Kuah Mee Hoon Sup Seafood Sedap dengan Menggunakan Air Rebusan Kulit dan Kepala Udang
9:50 PTG
Jumpa lagi.
Dan kita akan sambung PKP sehingga 9 Jun 2020.
Alhamdulillah.
Mana-mana arahan yang baik itu kita ikut, mana-mana yang kita tidak bersetuju harap bersabarlah.
Hari ini kami berbuka puasa dengan hidangan Mee Hoon Sup Seafood.
Bila siap memasak, hanya tinggal beberapa minit untuk berbuka puasa.
Kadang-kadang sempat ambil gambar, kadang-kadang tak sempat.
Kadang-kadang gambar terang, kadang-kadang gambar samar.
Untuk resipi kali ini sebenarnya Amie nak 'highlight 'kan kuah sup, tapi bila edit gambar rupanya tidak terambil gambar single sup tersebut!
Tak apalah, lain kali kalau Amie masak lagi boleh ambil gambar tersebut. Sebelum Amie terlupa resepi yang Amie gunakan, eloklah Amie kongsikan di sini. Amie gunakan air rebusan kulit dan kepala udang. Amie simpan kulit dan kepala udang dalam freezer dan hari ini Amie rebus. Kulit dan kepala udang yang Amie gunakan itu lebih kurang daripada 1.5 kg udang. Bukan kulit udang seberat 1.5 kg, tapi kulit dan kepala udang daripada 1.5 kg udang!
Bahan-bahan:
1.5 kg kulit dan kepala udang - bilas bersih - rebus dengan menggunakan 2 liter air - sejukkan seketika - kisar - tapis
2 sudu besar rempah sup BABAS
2 batang serai - diketuk
2 pokok sayur sawi - potong
15 biji fishball
1 cawan hirisan isi ikan
1 sudu besar lada putih - tumbuk
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 cm halia
5 biji buah keras
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
3. Masukkan serbuk rempah sup
4. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan udang. Biarkan mendidih seketika.
5. Seterusnya masukkan semua air rebusan udang.
6. Setelah mendidih, masukkan fish ball, hirisan ikan dan sayur sawi.
7. Masukkan lada putih, garam / perasa pilihan.
8. Biarkan mendidih selama 5 minit, dan kemudian padamkan api dapur.
Bahan pelengkap:
1 bungkus mee hoon - celur hingga lembut - toskan dan bilas - toskan sekali lagi
Bahan pelengkap lain Amie kukus. Nak celur pun boleh. Pilihlah apa sahaja bahan berasaskan seafood yang digemari seperti:
udang
sotong
isi ikan
fisball pelbagai perasa
Isi ikan putih dah sotong cumit.
Amie gunakan juga salmon fisball dan taro fish ball.
Untuk tambah lazat, hiriskan daun bawang dan daun sup, bawang goreng serta limau kasturi. Dan yang paling 'mahal' sudah tentulah sambal cili padi di bawah ini! Tanpanya, memang terasa sangat kekurangannya mee hoon sup ini!
Bahan-bahan untuk menyediakan sambal cili padi ini mudah saja. Gunakan cili padi hijau dan merah, lebih kurang 20 biji. Tambahkan 7 ulas bawang putih. Kisar bersama garam / gula / perasa pilihan dan juga perahan limau kasturi. Siap!
Sekian, cerita Kuah Mee Hoon Sup Seafood Sedap dengan Menggunakan Air Rebusan Kulit dan Kepala Udang.
3 comments
Best betul nampak banyak rencahnya. Boleh jugaklah cuba resepi akak guna air rebusan kulit dan kepala udang. Biasa buat macam tu kalau nak masak kuah mee kari atau tomyam
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamcubalah... in shaa Allah sedap.
Tengok resepi pun mcm teringin nk buat!!!
BalasPadam