Makan Putu & the Gang di Kala Hujan Petang
7:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini menyongket dari pagi sehingga ke petang. Ada sahaja urusan yang hendak dibereskan. Dapur pun malap terus, tanpa sepuing asap!
Hujan pula turun sepanjang hari, renyai-renyai dan sekejap-sekejap berhenti. Balik rumah buka bungkusan makan yang sempat dibeli. Jom kita makan. Kali ini hidangan makanan tradisi Bajau memenuhi meja.
Hidangan Makanan Tradisi Bajau |
Putu |
Watak utamanya sudah tentulah putu. Cerita tentang putu ini Amie pernah kongsikan dalam entri : HASIL KARYAKU : WAH, BANYAKNYA LAUK!
Edisi Siri Antologi Anedot Menu Pilihan Hati yang berjudul Wah, Banyaknya Lauk! Mula-mula sampai LD, kita pun hairan melihat putu yang jauh berbeza dengan putu di tempat kita!
Putu boleh dinikmati dengan pelbagai lauk. Biasanya putu dimakan bersama ikan bakar dan kilau.Sekarang kita sudah faham, bukan nasi sahaja yang boleh dinikmati dengan lauk-pauk, tetapi putu dan ambuyat pun ada lauknya juga!
Kerabu Mangga, Sambal Mangga, Kilau & Rumpai Laut |
Ikan Layar Bakar, Sotong Bakar, Ikan Pari Bakar & Tongkeng Ayam Bakar |
Pelbagai jenis pencecah ikan bakar. |
Sotong Bakar |
Sotong bakar ini Firdaus sudah tempah awal-awal. Kita nak makan ikan pari bakar, dan Encik Suami makan ikan layar bakar. Kesemua lauk-pauk ini dimakan bersama putu.
10 comments
Masa PKP tu hari DBP ada buat pertandingan anekdot mengenai PKP. Saya masuklah sebab memang tak boleh buat apa masa PKP. Dapat le saguhati. Hihi
BalasPadamRasanya saya ada baca anekdot Encik Fairus. Ada editor kami kongsikan dalam group. Kalau tak silap Encik Fairus cerita tentang daun kucai / daun bawang ...kalau tak silaplah. Atau mungkin itu tulisan orang lain.
PadamAduhai...
BalasPadambeberapa hari lepas meleleh air liur tengok linut..
Ni putu pula ..
Mana nak cari niiii
Marilah sini... kita memutu bersama-sama...heheheee.
PadamBetul banyak lain. Masing-masing dengan lauk yang diingini. Kalau saya pilih sotong dan pati bakar.
BalasPadamMenarik makan dengan putu.
Unik betul budaya di negara kita kan NA. Macam-macam jenis makanan.
PadamPertama kali kita tengok putu yg dimakan dgn lauk-pauk. Biasa jumpa putu mayam, putu bambu, putu piring yang dimakan dgn kelapa parut.
BalasPadamMacam ni rupanya tradisi bajau. Banyak hidangan atas meja. Macam Korea style juga. Menarik putu ni dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Baca tajuk saya ingat Kak Amie makan putu mayam lagi. Rupanya putu lain :)
BalasPadamhuih banyaknya dia punya lauk dengan putu tu kak, mesti kenyang tu lepas makan. Siap ada tongkeng ayam lagi ya kak.
BalasPadamwahh putu sebagai ganti nasi ya.
BalasPadam