Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya!

10:48 PTG

Jom masak nasi Arab. Kita masak Nasi Ayam Mandi (Mandi Chicken Rice). Dalam banyak-banyak nasi Arab, Amie pilih untuk masak nasi ayam mandi. Entah kenapa, setelah membaca kembali entri lama, kenangan singgah makan di Wadi Qudait dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah 5 tahun lalu begitu menggamit rasa!

 Nasi Arab Mandi
Selalu juga makan nasi arab seperti nasi kabsah, nasi mandy kambing atau ayam, serta nasi bukhari di restoran tempatan sama ada di Lahad Datu, di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur, tetapi nasi mandi di Wadi Qudait juga yang masih diingat-ingat. Mungkin waktu itu perut sedang lapar, maklumlah perjalanan panjang dari Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang enam jam dengan menaiki bas. Sudah tentulah rasa letih dan lapar turut mempengaruhi selera ketika turun dari bas untuk berhenti rehat, solat dan makan tengahari. 

 Nasi Arab Mandi
Masakan Arab sebenarnya rasanya sedang-sedang saja, tidak berlebihan dalam penggunaan rempah-rempahan. Itu pendapat Amie. Mungkin pendapat yang lain tidak sama. Selain nasi arab jenis nasi mandi di Wadi Qudait, sebenarnya ada lagi nasi Arab yang menjadi kenangan iaitu sewaktu menikmatinya di hotel di Mekah. Jemaah kami mengumpul duit (tak ingat untuk apa), dan sebahagiannya digunakan untuk membeli qibas. Ya Allah! Sedapnya nasi mandi qibas yang dimasak di sana! Waktu itu, hilanglah sangkaan Amie selama ini bahawa nasi Arab penuh dengan rempah-rempah!

  Nasi Arab Mandi
Inilah antara nasi Arab yang kami nikmati sewaktu singgah di Wadi Qudait , dalam perjalanan ke MADINAH AL-MUNAWARAH. Nampak ringkas sangat tapi sedapnya tak terkata. Apa yang Amie tak dapat lupakan ialah bawang merah besar dalam hidangan yang dibungkus dengan plastik serta beberapa biji cili hijau. Selain ayam panggang, dibubuh pula seekor ikan goreng dalam hidangan. Sedap pula makan nasi mandi dengan ikan goreng!
Jom kita masak nasi ayam mandi. Resipi lalu Amie pernah kongsikan di sini: Nasi Kambing Mandhi. Hari ini kita tukarkan kambing kepada ayam pula.

Bahan-bahan:

2 keping ayam bahagian sukuan peha - bersihkan - toskan
1 sudu kecil All Spices
1-2 helai daun bay - Amie tak ada stok
1 sudu makan saffron - Amie rendam dalam 30ml air panas 
1 sudu besar serbuk kunyit 
garam / perasa pilihan secukupnya
1.5 liter air

Bahan kisar:
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis kasar
1/2 sudu besar lada putih (boleh guna lada hitam)
1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk / kuali.
2. Masukkan separuh bahan kisar dan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3. Rebus ayam sehingga 3/4 masak.
4. Keluarkan ayam dan toskan. Ketepikan air rebusan ayam untuk memasak nasi dan dijadikan sup.
5. Gaul ayam dengan separuh bahan kisar, garam /perasa pilihan, saffron dan juga serbuk kunyit. 
6. Perap seketika. Amie goreng saja ayam, tapi kalau rajin bolehlah panggang.

 Nasi Arab Mandi
 7. Kemudian goreng ayam tadi hingga masak.

 Nasi Arab Mandi

 Nasi Arab Mandi
Seperti hidangan nasi mandi di Wadi Qudait, Amie pun goreng ikan juga! Sebelum goreng, Amie lumur juga ikan ini dengan rempah mandi!

 Nasi Arab Mandi
Jangan lupa sediakan salad salata hara. Timun buang empulur, tomato buang biji dan lobak merah buang kulit. Potong dadu saiz kecil. Gaul dengan garam dan gula serta cuka.

 Nasi Arab Mandi
Untuk sosnya pula, Amie gunakan 3 biji cili hijau, 11 biji cili padi, 1 biji tomato dan satu pokok ketumbar. Kesemuanya dikisar, tapi tidaklah terlalu hancur. Tambahkan perasa seperti garam, gula dan juga perahan jus lemon.

 Nasi Arab Mandi
Jom masak nasinya pula. Keika Amie sedang menumis rempah nasi mandi, Fairuz yang baru pulang bersama Encik Suami dari rumah kakak ipar terus menerpa ke pintu dapur. Mommy masak apa ni? baunya sampai ke pagar!

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya air rebusan ayam
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus 

1/3 cawan kismis - lupa nak bubuh
Rempah tumis : 

1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
tiga titil pewarna kuning
garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air rebusan ayam, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

3. Bila nasi mula kering, buka tudung periuk dan titiskan pewarna kuning. Tutup periuk. Biarkan tanak sepenuhnya.
4. Bila nasi sudah tanak, gemburkan supaya warna kuning bercampur merata.

 Nasi Arab Mandi
Sekarang kita hidangan Nasi Arab Mandi atau Mandy Chicken Rice dengan salad salata hara, sos, sup kosong, ayam goreng mandi dan tidak dilupakan ikan goreng, bawang besar merah dan juga cili hijau!
Alhamdulillah! Dapatlah makan nasi ayam mandi ala-ala nasi Arab di Wadi Qudait!

 Nasi Arab Mandi
 Yang penting ada seketul ayam, ada seekor ikan, bawang merah dan cili hijau!

 Nasi Arab Mandi
Jemput!

6 comments

  1. Sedapnya nasi arab. terliur.. Aril singgah sini jap ehh...

    BalasPadam
  2. ishh ni buat terliur nii..minggu lepas dapat makan nasi arab tapi memang rindu nak makan nasi arab kat Hadramawt tu..

    salam jengah dari www.iamfuzy.com

    BalasPadam
  3. Muhammad Shahril,
    terima kasih sudi singgah.

    Fuzy,
    sedapkan nasi Arab Hadramaut.

    Dana,
    ye sedap... jemput.

    BalasPadam
  4. hah menu nasi arab baru je husband masak aritu..kita suka lamb mandy..chicken mandy suka juga

    BalasPadam
  5. Very amazing, This looks so delicious. Moreover it is so easy to make. I would try this. Now it's time to avail Live Chat Services for more information.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe