Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu

11:49 PG

Kerepek?
Mengikut Kamus Dewan, kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihirs tipis-tipis, dijemur dan digoreng.
Untuk mengubat rindu tak dapat balik beraya di Malaya, Amie kongsikan sejenis kerepek ubi kayu yang semakin lama semakin pupus. Mungkin pada masa akan datang hanya tinggal kenangan sahaja. Generasi muda dan anak cucu kita akan datang barangkali hanya mengenalinya sebagai sejarah atau dalam arkib kuih-muih tradisi sahaja. 

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
 Ini kerepek ubi kayu yang Amie hasilkan sendiri beberapa hari lepas.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Ini kerepek ubi kayu bersira gula. Amie jumpa kerepek ini ketika berhari raya di rumah keluarga sebelah suami adik di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Ini pula kerepek ubi kayu yang Amie jumpa di rumah ibu saudara di Kampung Bukit Hijau. Nampaknya dalam banyak-banyak rumah saudara-mara yang dikunjungi ketika hari raya, Amie hanya jumpa dua buah rumah sahaja yang masih menghidangkan kerepek ubi kayu tradisional!

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Selebihnya Amie jumpa jenis kerepek biasa yang kami panggil serepeng ubi. Bezanya serepeng ubi kayu dengan kerepek ubi kayu ialah ketika proses membuatnya, serepeng tidak perlu direbus dan dijemur seperti kerepek ubi kayu.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Ini serepeng ubi kayu kuning. Memang isi ubi kayu berwarna kuning, dan bukannya ditambah kunyit atau pewarna.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Kerepek lain yang masih ada termasuklah kerepek keladi.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Agaknya tekak dulu-dulu membesar dengan segala kerepek dan serepeng, jadi kalau hari raya memang inilah yang dijamah dahulu berbanding kuih-muih moden yang lain.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Kerepek keladi pula, ada pelbagai jenis keladinya. Ada jenis keladi yang wangi! Ada jenis keladi warna ungu, putih dan kehijau-hijauan. Namanya pun berbeza tapi Amie hanya ingat nama keladi cina, keladi minyak dan keladi banten yang lembak berkanji itu! Satu lagi nama keladi ganyut! Ganyut maksudnya keladi yang tidak empuk, lembik dan tidak sedap untuk diolah.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Dua tahun lepas, Amie bawa pulang ke LD 4 kilogram kerepek keladi!

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Kerepek pisang juga masih mendapat tempat. Jarang pula jumpa kerepek pisang nipah. Yang Amie jumpa ialah kerepek pisang nangka yang ada rasa manis masam itu.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Jumpa juga kerepek pisang helang dan kerepek pisang tanduk.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu

 Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Dan ada lagi, kerepek pisang awak yang sedap!

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Dan satu lagi, kerepek sukun.
Itulah antara kerepek evergreen yang masih ada pada hari raya.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Ubi kayu, salah satu menu sarapan pagi kami sekeluarga selain jagung, pisang, keladi dan keledek. Memang kami membesar dengan hasil tanaman kontan arwah Ayahanda dan Bonda. Tiap malam, sebelum kami masuk tidur kami sempat melihat Bonda menyediakan sarapan untuk keesokan pagi. Jika ada ubi kayu, Bonda akan parut dan dibuat belebat (lepat) campur kelapa parut dan gula merah. Kalau ada banyak minyak kelapa, pagi-pagi Bonda akan goreng ubi kayu. Kalau tidak ada minyak, Bonda akan rebus sahaja. Ubi rebus ini akan dicecah bersama kelapa parut. Kalau ada gula, manislah kelapa parutnya. Kalau tidak ada gula, Bonda gaul dengan garam sahaja. Dulu, walaupun harga gula hanya 65 sen sekati (600 gram) tapi 65 sen itu besar nilainya untuk orang kampung seperti kami.
Nostalgia sungguh!
Nampak kehidupan kami agak susah, tapi kami bahagia!
Paling seronok, kalau Bonda buat lempeng ubi kayu bubuh kelapa parut! Dan dinikmati bersama kopi hitam panas!
Dengan ubi kayu, Bonda akan buat kuih keria.
Dengan ubi kayu, Bonda akan buat kolak. Haa... kolak ialah pengat.
Dengan ubi kayu Bonda akan jadikan keropok.
Dengan ubi kayu juga, Bonda akan jadikan inti karipap! Maklumlah, waktu itu kalau beli kentang memerlukan wang, jadi orang kampung seperti keluarga kami akan menggunakan semaksimum mungkin apa-apa sahaja bahan makanan yang ada untuk membesarkan anak-anak.
Masih jelas dalam ingatan, sebaik sahaja Bonda selesai menoreh getah, jika terlihat lebihan ubi rebus yang tidak habis dimakan sewaktu sarapan pagi, Bonda akan ambil pisau dan hiris-hiris ubi rebus tersebut. Kemudian Bonda akan jemur di tengah panas. Bubuh atas talam dan letak di atas pokok belangkas atau rumpun nanas. Biasanya sebelah petang, Bonda akan ke kebun pula. Jadi Bonda akan pesan, kalau hujan, tolong angkat kerepek yang dijemur!
Itu cerita lama. 
Semakin dikenang semakin rindu!
Jom buat kerepek ubi.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Minggu lepas, balik dari berurusan di bank kami singgah di gerai tepi jalan. Encik Suami beli tanah dua karung, dan Amie beli selonggok ubi kayu. Rasanya jenis ubi kayu pikul sebab kulit dalamnya berwarna merah. Ubi kayu pikul jenis ini cepat empuk bila direbus.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Setelah ubi kayu dikupas, cuci bersih dan masukkan dalam periuk. Bubuh air atas paras sahaja dan jangan lupa bubuh satu sudu kecil garam. Rebus hingga sedikit empuk dan angkat. Toskan airnya.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
 Setelah sejuk, hiris-hiris tipis ubi kayu rebus tadi.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
 Inilah hasilnya ubi rebus yang dihiris tipis.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Kemudian jemur di tengah panas hingga kering. Amie jemur tiga hari sebab waktu itu cuaca mendung dan kerepek ubi kayu tidak cukup kering.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
 Setelah kering, boleh simpan di dalam balang. Bila-bila masa boleh digoreng.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Amie terus goreng. Jika suka manis, boleh sira dengan gula pasir. Kami suka makan begini saja, rasa original tanpa sebarang perasa tambahan selain rasa sedikit masin garam.

Resipi Warisan : Kerepek Ubi Kayu
Antara kerepek ubi kayu dengan kacang gajus, mana satu nak terkam dulu?
Untuk anak-anak : Farid, Fuad, Fairuz dan Firdaus, beginilah cara Nenek buat kerepek ubi kayu yang selalu Nenek bekalkan untuk kita kalau kita balik bercuti ke Malaya. Bila sampai LD, Mommy goreng, kamu jadi tukang makan sampai habis.... ahaks!

9 comments

  1. kunyah kerepek ubi ni bole ralit..tgk2 dh nk abis sebalang hehe

    BalasPadam
  2. wah amie nostalgia sungguh ni. Dulu-dulu memang ini aruah mak saya selalu buat. Atau lebihan ubi rebus tak habis di hiris-hiris jadikan kerepek. Di jemur dan lepas tu di goreng.....wahh

    BalasPadam
  3. Teringat aruah Mak saudara di gersik kalau kami adik beradik datang beraya kuihnya penuh dengan jenis pelbagai kerepek....ralit kami makan sambil bersembang bercerita. Al fatihah buat aruah Bik samilah.

    BalasPadam
  4. Saya pun pernah buat kerepek ubi kayu cara lama ni dengan arwah nenek dulu. Skrg dah susah nak jumpa melainkan buat sendiri.

    BalasPadam
  5. Jaman dulu2, kalau ubi rebus tak habis makan, emang jadi kerepeklah.
    kerak nasik pun orang buat kerepek.

    BalasPadam
  6. Mama Tisya,
    Betul sangat.

    Notie,
    Nostalgia lalu, makin dikenang semakin rindu.

    BalasPadam
  7. Mamawandiha,
    Begitulah lumrahnya, yang lama semakin dilupakan sebab banyak muncul yang baru.

    Warisan Petani,
    Orang dulu-dulu memang kreatif, tiada pembaziran. Baki makanan tidak dibuang, sebaliknya dimanfaatkan.

    BalasPadam
  8. rindunya kerepek ubi tu..lama sungguh tak makan. macam tak pernah jumpa dah.

    BalasPadam
  9. Azhafizah,
    susah dah nak jumpa kerepek orang dulu-dulu ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe