Makan Tengah Hari di Restoran Ikan Panggang Lahad Datu

8:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas kami makan tengah hari di Restoran Ikan Panggang Lahad Datu. Banyak pilihan lauk yang ditawarkan dan berkonsepkan layan diri. Pelanggan penuh sesak tapi kami dapat juga selitkan diri. Teringat-ingat sambal belacannya yang sangat sedap.

Kawan-kawan mencadangkan supaya datang seawal pukul 11 atau di antara pukul 1-2 petang untuk elakkan kesesakan. Kami datang pukul satu tengah hari. Pelanggan masih memenuhi ruang makan yang agak luas. Banyak lauk yang sudah habis , tetapi satu persatu dulang lauk ditambah semula dengan masakan yang baharu.

Kami ambil saja mana yang ada. Yang penting dapat sambal belacan!

Hidangan Makan Tengahari di Restoran Ikan Panggang.

Oleh kerana meja makan penuh, jadi apabila dapat meja Encik  Suami duduk di situ dan kita mengambil makanan.


Pinggan nasi Encik Suami, kita isi dengan kerabu rumpai laut, telur masin dan sambal kicap.


Pinggan nasi sendiri, kita isi dengan sambal belacan, kacang botol dan telur masin.

Ikan Kerapu Panggang

Sudah namanya Restoran Ikan Panggang, memang tak lengkaplah hidangan kalau tak ambil ikan panggang. Kita minta seekor ikan kerapu panggang daripada pekerja restoran yang kerjanya memanggang ikan di sudut restoran.

Acar Peria Campur Mangga Muda

Encik Suami suka makan acar peria campur mangga muda. Habis licin semangkuk oleh Encik Suami seorang.

Nangka Muda Masak Lemak dengan Pakis Tanjung.

Kita ambil nangka muda campur paku pakis tanjung masak lemak. Sesekali hirup kuah lemak memang sedap. Maklumlah biasanya kami hirup sup ceker dengan kurma merah sahaja.

Singgang Ikan

Inilah yang kita cari. Singgang ikan yang masih panas kuahnya!


Sup Kosong

Encik Suami memang sentiasa cari sup kosong! Agaknya tak lengkap makanannya tanpa kehadiran semangkuk kecil sup kosong.

Bismillah.



Sambal belacan atau sambal kicap, dua-duanya memang sedap! 
Kalau datang ke Lahad Datu, singgahlah di Restoran Ikan Panggang di alamat: 8113-8099, Lor Singgahmata Point 1, 91100 Lahad Datu, Sabah.

Selain hidangan nasi dengan lauk-pauk yang pelbagai, di sini juga ada makanan tradisional masyarakat Bajau iaitu putu. Pilihan lauk untuk dinikmati bersama putu pun banyak, seperti sagol pari, ikan panggang, kerabu mangga, kerabu rumpai laut dan sebagainya.

18 comments

  1. Sedap betul tu sambal belacan sampai teringat-ingat..hihihi
    Menariknya kerabu rumpai laut..
    Ikan kerapu kalau kat semenanjung dikira ikan gred A tu..
    Sup kosong tapi nampak tak kosong..kalau sini sup kosong memang air + kiub ayam🤭🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... belacan saya hilang di dapur. Tak tahu ke mana perginya.Dapat sambal belacan di luar, rasa sedap. Itu yang repeat, tak mahu buat sendiri.

      Padam
    2. 🤣🤣🤣Lawak bila dengar belacan hilang..Selalu kita bising anak hilang stoking..Ni mak hilang belacan..Acaner?🤭

      Padam
  2. Menarik juga acar peria + manggu. Ada pahit dan masam selain manis masin. Boleh cuba ni😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu juga saya buat acar peria dengan mangga. Encik Suami suka yang pahit dan masam-masam.

      Padam
  3. Kak Amie buat sy telan liur pagi2 ni. Rasanya ikan panggang ni, kalau nak berkuah, masak lemak tu ok juga, tapi jangan sampai banjir. Sambal belacan tentulah wajib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak macam-macam lauk, rasanya semua nak makan kan SK hahahaaa.

      Padam
  4. sedap betul tu kak sampai repeat lagi ya... kalau dah kene dengan selera memang rasa nak datang berkali-kali kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah datang selalu untuk makan tengah hari. Itu pun kalau Encik Suami ada kesempatan untuk datang sama-sama.

      Padam
    2. insyallah untuk isteri tercinta boleh punya, pakis tanjung tu kalau kampugn dana di panggil pakis perak kak... mmg sedap masak lemak cili api

      Padam
    3. Kadang-kadang tak larat balik rumah terus masak sebab penat kerja lebih masa. Itu pasal makan saja di luar.
      Macam-macam nama pakis ye Dana.

      Padam
  5. Mesti berjenis jenis ikan panggang ada. Makan ikan panggang cicah sambal belacan dan sambal kicap tu memang padu. Tambah lagi ada ulam. Mengundang selera makan betul. Acar peria tu rare kak Amie. Tak pernah jumpa lagi. Peria mentah ye tanpa celur? Confirm pahit! Suka makan peria tapi peria rebus atau peria buat lauk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak jenis ikan panggang ada. Nak makan seorang seekor takut tak habis, sebab ambil lauk lain juga. Acar peria tu memang biasa kami makan. Peria itu tak dicelur, dan memang kurang pahit. Kalau Kak Amie hendak buat acar peria, beli peria yang warnanya hijau muda atau keputih-putihan. Itu memang tak berapa pahit.

      Padam
    2. Okay baiklah. Kalau jumpa peria macam tu boleh cuba makan. Tapi kalau peria kampung hijau tu memang tak berani makan mentah, kena rebus juga. Pahit ya amat! Terima kasih share info peria.

      Padam
  6. lauk mcm nie la sedap, menambah nasi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikutkan hati memang nak menambah nasi, tapi lauk tu ambil lebih, jadi ratah sajalah lauk selepas nasi habis.

      Padam
  7. kak kerabu rumpai laut tu mengancam laa

    BalasPadam
  8. sedapnya nampak.. bila la nak ada rezeki ke lahad datu ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe