Minuman Laici Kang Sesuai Untuk Berbuka Puasa
10:07 PG
Kerja menyediakan air minuman sebelum berbuka puasa dibuat oleh Fairuz. Biasanya Fairuz akan sediakan satu jug besar minuman jus buah-buahan seperti tembikai, nanas dan lobak merah. Kalau ada susu cair dan buah-buahan dalam tin, memang suka sangatlah Fairuz menyediakannya, sebab tak perlu kisar buah-buahan. 15 minit sebelum waktu berbuka puasa memang sudah tersedia di atas meja.
Cuma, jika dia teringin minuman laici kang, memang kitalah yang kena buat. Yang penting ada biji kembang semangkuk dan biji selasih. Minuman begini memang sangat sesuai ketika berbuka puasa kerana dikatakan dapat menyejukkan badan.
Amie suka minuman laici kang panas.
Harum wangi jew bila dinikmati.
Jom kita sediakan bahan-bahan untuk minuman laici kang. Kita cuci kembang semangkuk, dan rendam dalam air suam hingga kembang.
Ini biji selasih. Amie rendam sekali dengan kembang semangkuk.
Kemudian kita rebus bahan-bahan seperti longan kering. Amie rebus menggunakan 2 liter air, dan 3 helai daun pandan. Longan kering ini lebih kurang secawan.
Tambahkan halwa kundur sebanyak 1 cawan juga.
Kalau ada kurma merah, tambahkan juga barang segenggam.
Jika suka kismis, masukkan juga sedikit. Kismis ini tak mahu rebus pun boleh. Tapi Amie nak rebus juga.
Gula melaka, agak-agak untuk dapatkan rasa yang manis saja. Amie gunakan 1 ketul sahaja sebab Amie akan tambahkan buah laici dalam tin. Air laici pun Amie masukkan sekali. Laici dalam tin ini Amie tidak rebus. Masukkan kemudian selepas bahan rebusan sudah diangkat dari dapur.
Jika suka boleh sediakan kacang tanah goreng (panggang) atau kacang gajus goreng (panggang) sebagai sentuhan terakhir.
Dengan kehadiran kacang tanah atau kacang gajus dalam minuman laici kang akan menambah keasyikan ketika menikmati minuman ini...ahaks!
Air rebusan sudah siap dan harumnya memang cukup menggoda!
Biji kembang semangkuk dan biji selasih un sudah kembang.
Bolehlah campurkan semua bahan termasuk buah laici dalam tin.
Sangat sedap dinikmati sama ada panas atau sejuk. Kalau nak sejuk, masukkan kiub ais.
9 comments
aduh sedapnya kak, kalau kat sini laicikang dibeli di kedai makanan siam sangat colorful laicikangnya kak... sejak puasa ni beberapa hari je panas hari lain tiap petang mesti hujan lebat, jadi memang air teh o je jadi pilihan
BalasPadamLaicikang ni memang fav mak saya!
BalasPadamKalau dapat time berbuka puasa ni syok juga hehe.
Thanks for the recipe.
Sedapnya Amie, kebetulan kat rumah ada satu set utk air leechikang ni. Ingat ptg ni nk buat la air ni. Guna gula merah eh Amie
BalasPadamrajinnya amie, kat sini bahan-bahan tu sukar juga nak dapatkan amie
BalasPadamSedapnya Amie..
BalasPadamLaicikang mmg kegemaran CH sekeluarga.
Mana nak Cari masa PKP ni..
Selamat menjalani ibadah puasa Amie..
dalam banyak2 air, laicikang ray x berapa minat. tp minum je heee
BalasPadamsaya tak berapa pandai sgt minum laici kang, sebab tgk cam makanan lak instead of minuman tapi tu lah lain org lain selera kan. still nampak sedap eh
BalasPadamDana,
BalasPadambetul tu colourful, bubuh itu ini, macam2 isinya sampai tak terkira.
Seorang Syed,
memang sedap kalau buat sendiri, wangi jew...boleh pilih bahan kesgemaran.
Rosa,
saya guna gula melaka, tambah halwa kundur. Tak perlu bubuh gula lain. Sedap dah. Manis bila diminum panas.
Ana Jingga,
BalasPadambahan-bahan yang saya gunakan tu memang kebetulan ada dalam simpanan.
Cahaya Hidupku,
susah nak cari ye time PKP ni... tu pasal sebab teringin saya buat sendiri heheee.
Ray,
betul tu, tak semua orang meminatinya.
Shirven,
ye.. selera tak sama.