Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak

9:41 PTG

Hari ini cuaca sungguh panas, dari pagi hinggalah ke petang. Bacaan suhu di LD 33'C.
Memang basah kuyup dibuatnya walaupun pasang kipas di setiap penjuru. 
Selepas solat terawih Encik Suami bercerita tentang keluhan jiran tetangga dan rakan-rakan yang lain yang terpaksa membayar bil letrik dengan jumlah berganda. Kata Encik Suami, Pengarah SESB (Sabah Elecktricity Sdn. Bhd. menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhemah menggunakan elektrik. Bukan apa, sebelum PKP isi rumah keluar bekerja  dan beraktiviti di luar rumah tetapi sepanjang PKP semua berada di rumah. Tanpa disedari isi rumah menggunakan banyak tenaga elektrik termasuk memasak, menggunakan komputer, menonton televisyen, menggunakan kipas, pendingin udara dan sebagainya. Jadi, bacaan elektrik pun mencanak naik!
Kita diam-diam saja, dan rasa tidak bersalah kerana walaupun kepanasan sepanjang hari, tapi kita buat saja kerja seperti biasa, tak buka pun suiz pendingin udara. Teringat minggu lepas, Encik Suami bersuara perlahan-lahan : Bil letrik kita bulan ini lebih RM500.00.
Sepanjang hari ini Encik Suami sibuk berurusan di luar, dan setelah lebih pukul 12 engahari belum pulang, Amie pun telefon minta tolong beli bahan untuk masakan berbuka puasa. Sampai di rumah Encik Suami tanya: Nak masak apa hari ini? Sudah minta beli daun kesum, suruh beli kangkung  dan nanas pula.
Heheee... petang ini kita buka puasa makan nasi dengan Keng Som Ikan Jenahak. 
Mommy masak apa ni? Fairuz bertanya sebaik sahaja menghirup kuah keng som.
Kenapa dik?
Sedap!
Inilah namanya Keng Som Ikan Jenahak, masakan ala-ala Thai tu. Biasanya masakan keng som gunakan ikan siakap tapi kita tak ada ikan itu.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
Pertama kali makan nasi lauk Keng Som Ikan Jenahak, sedapnya memang tak dapat disangkal. Setelah beberapa kali merujuk resepi keng som, akhirnya Amie putuskan untuk mencubanya di dapur sendiri. Ada pelbagai versi masakan keng som, atau Thai Gaeng Som (แกงส้ม) atau ejaannya khaeng atau kheng som yang bermaksud gulai masam. 
Melalui rujukan dengan Pak Google, kengsom perlu ada rasa masam, masin, pedas dan manis. Itulah ciri-ciri masakan Thailand. BLOG RESEPI MASAKANKU - FATIMAH BINTI HJ. SAIDIN, versi keng som Songkhla berbeza sedikit dengan versi Narathiwat. Versi Songkhla tidak perlu bubuh serai, tapi versi Narathiwat ada serai pula. Ikan yang digunakan pula termasuklah ikan besar bersisik seperti ikan kerisi, ikan jenahak, ikan gerut-gerut, ikan parang dan sebagainya. Bahan lain yang perlu ada ialah daun cendehom (daun kesum), kangkung dan timun. Kalau ada belacan Siam dan gula som tam (gula kabung Siam) memang tambah sedaplah keng somnya.
Merujuk pula ke Eating Thai Food, kengsom adakalanya disebut sebagai gaeng som atau kaeng som. Antara bahan yang digunakan selain kunyit hidup dan cili padi, masakan ikan ini boleh dicampurkan dengan betik muda.
Merujuk lagi ke MINGGUAN WANITA, menurut Suttarat Wan Hanifah, seorang wanita Thailand mengatakan bahawa dalam apa juga masakan kengsom, tiga bahan yang penting ialah sos ikan, asam jawa dan palm sugar. Masakan kengsom tidak perlu ditumis. Selain kangkung dan nanas, bunga dan rebung juga boleh dimasak bersama. Tapi tak dinyatakan bunga apa. Masakan kengsom tidak semestinya menggunakan ikan siakap tetapi boleh gunakan ikan sungai juga. Di Thailand, lain wilayah lain versi masakan kengsomnya. Yang menariknya, Suttaray Wan Hanifah juga kongsikan masakan Kengsom Kung Chaom ( Kengsom Udang bersama Telur dan Pucuk Petai).
Wokey!
Dah panjang lebar pengenalan tentang masakan keng som. Mari kita masak di dapur sendiri.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak seberat 800 gram - bersihkan dan potong 6 keping
15 batang kangkung - petik pucuk dan daun muda
7 tangkai daun kesum
600 gram nanas - kupas kulit - potong-potong (bahagi 2- 300 gram untuk dikisar - 300 gram lagi untuk dimasak)
1 sudu besar gula Siam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1.2 liter air
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili padi merah
2 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar belacan Siam
300 gram nanas

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
Nanas yang sudah dikupas itu kita bahagi dua. Satu bahagian akan dikisar dan sebahagian lain dimasak bersama bahan yang lain.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
Ada yang gunakan nanas muda, ada yang gunakan nanas hampir masak dan Amie tengok ada yang gunakan nanas yang sudah masak ranum. Amie gunakan nanas yang hampir masak. Ada rasa manis dan rasa masam.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
 Lama sungguh tak jumpa siakap, jadi ikan jenahak pun kira ok untuk dimasak keng som.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
 Kangkung dan daun kesum.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
 Ini dia belacan Siam yang Amie gunakan untuk masakan keng som.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
Melalui pembacaan Amie, kena bubuh banyak jus limau nipis tapi Amie hanya gunakan dua biji saja! Ada juga yang gunakan asam jawa dan bukannya jus limau nipis. Jom lihat cara masakannya.
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali / periuk dan kacau perlahan-lahan sehingga bahan ini tersejat (mengering) dengan menggunakan api perlahan.
2. Masukkan air dan nanas. Masak sehingga air mendidih dan nanas menjadi layu.
3. Kemudian masukkan ikan jenahak, sos ikan,  garam, gula Siam dan perasa pilihan. Kacau perlahan-lahan. Ikan jenahak isinya sangat lembut dan tidak perlu masak lama.
4. Seterusnya masukkan kangkung dan daun kesum.
5. Setelah kuah mendidih sekali lagi dan kangkung berubah warna, tuangkan jus limau nipis. Kacau dua tiga kali dan padamkan api dapur.

Resipi Sedap Keng Som Ikan Jenahak
 Jemput jamu mata dengan Resipi Keng Som Ikan Jenahak.

7 comments

  1. nampak sedap sis. nasib baik masih kenyang ni 😁
    aah semua duk rumah mmg bil mencanak naik tu,
    alhamdulilah, kerajaan sarawak ada buat discount if tak silap dlm 25%
    tu yg bulan ni terkejut sebab bil rendah dari biasa

    BalasPadam
  2. saya dah try buat sekali guna Ikan Patin,memang sedap sungguh.Patut pun semua orang cakap sedap.

    BalasPadam
  3. macam asam pedas kita jgklh kn k.amie..ada byk style..yg joho..melaka..semua lain2 gayanya kan..tp keng som mmg tak dinafikan sefap sgt.

    BalasPadam
  4. Menarik sekali masakan kengsom ni. Tak pernah lagi rasa. tak tahu rasanya macam mana. Nanti nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  5. Biasa dgr masakan kengsom tp xpernah mkn

    BalasPadam
  6. Shirven,
    mahu tak mahu kena bayar juga heheeee.

    Unknown,
    saya kena cari ikan patin juga, nak try... mesti sedap!

    Zila,
    ye macam asam pedas tapi tak bertumis.

    BalasPadam
  7. Azhafizah,
    first time saya masak, seisi keluarga suka pula makan, jadinya sedaplah tu kot heheeee.

    Mama Tisya,
    betul tu, saya pun biasa dengar tapi baru kali ini cuba dan tak mengecewakan!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe