15 petang. Sebentar lagi nak ikut Encik Suami ke kampung. Sementara menunggu Encik Suami turun, update dahulu dapur maya. Beginilah Amie dengan dunia maya, satu-satunya teman setia untuk berkongsi rasa bersama rakan blogger yang lain. Nanti kalau sudah sibuk bekerja, memang tidaklah sebegini kerap sapu sawang di dapur ini. Sekarang ambil kesempatan sementara semangat menulis masih ada.
Tengahari tadi, seisi keluarga menikmati hidangan tengahari bersama. Hari ini Amie masak ikan layar segar dari pasar, tambahkan latok atau rumpai laut, sayur bening kegemaran Encik Suami, sambal mangga dan juga ikan goreng.
Anak-anak memang suka makan ikan layar, termasuk Abang Farid. Pelik juga bujang satu ini, pemilih jenis ikan. Tapi kalau ada ikan layar, memang dia pun tumpang jadi raja ikan juga. Si raja ikan, memang sudah pesan awal-awal. Mommy lebihkan kuah, katanya. Amie masak ikut resipi MIL 100%. MIL hanya gunakan bawang putih, bawang merah, halia dan lada putih tumbuk. Selepas ditumis hingga naik bau, masukkan ikan layar dan biarkan sehingga layu atau berubah warna. Kemudian tuangkan air bancuhan asam jawa. Biarkan sehingga kuah hampir pekat, dan kemudian perasakan dengan garam / perasa pilihan.
MIL banyak gunakan lada putih dalam masakan ini. Tapi hasilnya sangat sedap. Minyak ikan layar akan keluar berlenang-lenang seperti di bawah ini. Amie tidak ubah resipi ini sebab rasanya sudah cukup lazat!
Ikan Layar Masak Lada Putih |
Latok @ Rumpai Laut |
Lama sungguh tak makan latok sejak PKP. Alhamdulillah, rezeki hari ini setelah pasar ikan dibuka semula, dapatlah kami beli latok. Latok boleh dimakan bersama pelbagai pencecah. Ada yang hanya pecahkan cili padi, tambah perasa dan perahan limau kasturi. Ada yang sediakan sambal mangga juga.
Cili Padi dengan perahan Limau Kasturi, tambah garam gula sebagai perasa. Nak makan, pecahkan saja cili padi itu, cecahkan latok! |
Sambal Mangga |
Ini tak tahu nama sambal apa. Pertama kali Amie makan cecah latok di Restoran Kampungku di Semporna. Oleh kerana sedap sangat, kami minta tambah lagi sambal ini. Balik LD, Amie cuba buat eksperimen sendiri. Menjadilah juga, rasanya pun lebih kurang sama. Amie kisarkan cili merah bersama cili padi, bawang merah mentah, perahan limau kasturi, garam dan gula.
Sekian.
Jumpa lagi.
10 comments
makan latok pertama kali di KK. masa tu rasa sikit pelik lah. then langsung tak makan dah kalau ke KK.. but then nowadays makin popular org makan. macam sedap je tgk org makan. ingat nanti kalau panjang umur dan jalan2 ke KK lagi ingat nak cuba lagi lah.
BalasPadamSedapnya ikan layar. Saya pernah makan dapat dari kawan yang memancing di Rompin bertahun dulu.Sedap macam salmon. Latok tu kat KL sejak ada online bznz ni mudah dah nak dapat. Harga 100gm rm15. Boleh la makan hilangkan teringin
BalasPadamselalu tengok orang makan dan order latok, saya tak pernah rasa lagi setakat ni. hehe
BalasPadampernah mkn rumpai laut masa outstation sabah
BalasPadamHidangan yang rare bagi saya. Semua tak pernah rasa lagi kak amie. Latok tu dah popular kat semenanjung tapi belum cuba rasa lagi.
BalasPadamYa allah kak amie, SA tgok entry ni time kat opis ni ha..dah lunch time..terus berbunyi perut...sedapnyaaa...ikan layar tu ikan apa eh kak amie..nampak isnya macam ikan pari...sedap betul nampaknya tu...nak pi cari makanan la...
BalasPadamBokep Terbaru & Terlengkap Dengan Berbagai Macam Genre Berkualitas HD
BalasPadambokep artis indonesia
indonesia viral 2020 bokep
bokep barat baru
bokep viral indo terbaru
bokep korea terbaru
Bokep SMP
Complete
macam sambal asam..sebab ada perahan limau kasturi..
BalasPadamTak pernah makan latok walaupun dah 2 kali ke Sabah. Habis pkp kena gi. Huhu
BalasPadamlatok ni, masa pkp hari tu pernah makan ! haha tapi tak kena dgn tekak
BalasPadam