Cerita di Pagi Hari Minggu
1:30 PTG
Tak ada cerita menarik sangat pada hari ini.
Pukul 9 pagi, terdengar suara Encik Suami bising-bising di luar rumah, diikuti suara Firdaus dan tawa Fairuz. Rupanya ada arnab masuk kawasan rumah kami, bermain-main di bawah pokok bunga.
Encik Suami kurung arnab tadi di dalam bakul supaya tak lari sebelum dikembalikan kepada tuannya. Kalau dibiarkan takut kena langgar kenderaan di jalan.
Inilah rupa arnab yang comel, yang sudah dua kali berkunjung ziarah ke rumah kami.
Pada 3 Mei 2020 yang lalu, arnab ini masuk ke taman yang sedang Encik Suami kerjakan. Oleh kerana hari sudah menjelang petang, dan tidak tahu siapa tuannya jadi Encik Suami kurung arnab ini di dalam bakul. Firdaus bagi makan lobak merah dan minum air. Malam itu Amie viralkan di FB, tapi tidak ada respon dari tuan punya arnab.
Keesokan paginya, Encik Suami bersama Fairuz bertanya dari rumah ke rumah di taman perumahan kami. Akhirnya terjumpalah tuan punya arnab, rumahnya selang 5 buah dari rumah kami. Maka arnab ini pun kembali ke tangan tuannya dengan selamat. Namun, pagi tadi datang semula ke rumah kami, Encik Suami dan Fairuz kembalikan semula kepada tuannya.
Pagi ini juga Amie bersama Encik Suami keluar ke bandar, dan ke pasar mencari barangan dapur. Tak tersedar, kami sampai di rumah pada pukul 12:30 tengahari. Sebelum keluar, memang tak buat sarapan. Sampai rumah, Fairuz kata semua dah sarapan mee segera! Hurrmmm... kita belikan sarapan untuk anak-anak juga. Walaupun lewat sampai, bolehlah buat alas perut waktu tengahari
Ada kaya ball kegemaran anak-anak.
Ada curry puff dan tuna puff.
Ada blueberry cheese tart, salted egg cheese tart dan egg tart.
Ada egg burn roll juga.
Anak-anak kata tak payahlah makan nasi tengahari ini. Kenyang dah makan benda-benda ni semua.
Alhamdulillah.
Kita pun nak berehat.
6 comments
Comel Gebu arnab tu.
BalasPadamMcm2 makanan tu kak.
BalasPadamTq sudi singgah blog, lama dah teperap blog tu..baru terasa nak menulis 😣
alhamdulillah dah kembali ke tuannya amie,comel kan gebu je kak ana tengok :)
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadamkan... anak saya pun geram.
Asyifa,
BalasPadamselamat kembali ke dunia kita... jom masak-masak.
Ana,
BalasPadamsyukurlah selamat kembali ke pangkuan tuannya.