Juadah Hari Raya : Rendang Pedas Daging Rusa
2:13 PTG
Walaupun akan beraya dalam suasana PKP tapi persediaan menyambutnya perlu dibuat juga.
Wahai hati, tidak perlulah terlalu melayan perasaan tentang kekurangan yang bakal dihadapi menjelang pagi Syawal nanti.
Berserahlah kepada Yang Maha Esa. Redha dan terimalah apa yang sedang ditempuhi. Banyakkan bersabar. Kalau kita rasa kita sedih kerana satu perkara, banyak lagi orang lain yang sedih kerana banyak perkara!
Berserahlah kepada Yang Maha Esa. Redha dan terimalah apa yang sedang ditempuhi. Banyakkan bersabar. Kalau kita rasa kita sedih kerana satu perkara, banyak lagi orang lain yang sedih kerana banyak perkara!
Walaupun kemungkinan besar tidak cukup bilangan ahli keluarga, belajarlah bersyukur. Sesungguhnya banyak nikmat Allah di sekeliling kita. Cuma kita saja yang tak nampak, atau buat-buat tak nampak kerana ada satu atau dua perkara yang kita tidak perolehi.
Wahai anakanda kami Abang Farid dan Fuad.
Jika ditakdirkan memang kalian beraya di tempat masing-masing, bersyukurlah. Sesungguhnya bukan pihak kerajaan suka-suka untuk kuarantin kamu. Sudah banyak usaha untuk membantu para pelajar pulang ke pangkuan keluarga. Bila tiba masa untuk kamu pulang, ada pula halangan yang datang. Kita kena patuhi SOP dari semasa ke semasa.
Raya kan sebulan.
Mana tahu dalam tempoh itu kamu dapat pulang ke LD.
Cuma pesan Mommy : Pandai-pandailah jaga diri di tempat orang.
Kelmarin, Mommy masak Rendang Daging Rusa. Mommy frozenkan untuk hari raya nanti. Kalau ada rezeki kami, balik LD nanti kita boleh makan sama-sama.
Banyak versi rendang yang boleh dimasak untuk hari raya. Amie gunakan daging rusa dan masak rendang pedas dengan menggunakan cili padi. Apabila cili padi bertemu dengan santan dan bahan-bahan lain, hasilnya tidaklah begitu pedas seperti yang dibayangkan walaupun jenis cili padi kampung. Sedang-sedang saja pedasnya, dan sudah tentulah rasanya sangat sedap!
Amie masak secara manual saja. Boleh gunakan periuk Noxxa jika mahu cepat siap.
Sebahagian rendang daging rusa Amie frozenkan dan petang kelmarin makan sedikit dengan nasi himpit. Jom kita lihat resipinya di bawah ini. Bagi yang suka kurang pedas, boleh gunakan cili kering jenis Wonder Hot. Kalau tak mahu pedas langsung, tak perlu bubuh apa pun jenis cili. Jika boleh, gunakan santan segar. Amie gunakan 750 gram pati santan segar.
1 kg daging rusa. Jika suka hirisan besar dan lebar, bolehlah buat sedemikian. Amie suka potong kecil begini. Senang nak makan dengan nasi himpit.... ahaks!
Bawang besar 3 biji, dan bawang merah 10 biji. Jangan lupa bawang putih. Amie gunakan 5 ulas. Amie kisar berasingan dengan serai dan kawan-kawannya sebab pengisar tak muat!
Serai, halia dan lengkuas dan kunyit dihiris dahulu sebelum dikisar. Ada yang suka ketuk lengkuas dan halia saja. Amie kisar sekali harung.
Untuk tambah aroma rendang, jangan lupa daun kunyit dan daun limau purut.
Amie gunakan 10 biji cili hijau dan 40 biji cili padi kampung.
2 sudu besar gula kabung dan 5 sudu besar kerisek. Kalau tak ada gula kabung boleh gantikan dengan gula kerek, gula melaka atau gula pasir saja. Ada yang tambahkan asam keping atau asam jawa dalam rendang, tapi untuk rendang ini Amie tidak bubuh. Nak bubuh pun tidak ada masalah. Ikut citarasa masing-masing.
Semua bahan sudah ada, jom kita masak.
Bahan-bahan:
1 kg daging rusa - hiris ( saiz ikut citarasa)
750 gram pati santan segar
5 helai daun limau purut - buang urat belakang
1 helai daun kunyit - siat-siat
5 helai daun kunyit - hiris halus
5 sudu besar kerisek
2 sudu besar gula kabung (gula melaka / kerek / gula pasir)
asam jawa / asam keping (pilihan)
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 labu bawang besar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai - hiris
2 cm lengkuas
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Dalam sebuah periuk / kuali, masukkan pati santan.
Bahan kisar : bawang putih, bawang merah, bawang besar, cili hijau, cili padi, kunyit hidup, lengkuas, halia dan serai.
4. Masukkan gula kabung.
5. Dan juga kerisek.
6. Masukkan juga sehelai daun kunyit yang disiat.
7. Jerang di atas dapur menggunakan api sederhana panas.
8. Apabila rendang mendidih, perlahankan api.
9. Selalu kacau supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
10. Setelah rendang pecah minyak, perasakan dengan garam, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Rendang Pedas Daging Rusa dah siap!
Nampak berlinang-linang minyak rendang tu!
6 comments
aduhai sedapnya lahai kak, kat sana mudah ye nak dapat daging rusa ye kak... kat sini macam susah je nk jumpa orang jual
BalasPadamsian lahai emaknya berteman airmata rindu kat 2 anak bujang tu ye....
Ada juga daging rusa kalau rajin buat tempahan. Heheee.... Semakin rindu semakin sayang.
PadamSalam Amie, tabahkan hati ya. Semoga Abang Farid dan Fuad dapat pulang beraya di bulan Syawal nanti. Sedap sungguh nampak rendang daging rusa tu. Dulu2 pernah makan daging rusa, rasanya lembut macam daging ayam. Sekarang susah nak jumpa dah
BalasPadamTerima kasih Cik Wan.
PadamDi sini pun susah juga nak dapat daging rusa. Dulu memang agak senang nak dapat. Sekarang harganya pun naik berganda.
Sedapnya lagi2 bilanpedas ni
BalasPadamJemput Mamapp.
Padam