Nasi Ambeng PKP

10:30 PTG

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Mohon maaf zahir dan batin andainya ada salah silap, terkasar bahasa dan tersinggung rasa bila bertandang membaca coretan yang Amie paparkan.
Sambutan hari raya dalam PKP ini terasa lucu juga, boleh buat gelak-gelak sendiri. Apa tidaknya! Masak. Makan. Layan tamu sekejap. Tidur. Sudah dua hari begini keadaannya. Namun tetap rasa sepi di mana-mana. Hari raya pertama kami terima kunjungan keluarga terdekat selepas Zohor dan sebelum waktu Asar, tetamu sudah pulang. Itu sahaja.
Selebihnya layan video call Abang Farid dan Fuad. 
Sayu juga rasa hati bila Farid kata, kawan serumahnya balik kampung. Dia buka puasa seorang diri. Malam raya seorang diri. Pagi raya makan KFC. Seorang diri lagi.
Fuad pula, adalah juga beberapa orang kawan dari Sabah yang tinggal di blok asramanya. Malam raya katanya, dapat makan sate. Selebihnya, dah tak tahu nak buat apa. Tidur sajalah.
Hari terakhir berpuasa, Encik Suami minta Amie buatkan nasi berkat. Katanya nak bawa ke kampung, ada doa selamat pada sebelah petang selepas Asar. Pada mulanya Amie tak mahu buatkan sebab masa sudah suntuk. Ikutkan nasi berkat kaumnya, ada beza serunding dan lauk-pauknya. Tapi rasa kasihan pula. Amie tanya, kalau buat nasi ambeng bolehkah? Boleh jew, kata Encik Suami. Kebetulan pula masih ada serunding kelapa yang Amie buat sebelum puasa. Masih elok sempurna, dan itulah yang menjadi lauk kegemaran Firdaus ketika bersahur.

Jadinya, Encik Suami pun bawa dua talam kecil nasi ambeng orang Jawa ke majlis doa kesyukuran orang Cocos! Amie bubuh sajalah lauk-pauk yang mudah disediakan:
  1. Ayam Goreng.
  2. Serunding Kelapa.
  3. Sambal Goreng Jawa.
  4. Mee Goreng.
  5. Ikan Tuna Goreng.
  6. Udang Harimau Goreng.
Senang saja lauk-pauknya. Goreng-goreng saja.
 Seronok sangat Encik Suami dapat bawa nasi ambeng ke kampung!
Amie pula agak berdebar kerana inilah kali pertama keluarga sebelah Encik Suami akan mencicipi nasi ambeng!

Alhamdulillah. Encik Suami kata mereka teruja mencuba lauk-pauk nasi ambeng sewaktu berbuka puasa. Amie tak ikut ke kampung. Amie berbuka puasa dengan Firdaus di rumah.

Kelmarin, sewaktu ipar duai dan anak buah beraya di rumah, biras Amie (keturunan Bugis) berkata: Saya nak belajar buat nasi ambeng dengan kakak. Anak-anak buah pun berminat untuk mengetahui lebih lanjut resipi-resipi lauk-pauk sepertii sambal goreng jawa. Seronoknya kita dengar! Selepas ini, kalau ada majlis kenduri di rumah sendiri, Amie akan hidangkan menu nasi ambeng pula! Sudah agak lama tak buat bacaan Yasin pada hari Khamis malam Jumaat di rumah bersama-sama mereka semenjak PKP ini.

Nasi Ambeng : Tak kenal maka tak cinta. Tak diperkenalkan, macamana orang nak kenal budaya kita.... ahaks! Nasi Ambeng: Moga erat silaturahim di antara keluarga kami. In shaa Allah.

11 comments

  1. Sejak PKP ni dah tak ada kenduri
    jarang2lah dapat ngadap nasi ambeng sedulang macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Wak. Tak boleh kumpul ramai-ramai.

      Padam
  2. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga. Mohon maaf zahir dan batin.
      Nanti saya kunjung ziarah ke blog ye.

      Padam
  3. tak pernah lagi makan nasi ambeng ni. nasi dia nasi putih je ke ataupun nasi yg telah diolah samada digoreng ke dikukus ke? food presentation yang nampak saja dah tau sedap dgn pelbagai lauk pauk. slmt hari raya sis amie 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi putih. Nasi ambeng ni lambang budaya tradisi masyarakat Jawa.

      Padam
  4. Tahun nie x dapat makan nasi ambeng, selalu kami beli kat bazar ramadhan...memang sedap nasi ambeng dia... nak mencari sampai ke tanjung karang macam jauh sangat pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim PKP memang tak dapat nak beli di luar. Kenalah buat sendiri kalau teringin hihihiii.

      Padam
  5. Waduh meriahnya Nasi ambeng tu melingkar udangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah lauk nasi ambeng, ada macam-macam.

      Padam
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Amie

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe