Berbuka Puasa dengan Laksam
10:28 PTG
Alhamdulillah.
Hari ini berbuka puasa dengan laksam.
Tak tahu nak sebut laksei atau laksang sebab dah selalu makan hasil air tangan kawan-kawan dari Kelantan dan Terengganu! Selalu minta resepi, tapi buatnya tidak! Yang paling diingati sudah tentulah kukus adunan tepung beras atas tudung periuk! Selalunya kalau nak makan laksam, pesan saja dengan seorang rakan sekerja yang memang buat laksam dan jual laksam. Kalau bulan puasa, dia boleh hantar terus ke rumah. Ha... sekarang mana ada bazar Ramadhan di musim PKP ini? Kawan yang selalu jual laksam pun balik kampung, terperangkap di Bachok, Kelantan sampai entah bila! Kawan dari Terengganu yang selalu rajin masak laksam kalau buat rumah terbuka pun, entah mengapa sering menyepi tanpa khabar dan berita.
Jomlah... buat laksam sendiri.
Mula-mula kita sediakan kuah laksam.
1/2 kg ikan kembung
1/2 kg ikan selayang
1 labu bawang merah
5 biji bawnag merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu besar lada hitam
3 keping asam gelugor
1 biji kelapa parut - tambah 4 cawan air - kisar - perah/tapis santan
2 sudu besar gula melaka
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Masukkan ikan ke dalam periuk / kuali bersama halia, 2 keping asam gelugor dan satu sudu kecil garam. Tuangkan air sehingga atas paras ikan.
2. Rebus ikan hingga masak.
3. Toskan ikan dan simpan air rebusan.
4. Ambil isi ikan sahaja.
5. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam hingga hancur.
6. Kemudian tuangkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan air rebusan ikan, gula melaka dan asam keping. Renih dengan api sederhana sehingga mendidih.
7. Seterusnya masukkan santan, dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
8. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
9. Setelah kuah mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
Kuah laksam dah siap!
Jom kita buat laksam pula. Kalau tak silap Amie dapat 13 gulung. Kalau tak silap kiralah, sebab hampir berbuka puasa baru siap mengukus kesemuanya. Sewaktu berbuka puasa, baru teringat ada sekeping lagi belum dikeluarkan dari periuk pengukus.... ahaks!
Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air suam
tudung periuk
minyak untuk dioles pada tudung periuk
Cara:
1. Bancuh adunan tepung hingga sebati dan tidak berketul.
2. Didihkan air dalam periuk pengukus.
3. Oleskan sedikit minyak pada tudung periuk.
4. Ambil satu senduk adunan dan tuangkan di atas tudung periuk - senduk ye, bukan sudu.
5. Kukus selama 5 minit.
6. Apabila nampak gelembung di permukaannya, tandanya sudah masak.
7. Keluarkan dari pengukus dan cungkil sedikit dengan menggunakan spatula, kemudian gulung.
8. Ulangi hingga selesai.
9. Gunting laksam lebih kurang 1- 1.5 cm sebelum dihidangkan.
Kuah dan laksam sudah siap, mari kita carikan teman-temannya supaya lengkap menjadi Laksam & The Gang! Amie sediakan:
hirisan kacang panjang
taugeh
hirisan mentimun
hirisan kobis
hirisan daun kesum
hirisan bunga kantan
Nampak kurang seri sebab bunga kantan masih muda. Tak ada pilihan lain di pasar. Bunga kantan muda sebesar jari telunjuk ini pun dijual dengan harga RM2 sekuntum. Tak apalah, yang penting ada setelah tidak pernah menemui bunga kantan semenjak 18 Mac 2020, hari pertama PKP.
Sambalnya pula, mudah saja. Kawan dari Terengganu, Susilawati Embong kata, buat macam sambal belacan saja. Memang itulah yang dia hidang setiap kali datang beraya ke rumahnya. Sambal yang Za Fauzan orang Bachok, buat untuk berjualan, lain pula... lebih cair. Jadi Amie buat begini saja:
3 biji cili merah - buang biji
7 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
garam / gula / perasa pilihan
jus limau kasturi
Kesemuanya dikisar tapi jangan hancur sangat. Siap!
Wokey!
Laksam dah siap!
Pada Amie keenakan laksam ini terletak pada kuahnya!
Harap kuah yang disediakan ini memenuhi piawaian kuah laksei atau kuah laksang.
Jemput!
6 comments
Selamat berbuka puasa.
BalasPadamNampak sedap.
Nak juga laksam
BalasPadamharitu suruh mak buat
dia cakap taknak sebab berlemak
dah la duduk rumah kerja makan tidur ja haha.
Tak boleh jadi ni.Tadi ke dapur Kak Azimah pun dijamu laksam, di dapur akak pun laksam juga hihi... Esok kena buat ni :)
BalasPadammenu fav ni...tp tk pernh wat sdiri...biasa mkn mak masak..aritu mak whatsapp gmbr menu berbuka laksam...mampu tgk gmbr je la sbb tk bole blk kampung...esoknya makmertua buat laksa klate ..terubat la dihati
BalasPadamWarisan Petani,
BalasPadamterima kasih. Jemput ye Wak.
Seorang Syed,
hehehee... tak nak berlemak, makan laksa asamajelah.
Puan Hazel,
haaaa... buat jangan tak buat!
Mama Tisya,
dah terpaksa ni... sebab teringin nak makan, selalunya beli saja.huurrmmm... musim pkp ni...
Puan, biasa kalo skilo ikan, kelapa 2 biji...kalo puan suka rasa kuah yang lemak2 skit la...
BalasPadam