Kerepek Cornflakes Sira Pedas Buat Kudapan Sambil BerBDR
4:56 PTGCerita tentang kudapan, rasanya ada yang suka sediakan kudapan sambil dikunyah waktu berBDR. Bosan pula rasanya hari ini, sebab rumah sunyi sepi. Encik Suami, Fairuz dan Firdaus ke kampung. Abang Farid dengan kerjanya, begitu juga dengan Fuad. Tiba-tiba teringat Kerepek Cornflakes Sira Pedas yang Amie simpan lebih dua bulan lalu! Ya.... Amie teringat semula pada 13 September 2020, bersama Encik Suami ke Tawau dengan tujuan untuk jemput Abang Farid dan Fuad di Lapangan Terbang Tawau. Kami singgah sebentar di Pasar Tanjung, Tawau dan beli pelbagai jenis kerepek. Rasanya habis semua kerepek yang dibeli kami makan termasuk kerepek ubi, popia rumpai laut, amplang, kuih bangkek, kacang gajus, belinjo sira pedas dan entah apa lagi. Rupanya Kerepek Cornflakes Sira Pedas belum berusik! Masih kelihatan cantik kemas dalam bungkusan, duduk bersebelahan dengan kerepek tempe yang juga belum dibuka. Harap eloklah isinya.
Ini dia Kerepek Cornflakes Sira Pedas. Ada kacang tanah dan ada ikan bilis kecil-kecil. Rasanya sangatlah sedap! Krup kraaap..kruupp kraaappp! Jom makan sambil menanti masa tamat waktu berBDR.
Kerepek Cornflakes Sira Pedas |
Hari ini rasa seronok sangat sebab semua tugasan dan laporan telah berjaya disiapkan dan sudah selamat dihantar ke kayangan. Kepala pun rasa ringan sikit. Esok pagi kena bertugas di tempat kerja pula. Kenalah bangun lebih awal, takut terlewat sampai ke tempat kerja sebab terpaksa melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk tiba di sana.
12 comments
Ish.... Saya baru sahaja menghabiskan balang yang ke 4 kerepek cornflakes ni. Tapi saya beliii.. Hihihi. Ada campuran ikan bilis kacang & popia yang digulung kecik-kecik juga. Memang ralit mengunyah
BalasPadamSedap tu.
BalasPadamBDR memang banyak makan. Sikit-sikit pergi dapur. Lama tak tambah stok kudap-kudapan. Kena beli ni, sambil tu boleh bantu usahawan PKS.
BalasPadamIni makan sambil berBDR memang asyik ni, kak. Krup krap krup krap, confirm laju je masuk mulut 😊
BalasPadamMoga urusan akak ke tempat kerja dipermudah.
SEDAP TU SEKEJAP JA SELESAI MENGUNYAHNYA
BalasPadamkudap kudap ni healthy tak eh ?
BalasPadamuuiih ni ralit kalau dapat ngunyah ni time tengok tv ke time tngh meeting online hehe.. jangan sampai kantoi tengah krup krapp udahh hehe..
BalasPadamMacam menarik dan macam sedap je tu kak amie. Bolehlah cuba buat cornflakes sira sambal pedas buat kudapan. Boring juga asyik makan dengan susu je kan :)
BalasPadamWah, sedapnya 😋
BalasPadamSA suka gak ni...sedap..selalu beli je..macam2 campur ada kacang dan ikan bilis serta daun kari..nak buat sendiri tak pandai...better beli jer la kan kak
BalasPadammmg sedap dpt kudapan conflakes sira kunyah2 time work from home ni kn
BalasPadamsedapnyaaa siap ada kacang.. makan sekejap terus habis ni
BalasPadam