Mee Hoon Sup Daging
9:06 PTG
Hari ini Encik Suami nak buka puasa dengan mee hoon sup. Kalau begitu, singgahlah kedai atau pasar beli apa yang perlu. Amie minta belikan bebola daging dengan daun sup saja. Encik Suami kata tidak ada daun sup di pasar!
Wokey!
Tak ada daun pun pun masih boleh buat mee hoon sup... ahaks!
Nanti boleh potong daun bawang hasil tanaman Firdaus untuk berikan warna hijau, nak bagi meriah mee hoon sup.
Mee Hoon Sup Daging ini Amie temankan dengan bebola daging, daging cincang, dan telur rebus. Sepatutnya ada sayur sawi tapi rupanya sawi dah habis dimasak Fairuz untuk sahur malam semalam.
Memang seronok susun pelbagai aksesori untuk pelengkap mee hoon sup, tapi ia tak menjamin mee hoon sup yang akan dinikmati itu sedap atau sebaliknya....hiks! Apa yang penting ialah penyediaan kuah sup itu sendiri.
Saja jew bubuh tomato ceri sebagai penambah seri. Sedap makan dengan kuah sup, sebab ada rasa masam manis bila dikunyah.
Pengganti daun sup, daun bawang tanaman Firdaus.
Dengan adanya bebola daging dalam mee hoon sup, biasanya di sini dipanggil bakso!
Jangan lupa sambal kicap sebagai pelengkap rasa. Seperti biasa Amie kisarkan cili padi dengan bawang putih, jus limau kasturi, garam. gula dan kemudian tuangkan kicap lemak manis.
Hampir terlupa untuk kongsi resipi kuah mee hoon sup daging. Jom kita masak.
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - celur - toskan - bilas - toskan sekali lagi
400 gram tulang
400 gram daging cincang
400 gram bebola daging
2 sudu besar serbuk rempah sup BABAS
2 batang serai - diketuk
2 cm halia - diketuk
5 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar lada putih - tumbuk
4 sudu besar minyak
2 liter air
garam / perasa pilihan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Goreng kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan serai, bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
3. Setelah bawang layu kekuningan, masukkan rempah sup. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan tulang dan daging cincang. Gaul sebati dengan bahan perencah.
5. Setelah daging layu dan berubah warna, tuangkan air dan biarkan masak mendidih selama 10 minit.
6. Perlahankan api. Renih sehingga daging menjadi empuk.
7. Masukkan bebola daging.
8. Perasakan dengan lada putih, garam / perasa pilihan. Renih selama 5 minit lagi.
9. Keluarkan daging cincang dan sebahagian bebola daging. Daging cincang tadi bolehlah dihiris-hiris.
10. Padamkan api dapur.
Selalunya kalau masak kuah sup Amie akan bubuh buah keras, tapi kali ini tak bubuh. Malas kot nak kisar dengan bawang dan halia. Semua bahan pun Amie hiris-hiris saja... ahaks!
Kalau nak kuah sup nampak jernih tak perlu bubuh rempah sup. Bubuh saja rempah penumis atau sup bunjut.
Azan pun sudah berkumandang. mari kita berbuka puasa. Layan diri. Ambil mee hoon masuk mangkuk. Pilih aksesori yang disukai. Tuangkan kuah dan jangan lupa tambahkan rasa dengan sesudu sambal kicap!
Bismillah.
Firdaus hirup beberapa sudu kuah mee hoon sup, kemudian makan kentang goreng.
Dia tak mahu makan kentang goreng cecah sos cili, tapi nak makan dengan sambal nasi lemak yang tinggal semangkuk kecil ini!
Seperti hari-hari sebelumnya, tugas Fairuz kena sediakan minuman. Petang tadi dia buat air buah dalam tin. Alhamdulillah. Kenyang hirup sup, kenyang minum air buah!
5 comments
perggghh sedap ni sis. saya yg peminat meehon dan masakan jenis sup ni, mmg on je dihidangkan camni. eh terus nak copy buat resepi ni lak ek 😁
BalasPadamcantik je rupa bila dah susun segala macam sayuran untuk sup tu kak...
BalasPadamcer tunjuk daun bawang tanaman firdaus tu kak, banyak jugak tuh
Shirven,
BalasPadammasakan sup memang sedap, apalagi kalau hirup panas2.
Dana,
ye,banyak pokok bawangnya dan memang setiap kali perlu ambil saja.
Puas hati ni masak sendiri banyak rencahnya. makan sup panas-panas sedapnya. makan bihun bersup ni cepat kenyang. Cepat juga nak mengulang makan banyak kali. hihi
BalasPadamMasak sendiri memang puas hati. Boleh pilih bahan ikut selera kita.
Padam