Ayam Panggang Rosemary Terkoyak
9:51 PTGRehat seketika. Sedang berBDR selepas solat Isya' pukul 7 lebih tadi. Tak tahu sampai pukul berapa selesai tugas. Rumah sunyi sepi. Semua ke kampung, ikut majlis bacaan Yasin. Tinggal Amie bersama Abang Farid di rumah. Katanya sakit kepala, penat mengadap laptop sehari suntuk! Petang tadi selepas berBDR, sempat menyelinap ke dapur. Panggang seekor ayam bulat. Sebenarnya Amie nak panggang kelmarin, tapi Abang Farid dah belanja kami makan KFC, jadi ayam bulat masuk freezer sajalah.
Kelam kabut punya pasal, ayam panggang rosemary terkoyak pada bahagian dadanya. Seksi betul!
Ayam Panggang Rosemary |
Lama sangat tak ambil gambar ayam panggang bulat seekor. Terlupa nak ambil sudut mana. Tangkap sajalah mana-mana asalkan ada rupa ayam panggang.... ahaks!
Encik Suami buka cerita lama, padahal sewaktu menyiapkan ayam panggang rosemary ini Amie pun teringat peristiwa itu. Ceritanya, lebih kurang 7 tahun lalu Amie suka kongsi gambar ayam panggang rosemary di FB. Ada seorang perempuan, orang kampung Encik Suami. Dia ingin beli ayam panggang rosemary hasil air tangan Amie. Amie kata, Amie tak jual. Banyak kali jugalah dia pujuk supaya Amie jual, dengan harga berapa pun dia sanggup bayar. Apabila Amie suarakan kepada Encik Suami, katanya buatkan sajalah. Kasihan. Dia tu sedang sakit. Amie pun buatkanlah ayam panggang rosemary untuknya. Dia sangat berpuas hati, dan selalu memuji-muji keenakan ayam panggang tersebut. Memenuhi citarasa dan seleranya, katanya. Kemudian setiap minggu dia menempah. Kalau minggu ini ayam panggang rosemary akan dinikmati bersama keluarganya, minggu hadapan pula katanya ada anak buah balik dari Kuala Lumpur dan dia ingin menghidangkan ayam panggang rosemary untuknya.
Amie tak ingat berapa kali dia tempah ayam panggang rosemary dari Amie, tapi memang setiap minggu sehinggalah menjelang bulan puasa. Dia suka bayar lebih. Katanya hadiah untuk Firdaus. Tidak lama kemudian, terdengar berita dia telah meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dideritainya. Dia masih bujang.
Ingat tak arwah.... Amie tak mahu dengar Encik Suami buka semula cerita itu. Moga Cik M tenang di sana, dan tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin.
Pinjam gambar dari telefon Fairuz. Barulah nampak sopan sikit si ayam berposing. Wokey! Masa untuk kembali menyambung BDR!
8 comments
Sedapnya ayam panggang.
BalasPadamAduh.. Sedapnya...
BalasPadamKalu musang nampak, ngences ni.. Hihihi
Al-Fatihah untuk arwah Cik M. Nasib baik kak Amie buatkan, kalau tak mesti terkilan. Kalau dekat, saya pun nak tempah tapi apakan daya jauh seberang laut tu ha
BalasPadamdah lama dana tak membakar ayam seekor gini kak, sejak oven kecik ni macam tak berapa bernapsu nak membakar seekor gini heheheh...
BalasPadamayam akak tu memang sgt menggoda dan seksi lah heheheh...
alfatihah buat arwah
nasibla akak buatkan jugak ayam tu kan, kalau tidak mesti rasa menyesal...
Sedapnya ayam panggan rosemary. Aroma rosemary tu saya suka. Rezeki arwah dapat merasa air tangan Kak Amie :)
BalasPadamnampak enak benar...ada kisah rupanya di sebalik ayam panggang ni ya..
BalasPadamtersangatlah sedapnya ayam panggang amie
BalasPadamO' it is original the story I am fond of eating food also now I am in my college and I prepper assignment with help of Assignment Help service.
BalasPadam