Resipi Dumpling Goreng Inti Udang
10:26 PTG
Tiba-tiba teringin nak makan dim sum. Nak makan siew mai. Nak makan wantan. Nak makan dumpling.... ahaks! Sebelum PKP memang bolehlah bertebaran di merata tempat untuk singgah makan benda-benda ini semua, tapi bila duduk terkurung terbayang-bayang pula keenakan siew mai kukus pelbagai rasa. Main pilih-pilih saja mana yang berkenan di hari.
Hari ini tak boleh nak pilih-pilih. Nak buat satu jenis pun beribu syukur sebab dapat menyiapkan hingga kulit dimsum yang terakhir.
Inilah dumpling goreng inti udang hidangan juadah berbuka puasa kami petang tadi.
Amie hanya sediakan sos cili Thai sebagai pencecah, dan habis semuanya masuk perut Firdaus! Petang tadi Firdaus hanya berbuka puasa dengan dumpling sahaja, tak usik nasi langsung!
Amie hanya gunakan isi udang sahaja. Tidak campurkan dengan isi ayam seperti kebiasaannya. Udangnya pun Amie cincang sahaja, tidak kisar halus. Begitu juga dengan bahan-bahan yang lain seperti lobak merah, sengkuang, cenawan shiitake, bawang dan daun sup serta daun bawang. Semuanya dicincang kecil. Selepas Amie sagat sengkuas, Amie perah airnya supaya kering.
Bahan-bahan inti dumpling:
400 gram udang basah - buang kulit - bersihkan - cincang
1 cawan lobak merah cincang halus
1 cawan sengkuang cincang halus - perah airnya
3 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - cincang halus
1 labu bawang besar - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 pokok daun sup + 1 pokok daun bawang - cincang halus
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar tepung jagung
Bahan lain:
kulit dumpling secukupnya
air untuk melekatkan kulit dumpling
Cara:
1. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
Inti dumpling sudah sedia untuk digunakan.
3. Basahkan bahagian tepinya dan tutup inti dengan sebelah kulit dumpling.
4. Tekan sedikit supaya kedua-dua belah kulit melekat.
Demontrasi kulit dumpling yang terakhir... ahaks!
Bubuh inti ke tepi sedikit supaya nanti sedap dilipat.
Bubuh sedikit air di sebelah tepi kulit dumpling, separuh bulatan saja, tak perlu penuh bulatan.
Kemudian lipat. Tekan-tekan sedikit tepi kulit yang diletak air.
6. Angkat dan toskan.
7. Sedap dimakan begitu saja, tapi lebih sedap kalau cecah dengan sos kegemaran.
Istimewanya inti dumpling ini sebab Amie bubuh cendawan shiitake. Wangi jew aromanya, ditambah pula dengan minyak bijan... walllaaaa!
Menjelang waktu berbuka, Encik Suami buka tudung saji. Terkejut dibuatnya bila melihat selonggok dumpling goreng sedang menunggu di situ. Katany: Macamana nak habiskan begini banyak? Siapa yang nak makan?
Bila tiba waktu berbuka puasa, Encik Suami sendiri tak berhenti menyuap dumpling goreng! Macam berlawan makan pula dengan Firdaus.
Inilah dumpling goreng yang Amie buat petang tadi. 46 ketul semuanya. Manalah Encik Suami tak terkejut! Amie fikir, selepas terawih bolehlah makan-makan lagi dumpling ini. Tapi, semuanya habis ketika disajikan waktu berbuka puasa!
Jumpa lagi.
5 comments
sedapnyaa, lama tak makan dimsum.
BalasPadamSedapnyaaaa. Tak pernah lagi try makan ni.
BalasPadambtw saya singgah dan follow blog ni ya.
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
Kak Wawa,
BalasPadamjemput.
Seorang Syed,
terima kasih, nanti saya kunjung ke blog ye.
sedap dumpling tp tkpernh buat sdiri
BalasPadamSedap dumpling memang fav. nampak udah je buat
BalasPadamubat gout
sakit tumit
sakit tapak kaki
punca sakit belakang
kaki bengkak